*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berkenaan dengan pidato ni, gifted satu hal, tapi bagi
orang yang Allah tak gift ketokohan tu, benda tu harus
dipelajari juga.  Itulah pentingnya badan-badan
politik menganjurkan kursus pidato untuk ahli-ahlinya.
Ilmu seperkara lagi.  Pandai bercakap tak ada ilmu,
tak menjadi juga.  Maka ilmu nak kena tambah.  Iman
nak kena digilap.  Bila bercantum ilmu dan iman
ditambah dengan kemahiran berpidato, MasyaAllah,
mungkin kitapun boleh jadi sebaik Ustaz Hadi atau kita
boleh mengeluarkan percakapan seperti mukmin sejati
Tuan Guru Nik Aziz.  

Ilmu dan iman mungkin boleh dibaiki dengan menghadiri
majlis ceramah agama atau pembacaan tapi dalam sebuah
jamaah Islamiah, kita ada usrah.  Usrahlah tempat kita
menambahkan ilmu, bertukar-tukar fikiran dan
mengeratkan ukhuwwah(persaudaraan Islam).  Mungkin
kita akan rasa bahagia dan seronok berjumpa
rakan-rakan yang hanya datang untuk bertemu hanya
kerana Allah.  Mungkin kita akan rasa seronok melihat
cara hidup rakan kita itu yang kehidupannya hanya
kerana Allah.  Dari situ kita membelai iman agar hati
kita yang keras ini lembut dan sayang kepada Allah dan
sahabat-sahabat yang berjuang hanya kerana Allah.

Dengan ilmu yang ada, dengan iman yang bertambah
mantap dan dengan ilmu pidato yang serba sedikit, kita
tak akan dapat memberikan presentation yang baik tanpa
mengamalkannya.  Siapa yang pernah mendengar ceramah
pertama Peguam Zul?  Pasti dapat merasakan kegugupan
beliau.  Siapa yang ada kaset terbaru ceramah Peguam
Zul?  Kita akan dapat rasakan apa yang beliau rasakan
kerana ucapan dan pidato yang berkesan dek kerana
pengalaman.

He, he, he....Kepada ahli PAS dan ahli BA yang lain,
sudah berapa lama kita dalam perjuangan ini?  Adakah
anda sekarang boleh berpidato?  Adakah anda gugup
berada di pentas?  Jika belum pandai berpidato
mintalah PAS Kawasan menganjurkan kursus pidato.  Masa
masih belum terlewat.  Pilihanraya tak tahu bila. 
Kemahiran ini boleh juga digunakan untuk merayu undi.


Sekian


--- Faqir Fillah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Assalamualaikum,
> 
> Syabas saudaraku yg telah menceritakan pengalaman &
> pengorbanannya semasa 
> pilihanraya 1995 bilamana Pas & S46 bekerjasama
> (APU).
> 
> Disamping akhlak Islam yang sempurna, karisma
> pemadato merupakan aset 
> terpenting dlm meraih undi rakyat dan dlm hal
> karisma ini, tidak dinafikan 
> ianya "gifted" drp Allah swt utk hambanya yang
> terpilih.
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke