maaf bp.tommy/ibu susi, saya kurang mengerti. spirulina itu spt apa ya..? atau mungkin dalam bhs indonesianya apa.. norak nih. hehe...
----- Original Message ----- From: Tommy & Susi <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]> Sent: 12 Maret 2002 15:13 Subject: [balita-anda] Artikel : Kenapa Spirulina bermanfaat kepada kesihatan Berikut saya kutip artikel Kesehatan. Maaf, dalam bahasa Malaysia -------------------------------------------------- -------------------------- Kenapa Spirulina bermanfaat kepada kesihatan (Rencana tentang ilmu pemakanan berzat dan bio kimia berikut ini dinukil dari karya Dr. Adelle Davis, pakar bio-kimia Amerika Syarikat: (1) Let's Eat Righ To Keep Fit; (2) Let's Get Well; (3) Let's Have Healthy Children, disamping merujuk kepada buku 'Bio-Kimia' di Institut Penyelidikan Bio Kimia, Kolej Perubatan, Universiti Taiwan; 'Medicine' karya Harrison's dan 'How To Get Well', siri buku pemakanan Donsbach oleh Dr. Paavo Airola, Donsbach Nutritional University, Amerika Syarikat.) Orang-orang zaman moderen sering dijangkiti penyakit kerana pemakanan yang tidak sesuai. Orang-orang moderen yang lebih selesa pada kehidupan material lebih berkecenderungan untuk makan daging. Sebagaimana yang diketahui umum, bahawa vitamin dan galian (mineral) amat diperlukan badan kita untuk mencernakan daging. Namun oleh kerana makanan diproses tidak mengandungi vitamin yang mencukupi, tambahan pula sesetengah orang tidak suka makan sayur-sayuran, buah-buahan ataupun pengambilannya tidak mencukupi, maka Elemen Berakali dalam badan turut berkekurangan. Oleh itu, terjadilah penyakit-penyakit, lebih-lebih lagi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan malahan penyakit barah (kanker). Sedangkan penyakit-penyakit demikian masih tidak dapat diubati secara berkesan oleh perubatan pada zaman ini, kerana unsur makanan berzat (bergizi) telah diabaikan. Seandainya makanan berzat sama-sama dipandang berat dengan perubatan, maka banyak penyakit barah akan dapat diubati. Dalam hal ini, Spirulina merupakan makanan yang dapat membekalkan zat-zat yang dapat memulihkan kesihatan badan. Berikut ini diterangkan beberapa faktor tentang punca (penyebab) penyakit dan cara terapi dietnya yang berkesan. 1. Hubungan Spirulina dengan Ibu Berbadan Dua (Hamil) Spirulina adalah makanan semula jadi yang paling ideal dan paling selamat untuk ibu berbadan dua sebagai pembekal bahan-bahan berzat 1. Tentukan Anak Lelaki atau Perempuan Teori Asid-Alkali yang dikemukakan oleh pakar-pakar perubatan telah membuktikan bahawa sperma laki-laki lebih aktif sekiranya berada dalam air mani perempuan yang bersifat alkali, sehigga lebih menjamin kemungkinan untuk mendapat anak lelaki. Maka, untuk mendapat anak lelaki, si isteri perlu makan sayur-sayuran yang lebih agar bendalir badannya bersifat alkali. Terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa penggunaan air soda untuk mencuci alat kelami sebelum persetubuhan akan juga mendatangkan kesan yang sama. Faktor lain yang juga penting ialah persetubuhan selepas pengovuman akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat anak lelaki. Walaupun sperma lelaki bergerak pantas tetapi ia tidak dapat hidup panjang dalam bendalir kumuhan berasid. Spirulina adalah sejenis makanan berbes yang amat berkesan. Ia kaya dengan magnesium, kalium, kalsium, natrium. Penggunaannya 3-5 bulan berturut-turut sebelum mengandung akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat anak lelaki. 2. Mencegah Bayi daripada keguguran Menurut Dr. Adelle Davis, kekurangan vitamin E, B12 akan menyebabkan keguguran. Sebelum terbentuknya janin, bekalan Asid Folik harus mencukupi. Lebih dari pada separuh kejadian keguguran disebabkan oleh kekurangan Asid Folik. Manakala kekurangan protein (kurang daripada 50g sehari), vitamin A, C, K akan juga menyebabkan keguguran. Penyakit berjangkit seperti campak dan merokok berlebihan akan juga menyebabkan keguguran. Spirulina adalah makanan semulajadi yang kaya akan protein, di samping vitamin A dan B12. Ia kaya juga dengan vitamin E, Asid Folik, vitamin C dan K. Ia adalah sejenis makanan berzat sempurna yang amat bermanfaat kepada ibu berbadan dua, lebih-lebih lagi ia dapat mencegah bayi daripada keguguran. 3. Mencegah Bayi daripada Kecacatan Kekurangan Asid Folik, vitamin B2 akan menyebabkan kecacatan bentuk mata, bibir sumbing, dan jari bersambung. Kekurangan Mangan akan menyebabkan kecacatan pada telinga dan mata. Kekurangan vitamin E akan juga menyebabkan kecacatan mata. Seseorang wanita yang makan Salikomide berlebihan untuk mencegah muntah-muntah, akhirnya bayi yang dilahirkan akan kecacatan tangan dan kaki. Oleh itu, ibu berbadan dua haruslah berhati-hati dalam penggunaan ubat. Spirulina adalah makanan semula jadi, ia ternyata amat selamat setelah bertahun-tahun diuji oleh pakar-pakar perubatan Jepun. Ia kaya dengan Mangan dan Zink, maka ia amatlah bernilai. bersambung --- Outgoing mail is certified Virus Free. Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com). Version: 6.0.325 / Virus Database: 182 - Release Date: 2/19/2002 >> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/ >> Info balita, http://www.balita-anda.indoglobal.com Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED] >> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/ >> Info balita, http://www.balita-anda.indoglobal.com Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]