From: Adam & Hanni Armansyah
 =======================================================
Imunisasi MMR
http://www.moh.gov.my/JKNPenang/Maklumat_utama/Panduan/Panduan-MMR.htm
=======================================================

Apa itu MMR?

MMR adalah singkatan untuk Measles, Mumps dan Rubella. Ia adalah kombinasi
tiga vaksin dalam satu suntikan bagi melindungi daripada penyakit measles
(campak), mumps (beguk) dan rubella.

Apa itu measles (campak)?

Measles adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus measles.
Tanda-tanda adalah ruam yang bermula dimuka seterusnya merebak keseluruh
badan, demam yang tinggi, batuk, selsema dan mata kemerahan.
Measles boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru
(pneumonia), jankitan otak (encephalitis), buta, pekak (=tuli) dan sawan.
Measles boleh mengakibatkan kematian.

Apa itu mumps (beguk)?

Mumps adalah penyakit akibat daripada virus mumps yang menyerang kelenjar
air liur.
Tanda-tanda adalah demam, sakit kepala, sakit-sakit otot, bengkak kelenjar
air liur berdekatan telinga dan rahang.
Penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti jangkitan
otak (encephalitis), radang buah zakar yang mengakibatkan kemandulan, radang
kelenjar pankreas dan pekak.

Apa itu rubella?

Rubella adalah penyakit yang disebabkan oleh virus rubella.
Tanda-tanda adalah ruam dan demam selama 2 hingga 3 hari. Biasanya ia adalah
penyakit ringan dikalangan kanak-kanak dan dewasa.
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat imunisasi terkena jankitan
rubella sewaktu mengandung boleh menyebabkan bayi dilahirkan cacat yang
dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ia termasuk pekak, katarak
(menyebabkan buta), jantung berlubang, tumbesaran terbantut dan terencat
akal.

Kenapa measles, mumps dan rubella menjadi masalah?

Mudah berjangkit dikalangan kanak-kanak dan dewasa.
Mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain.
Boleh menyebabkan komplikasi yang teruk dan membawa maut.
Bagaimana measles, mumps dan rubella merebak?

Ketiga-tiga penyakit ini boleh berjangkit apabila orang yang dijangkiti
batuk atau bersin.

Bagaimana measles, mumps dan rubella boleh dicegah?

Penyakit measles, mumps dan rubella boleh dicegah melalui imunisasi MMR.

Bila imunisasi MMR diberikan?

Semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan tahun 1 sekolah rendah diberi
imunisasi MMR.
Imunisasi MMR diperlukan sebanyak 2 dos.
Umur                                    Dos
 12 Bulan                                    Dos 1
 Tahun 1 sekolah rendah              Dos tambahan


Bagaimana imunisasi MMR diberi?

Imunisasi MMR diberi dalam satu suntikan dibahagian paha atau lengan.

Apakah samping sampingan imunisasi MMR?

Imunisasi MMR adalah SELAMAT (=AMAN).
Kesan sampinagan yang berlaku adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding
jika mendapat penyakit measles, mumps dan rubella atau komplikasinya.
Walau bagaimanapun, ruam, bengkak kelenjar air liur dileher, demam ringan dan
rasa mengantuk mungkin berlaku dari 7 hingga 10 hari selepas imunisasi.



*********** REPLY SEPARATOR  ***********

On 4/2/2004 at 11:19 AM Ari kuncoro wrote:

>Yth. Bapak/ibu
>
>Saya pendatang baru dimiling list ini, baru 1 jam yg lalu saya gabung.
>dan ada beberapa pertanyaan yang mau saya sharing ke bapak/ibu sekalian.
>saat ini saya sudah punya 2 anak, yg pertama umur 6 bulan dan yang kedua
>baru 3 bulan tapi
>masih didalam kandungan istri saya.
>saya mau tanya begini :
>saya sempat baca ditabloid anak bahwa ada imunisasi yang membuat anak jadi
>autis yaitu MMR,
>apakah benar hal tsb ...  dan kalau iya .. apakah tidak masalah kalau
>tidak diberi imunisasi tsb ?
>
>hari saptu besok ... anak saya akan saya bawa ke dokter untuk pemberian
>imunisasi HIB,
>apakah ada pengaruh negatifnya untuk HIB tsb bagi anak saya tsb ..?
>
>demikian dulu dari saya, terima kasih sebelumnya.
>
>rgds
>
>---------------------------------------------------------------------
>>> Kirim bunga, buket balon atau cake, klik,http://www.indokado.com/
>>> Info balita, http://www.balita-anda.com
>>> Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]




---------------------------------------------------------------------
>> Kirim bunga, buket balon atau cake, klik,http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.com
>> Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke