|
Kosakata: Degil = bandel (indo) Semasa = sewaktu/pada saat Berjaya = berhasil Bagaimana mahu menasihati anak, isteri atau
suami agar tidak degil Oleh Rosman Zakaria 1. Semasa anak atau isteri kita sedang
tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam,
kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit
dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun ubun orang yang ingin
anda nasihati. 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
keatas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus
dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh
janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak
perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu
melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia
sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah
saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa
Imam Abu Hanifah"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan".Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan.
Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang
ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya
juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada
diri kita sendiri. Bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri. Sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan
dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Nasihatkan dia dengan
nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Bacakan kisah para
rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Wallahua'lam... -- CV. Global Intermedia - Information Technology for Everyone Pahlevi Building 1st floor Pogung Dalangan SIA XVI/IX/25 Yogyakarta 55663 Indonesia Phone : +62 274 511859 Website : http://www.g-im.com/ Ketawa dot Com - http://ketawa.com/
Yahoo! Groups Links
|
