Soal: Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.
Jawab: Oleh: TuanHassan Tn-Lah < [EMAIL PROTECTED] > Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan. thtl for al_ahkam online -------- From: Tn Hassan Tn Lah <[EMAIL PROTECTED]> Soalan : Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ? Jawab: Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat) th -------- Soalan : Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan thtl. Jawab: Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza... Penjelasan: Baca yaasin tidak bid'ah. Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw. Th -------- Soalan : Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ? Jawab: Pendapat tersebut adalah Dha'if. Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau sumbernya tiada yang sahih. Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak. From: Tn Hassan Tn Lah <[EMAIL PROTECTED]> Soalan : Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ? Jawab: Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'ef. PUASA DI BULAN SYAABAN Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban." (Hadith riwayat Bukhari) Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam emperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata: Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i) Dipetik dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic5_1999.htm ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> $9.95 domain names from Yahoo!. Register anything. http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED] Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/dakwah/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/