*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikum salam

Hamba sebagai org awam juga ingin bertanya mengapakah
sepanjang pengajian hamba tidak pernah diberitahu akan
ucapan2 seperti di bawah di ucap oleh mana2 nabi
termasuklah Nabi Muhammad S.A.W? Adakah Wali2 tsbt
telah sampai ke satu makam yg amat tinggi hingga nabi2
pun tak pernah melaluinya?

Harap dapat penjelasan dgn lebih detail berserta
hadith yg sahih dan ayat2 Quran supaya hilang segala
kekeliruan.

Wallahu'alam

Wassalam

--- Zakki <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalamu'alaikum;
> 
> Dibawah ini merupakan petikan dan penerangan
> mengenai "Wahdatul Wujud" yang di
> tulis oleh Ust. Mustapha Muhammad Al-Jiasi
> Al-Ahmadi, Kota Baru, Kelantan, dari
> buku karangan beliau "Mengenal Diri dan Wali Allah",
> mudah-mudahan akan memberi
> sedikit kefahaman kepada kita semua.
> 
> Petikan dari buku muka surat 64 - 71:
> Apabila seseorang itu mendapat syuhud denagn nama
> Allah, misalnya dengan nama
> "Rahman" maka di waktu itu rasanya nama Allah yang
> Pemurah (Rahman) itu, terasa
> lazat ke dalam seluruh perasaan batin hingga tidak
> sedarkan diri (fana) atau pun
> sedarkan diri (baqa'), kelazatan-kelazatan yang
> terdapat umpama itu tidak dapat
> diperikan oleh bahasa lisan dunia walau sepatah pun,
> demikian juga tidak dapat
> di gambar atau di tuliskan dengan pena.  Dan di
> kiaslah lagi pada nama-nama
> Allah yang lain umpama Al-Aziz, Al-Jabar,
> Al-Mutakabbir dan lain-lain lagi.
> 
> Apabila seseorang sufi itu terdapat fana kerana ia
> tersyuhud kepada salah satu
> daripada 4 perkara (iaitu Af'al Allah, Asma' Allah,
> Sifat Allah dan Zat allah),
> sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri sendiri
> dan juga makhluk sekeliling,
> maka di waktu kerapkali terlatah (syataha) di
> mulutnya dengan
> perkataan-perkataan "ittihad" umpamanya:
> 
> "Tiada dalam jubah ku melainkan Allah"
> "Akulah Tuhan yang sebenar"
> "Akulah Tuhan yang ku cintai dan Tuhan yang aku
> cintai ialah aku"
> dan lain-lain lagi.
> 
> Sedang mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri
> (fana) itu bukanlah bererti
> mereka terbaring tidur dengan tiada dapat
> bergerak-gerak lagi badan kasar itu,
> bahkan mereka kerapkali dapat berjalan sebagaimana
> orang sehat dan kerapkali
> bercakap-cakap dengan orang banyak tetapi ia tidak
> sedarkan orang itu.  Hanya
> yang sedar ialah mabuk dan karam kepada Allah jua,
> dan di waku itulah mereka
> kerapkali terlatah dengan perkataan-perkataan
> "al-ittihad" umpama di atas itu.
> 
> Dan hati orang-orang  sufi yang dalam keadaan fana
> dan terlatah itu di namakan
> "Wahdatul Wujud" atau pun "al-ittihad" mengikut
> istilah tasauf.  Dan mereka
> dalam waktu itu tidak terkena lagi dengan hukum
> taklip syarak kerana akal mereka
> hilang dengan kesedaran alam sekeliling.  Dan
> tiap-tiap orang wali mestilah ia
> lalui dan menempuh jalan ini tetapi ada yang
> terselamat dari fitnah dan ada pula
> yang tidak selamat seperti hilaj.
> 
> Sebab-sebab terjadi pengucapan syatah atau terla
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chenorian <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke