Polis SB yg menembak dicelah2 org ramai di Kg baru dulu dicharge atau belum?

BERITA MALAYSIA


September 22 , 1999 15:38PM

 

ANGGOTA POLIS TEMBAK MATI DOKTOR AKAN DIDAKWA, KATA KETUA POLIS

 

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Seorang anggota polis yang didakwa menembak mati seorang doktor di Cheras di sini akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atau esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai.

Beliau memberitahu persidangan berita di Bukit Aman bahawa polis mengambil tindakan yang pantas dan teliti berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, sama ada anggota polis itu akan didakwa di atas tuduhan membunuh akan ditentukan oleh pejabat Peguam Negara.

Dalam kejadian itu, seorang daripada dua anggota polis telah menembak mati Dr Tai Eng Teck, 29, di stesen LRT Bandar Tasik Selatan, di sini kira-kira 10.30 malam semalam.

Anggota polis itu dikatakan melepaskan tiga das tembakan ke arah doktor yang berada dalam sebuah kereta bersama seorang jururawat berusia 25 tahun.

Difahamkan, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan apabila doktor itu dipercayai cuba merempuh seorang daripada anggota polis itu yang membuat pemeriksaan terhadapnya.

Dr Tai, seorang doktor dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu sedang bercuti sebelum ditukarkan ke Hospital Muar.

Dalam persidangan media itu, Norian turut menyampaikan takziah kepada keluarga doktor berkenaan sambil menyifatkan kejadian itu amat dikesali.

"Saya ingin menyatakan siasatan kes ini dijalankan dengan serta-merta dan menyeluruh dan kita menjangka bahawa anggota polis yang bertanggungjawab akan dituduh di mahkamah sama ada hari ini atau pun esok.

"Bagi pihak polis, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Tai atas kemalangan yang berlaku dan saya ingin menyatakan rasa dukacita dan kesal atas peristiwa ini," kata Norian.

Turut hadir pada persidangan berita itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Jamil Johari dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Yaacob Amin.

Norian berkata penyiasatan awal menunjukkan anggota polis berkenaan telah bertindak secara melampau sehingga melepaskan tembakan.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kejadian itu menunjukkan bahawa anggota polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya atau "trigger-happy", sambil menyifatkan kejadian itu sebagai satu kejadian terasing.

"Saya suka menjelaskan bahawa tanggapan atau tohmahan bahawa polis 'trigger-happy' adalah tidak tepat," katanya.

Norian berkata setiap hari anggota polis membuat pemeriksaan yang berterusan di seluruh negara, sama ada berhubung kes jenayah atau trafik, tetapi keseluruhannnya tidak menunjukkan senjata api sebagai tanda polis berkuasa.

Katanya arahan berhubung penggunaan senjati api telah lama dikeluarkan dan begitu ketat menjelaskan situasi yang membenarkan penggunaan senjata api.

"Dasar polis dalam hal ini adalah jelas tetapi saya tidak dapat menjamin kemalangan dalam insiden-insiden yang luar biasa seperti ini. Walaupun kita mempunyai arahan-arahan tertentu, tetapi bilangan anggota kita yang banyak dan keadaan-keadaan yang dihadapi oleh anggota saya berbagai-bagai, kejadian yang mendukcitakan ini telah berlaku.

"Saya juga ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa kita akan terus memperingatkan anggota-anggota kita dan akan bertindak tegas termasuk mengambil tindakan mahkamah dalam keadaan apabila anggota menggunakan senjata api dengan cara yang tidak sah. Saya beri jaminan usaha ini akan diteruskan," katanya. -- LAGI

 

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke