Malam 1  Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya. 

Malam 16  Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. 

Malam 2  Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu 
Muslim. 

Malam 17  Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi. 

Malam 3  Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana 
Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu." 

Malam 18  Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah kepadamu 
dan kedua ibu bapamu." 

Malam 4  Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, 
Injil, Zabur dan Al Quran. 

Malam 19  Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus. 

Malam 5  Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, 
Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. 

Malam 20  Diberikan pahala para syuhada dan solehin. 

Malam 6  Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan 
pasir-pasir turut memohon ampun untuknya. 

Malam 21  Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga. 

Malam 7  Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya 
mengalahkan Firaun dan Hamman. 

Malam 22  Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan. 

Malam 8  Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s. 

Malam 23  Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga. 

Malam 9  Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah 
Allah. 

Malam 24  Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh 
Allah. 

Malam 10  Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat 

Malam 25  Diselamatkan dari siksa kubur. 

Malam 11  Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan  - bersih dari segala dosa. 

Malam 26  Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun. 

Malam 12  Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama. 

Malam 27  Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat. 

Malam 13  Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan. 

Malam 28  Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat. 

Malam 14  Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat 
- ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.  

Malam 29  Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur. 

Malam 15  Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun 
untuknya. 

Malam 30  Diseru oleh Allah dengan seruan, "Wahai hamba-Ku! Makanlah buah-buahan 
Syurga dan mandilah dengan air Salsabil (sebatang sungai yang mengalir dalam Syurga) 
serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku


                                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail – CNET Editors' Choice 2004.  Tell them what you think. a

Kirim email ke