*Soalan:*

Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah - kami
memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah di dua buah dewan yang
diberi oleh pihak Universiti untuk kegunaan penganut agama yang berbagai,
termasuk pelajar muslimin, alhamdulillah.

 Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari Jumaat, maka kami
semenjak beberapa tahun telah mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa
orang dari kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan
menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang lalu, kami bertemu
secara mingguan untuk belajar tajwid dan memahami ayat-ayat dalam surah
al-Baqarah, belajar fikeh dan sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian
dari Allah - memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan dan
tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan saling nasihat
menasihati.

Kami mendapat tahu ada dikalangan kami orang yang meraguikan Pusat Islam di
bandar Lausanne dari kalangan pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad
bin Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya dinamakan
sebagai al-Ahbash. Kami memdapat maklumat dan membaca tentang pandangan dan
pemikiran mereka, kami dapati mereka memeliki penyelewengan-penyelewengan
yang bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang agama kami
yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami, mereka lakukan
solat Jumaat bersaingan dengan solat yang kami lakukan semenjak lebih 9
tahun yang lalu. Mereka juga tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu
juga dari sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah di musim
haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram) dan mereka tidak menunaikan
solat melainkan di belakang imam dari kalangan mereka sahaja.

 Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan para pelajar dan
selainnya. Apabila mereka memperkenalkan orang kepada Islam mereka
perkenalkan kepada kumpulan dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka
mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan Universiti
al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor Universiti al-Azhar yang
lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan adanya sebarang hubungan dengan
golongan Ahbas dan beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya
pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya dan mendakwa
statement itu palsu. Mereka sentiasa mempnyai hubungan dengan pihak berkuasa
Switzerland, mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh sambil
mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan bantuan kepada kerja-kerja
mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-Ifta' al-Misriyah)
memberi fatwa kepada kami tentang jemaah ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan membaca kitab-kitab
syeikh mereka atau sepatutnya memboikot jamaah ini dan menasihati
ahli-ahlinya untuk keluar darinya.
Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan dalam perkara ini,
sehingga kami memberanikan diri untuk menulis soalan ini kepada pihak anda
disebabkan berita yang kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan
maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima jawapan dari pihak
tuan dalam masa terdekat dan kami mengalu-alukan keluarnya satu kenyataan
rasmi tentang mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta'
atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di internet, agar golongan Ahbash
tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement Fadhilah Dr. 'Umar
Hasyim dan naskah statement dengan bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh
Markaz (pusat) Ahbash di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun
lepas, yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada hubungan dengan
Universiti al-Azhar.

*Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan dengan Ahbash*
*

* Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan seperti apa yang
dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan, maka mereka adalah satu jemaah
yang Sesat yang telah melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib
menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang ikatan dengan mereka.

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini (Ahbash) dengan al-Azhar
al-Syarif, dan tidak pernah keluar dari kami sebarang urusan dengan kumpulan
Ahbash ini. Tidak ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada
juga dari pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak
Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian Wakaf
Mesir.

Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk memberi gambaran
yang meragukan, adalah perkara yang merobek (mencacatkan) maruah diri yang
sepatutnya dijauhi oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. wallahu
swt a'lam.


-- 
http://bankahbash.blogspot.com/

Kirim email ke