Mufti Asri, tegurlah Utusan yang siar gambar artis tak senonoh            
                                     Muhammad Shafiq      
         Tue | Jul 10, 07 | 08:45:04 PM


                        Kadang-kadang pada hujung minggu saya rasa malas nak 
beli akhbar Melayu. Sebab yang ada Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan akhbar 
kompak Metro Ahad dan Kosmo yang kerap benar siar gambar artis baru dan ‘lama’ 
dalam pelbagai pos menghairahkan. Rasa berdosa pula beli akhbar yang akan 
menjadi ‘santapan’ mata anak isteri. 


-->
Disebabkan desakan orang rumah, saya beli juga. Susah juga nak pilih antara 
Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Bukan susah nak pilih kerana kedua-duanya 
bagus, tetapi kedua-duanya bersaing hebat siar gambar perempuan muda gaya 
seksi. Pilih Mingguan Malaysia, rasa berdosa tengok gambar teruk, pilih Berita 
Minggu pun rasa berdosa.

 
Sesekali kerana nak membaca juga, belilah Mingguan Malaysia. Ada pula ruangan 
agama, salah satunya kolum Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Wah, berdesing 
juga komen mufti muda ini. Baguslah begitu. Katakanlah yang benar walaupun 
pahit.

 
Di sini saya nak minta satu perkara pada Dr Asri. Kalau Dr Asri beli Mingguan 
Malaysia untuk melihat artikel sendiri yang disiarkan, tentulah Dr Asri diberi 
tiga seksyen akhbar. Sisipan ketiga itu Pancaindera. Dr Asri tentu sudah tengok 
kandungannya. Ada aksi gadis dalam pelbagai pos. Yang terbaru Serina Redzuan. 
Dulu saya pernah tengok gambar yang artisnya hampir terlondeh buah dadanya.

 
Tentulah semua ini haram. Selain menegur benda-benda di luar sana seperti 
mengintip orang berkhalwat yang pada pandangan Dr Asri tidak kena, apa kata Dr 
Asri tegur sendiri benda haram yang dibuat oleh Mingguan Malaysia dan banyak 
lagi majalah Utusan itu. Jika tidak ditegur, kita bimbang Dr Asri akan dituduh 
bersubahat pula kerana benda haram depan mata dibiarkan sedangkan Dr 
tercari-cari isu menegur pihak lain. Tegurlah Utusan dulu, tempat istimewa di 
mana Dr dijadikan seorang kolumnis. – lanh 

Kirim email ke