*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum wrt wbt! Kah!Kah!Kah! Kelakar jugak. Konon2nya ITM ...eh... UTM Shah Alam ni IPT #1 di M'sia ni yg urus Cyber-Cafe. Tapi yg aku nampak, di UPM dah pun ada 2. Under Kolej pulak tu. Bukan under mana-mana kelab peringkat U. Tapi takpelah. By the way, kalau keuntungan masuk tabung HEP, nak buat apa? >From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]> >To: "Sangkancil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>, > "Anwarxtpm" <[EMAIL PROTECTED]>, "Adil" <[EMAIL PROTECTED]> >Subject: H-Net* UTM yang pertama di dunia urus Cafe >Date: Fri, 17 Sep 1999 14:57:09 +0800 > >Berita ini sangat prejudis. Saya pernah ke UUM Sintok tahun lalu dan lihat >sendiri cafe internet ini sudah ada dijalankan disana oleh >pelajar-pelajarnya. Tentunya pemberita ini dan Rektor UTM kurang cerdik. >-------------------------------------------------------------------------- >UTM yang pertama di dunia urus Cafe >UNIVERSITI Teknologi Mara (UTM, Shah Alam) muncul universiti pertama di >dunia menubuhkan kafe yang diurus sepenuhnya oleh para pelajarnya di dalam >kawasan kampus. >Rektor UTM, Shah Alam, Datuk Profesor Dr. Ahmad Zaidee Laidin berkata, kafe >dikenali Cafe Nescafe itu didirikan dengan kerjasama Nestle Products (M) >Sdn Bhd. > >Menurutnya, sebanyak 53 pelajar dari pelbagai fakulti dan menjadi ahli >Kelab Usahawan universiti itu diberi tanggungjawab penuh untuk mengurus >kafe itu. > >Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 13 pelajar dilantik menjadi pengurus >dalam pelbagai bidang seperti kewangan, kebersihan dan peralatan. > >''Kafe itu dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 9 pagi sehingga 9 >malam. Pelajar terlibat akan bekerja mengikut syif bergantung pada >kesesuaian jadual kuliah,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis >Pelancaran Rasmi Cafe Nescafe di UTM, Shah Alam kelmarin. > >Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Nestle Products (M) Sdn. >Bhd., Ajit Saran, Timbalan Rektor (Akademik) UTM, Shah Alam, Profesor Dr. >Ibrahim Abu Shah dan Ketua Jabatan Undang-Undang Korporat dan >Kesetiausahaan Nestle Products (M) Sdn. Bhd., Mohd. Shah Hashim. > >Kafe yang didirikan di Dataran Menara itu sudah beroperasi sejak 1 >September lalu dan sambutan warga kampus amat menggalakkan. > >Beliau berkata, setiap pelajar dibayar RM3 sejam dan sebahagian daripada >keuntungan jualan itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Hal Ehwal Pelajar. > >Sementara itu, Ajit berkata, pembukaan kafe itu memberi peluang yang unik >kepada pelajar UTM, Shah Alam untuk mendapatkan latihan amali dalam >perniagaan. > >Menurutnya, pelajar akan menimba banyak pengalaman perniagaan terutama >dalam kawalan mutu, kebersihan di tempat jualan, inventori stok, >penyimpanan buku kira-kira dan kebajikan kakitangan. > >''Projek itu adalah projek perintis dan Nestle berharap dapat meluaskan >konsep ini di kolej atau universiti lain,'' katanya. > >Beberapa pelajar terlibat ketika ditemui pula berkata, mereka gembira >kerana mendapat peluang berniaga ketika di kampus. > >Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan Peralatan), >Fakulti Kejuruteraan UTM, Shah Alam, Ahmad Fauzan Raja Hassan, 22, berkata, >peluang keemasan itu sukar ditolak walaupun beliau sibuk dengan pengajian. > >''Ini satu peluang yang baik untuk saya meningkatkan pengetahuan tentang >selok-belok perniagaan. Tambah menyakinkan saya apabila kakitangan daripada >sebuah syarikat pengeluaran besar iaitu Nestle sanggup memberi tunjuk ajar >dalam bidang itu,'' katanya. > >Menurutnya, dalam masa seminggu, beliau memperuntukkan masa selama enam jam >untuk bertugas di Cafe Nescafe. > >Rakannya, Mohd. Kamal Mohd. Yusof, 21, berkata, pengalaman daripada >mengurus Cafe Nescafe ketika di kampus akan digunakan sepenuhnya untuk >mengendalikan perniagaan serupa selepas tamat pengajian. > >''Sebagai Pengurus Kebersihan di Cafe Nescafe, saya akan memastikan kafe >atau perniagaan lain yang akan dibuka oleh saya kelak sentiasa bersih,'' >katanya. > >Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automatif itu >berkata, beliau meluangkan masa selama tujuh jam seminggu untuk bertugas di >Cafe Nescafe. > >Oleh: ROHANA MAN > ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>