Pemuda PAS akan bentang rang undang-undang murtad di Parlimen
PDF Cetak
Thu | Feb 16, 06 | 10:30:28 AM
Oleh ABR
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Hrkh) -Setelah puas dan tidak sanggup lagi menanti kerajaan Barisan Nasional membentangkannya, Pemuda PAS melalui ketuanya memutuskan untuk mengemukakan sendiri Rang Undang-Undang Murtad di Dewan Rakyat.
"Kita tidak ada pilihan dan mesti mengambil tindakan proaktif kerana ini soal kewajipan dan tanggungjawab memelihara aqidah umat Islam dan mempertahankan ajaran Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang akan membentangkannya bagi pihak PAS.
Kes-kes murtad pada hari ini, katanya, sudah sampai ke tahap merbahaya dan PAS mesti bertindak segera bagi mempertahankan kesucian ajaran Islam yang semakin tercabar akibat perlaksanaan yang tidak menyeluruh.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan, jika kes-kes murtad tidak ditangani dengan undang-undang yang tegas, ia bukan sahaja mengakibatkan sikap ambil mudah untuk keluar dari Islam malah menggalakkan penyebaran agama lain ke atas umat Islam.
"Sama ada kita sedar atau tidak, membiarkan tidak terlaksananya undang-undang murtad bermakna membuka jalan, mendorong, menyokong dan mendukung penyebaran agama lain di kalangan umat Islam dan kita tidak mampu lagi untuk terus bergelumang dosa," tegas beliau.
Baru-baru ini, Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria mendedahkan, terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.
Bilangan tersebut termasuk kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.
100,000 orang lagi, kata Harussani, sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.
Beliau juga memberitahu, pihaknya menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian.
Salahuddin seterusnya memberitahu, bagi menyiapkan draf rang undang-undang itu, PAS telah membentuk satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang PAS, Hanifah Mydin.
Sebagai langkah awal, kata Salahuddin, PAS akan menyerahkan rang undang-undang itu kepada semua mufti di negeri-negeri, alim ulama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkenaan dan ahli-ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara bagi mendapatkan sokongan moral kepada rang undang-undang itu.
"Kita mengambil langkah tersebut kerana tanggungjawab ini adalah tangungjawab semua pihak di dalam negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan," katanya.
Beliau mengambil contoh kes murtad Noraishah Bukhari dan Hartina Kamaruddin yang dikendalikan oleh PAS sebelum ini di mana susulan dari peristiwa murtad itu, berlaku pelbagai peristiwa yang menggugat dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
"Jangan tunggu berlaku satu lagi peristiwa Natrah," beliau mengingatkan.
Rang undang-undang itu, yang akan menangani kes-kes murtad di Wilayah Persekutuan, akan dibentangkan di bawah peraturan Dewan Rakyat yang memberikan kuasa Ahli Parlimen yang bukan ahli kerajaan mengemukakan rang undang-undang, iaitu Rang Undang-Undang Ahli Yang Bukan Ahli Kerajaan.
Sesi Dewan Rakyat akan datang dijangka bermula 13 Mac ini.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke