*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Semalam ketika ceramah ADIL-PAS di Sg. Merab Luar Kajang sedang berjalan,
sekumpulan gagak hitam gerak-gempur UMNO cuba mengganggu ceramah kami.
(kononnya nak jadi polis!) Mereka meminta supaya ceramah diberhentikan jam
11:00 malam walaupun polis memberikan permit ceramah hingga jam 11:30 malam.
Mereka kata ceramah mesti diberhentikan kerana mereka nak berarak di kawasan
tersebut iaitu di kawasan ceramah. Pihak kami kata, kamu orang UMNO tak ada
permit nak berarak di kawasan kami ceramah dan jangan ganggu kami. Tetapi
mereka berkeras. Dato' Hj Maasum, bakal calon Parlimen Sepang, cuba menunjuk
belang kerana di belakangnya lebih daripada 30 pemuda gerak-gempur bersedia
untuk bertempur. Apabila pihak UMNO mula mengasari kami, lantas seorang
brother Sg. Merab dari kalangan kami merempuh ke depan dan mengacukan penumbuk
sulungnya pada Dato' Maasum...berdarah bibirnya...tetapi nasib baik dileraikan
segera oleh orang ramai di situ, kalau tidak sudah pasti ada org yang
kehilangan nyawa pada malam itu. Itulah orang UMNO! pengacau, macam bapak dia
punya kampung. Sebelum itu, mereka telah dijamu oleh Dato' Shariff Jajang di
rumah Dato' Shariff. Entah kena jampi apa oleh Dato' Shariff agaknya sehingga
mereka bagaikan dicucuk hidung pergi nak buat kacau di ceramah kami.

Selepas selesai ceramah, seorang pemuda kampung dari pihak kami pula di pukul
dan dibelasah oleh orang UMNO di rumahnya...saya tak tahu apa terjadi selepas
itu. Insya'Allah saya akan dapatkan maklumat seterusnya  perkara ini dan
menceritakan kepada anda semua bagaimana samsengnya UMNO dewasa ini. Persoalan
sekarang apakah orang ADIL-PAS sudah bersedia secara mental, fizikal, dan
spiritual untuk menghadapi sebarang kemungkinan jahat UMNO-BN sebagaimana yang
disebut oleh Dr. Mahathir bahwa kali ini pilihanraya paling kotor. Itu
sebablah saya beritahu anda semua, supaya pasang niat bersedia untuk bertempur
jika terpaksa, bersedia untuk berjihad jika diserang, bersedia untuk bertempur
jika berlaku kekecohan yang dibuat oleh UMNO-BN! Bersedia pakai selempang
merah! Mesti ALERT! Jangan berpeluk tubuh atau tunggu dan lihat. Bukan kita
mahu mencari musuh. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Jangan kamu bercita2
mencari musuh, tetapi jika kamu terpaksa berhadapan dengan mereka, hendaklah
kamu tetap pendirian!

Hari ini kita dapati semangat masyarakat mahukan perubahan tetapi apakah orang
ramai ini telah pasang niat bersedia untuk berkorban hatta jiwanya bagi
mempertahankan kebenaran dan keadilan! Jangan kita menjadi sebahagian pengikut
Nabi Musa yang kuat semangat dan kuat bertempik, tetapi apabila di ajak
berperang, mereka suruh Nabi Musa pergi seorang diri. Dalam kisah Thalut dan
Jalut juga demikian, terdapatnya orang yang kononnya berani di luar tetapi
kecut di dalam.

Saya harap anda faham kenapa kita rakyat Malaysia perlu ALERT! perlu bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan jahat UMNO-BN (samada oleh ahli UMNO-BN atau
pun polis suruhan) yang mencetuskan pergaduhan antara Melayu dan antara kaum.
Mereka yang berada di bandar Kelang dan Kota Bharu sekarang sila ambil
perhatian! kalau kita tidak mentally, emotionally, and spiritually alert, kita
akan terkejut dan terpinga2 bila melihat kejahatan BN-UMNO (melalui polis2
upahan dan gerak-gempurnya) di lakukan oleh mereka. Bukan saya suruh anda cari
gaduh atau cari musuh tapi bersedia jika di serang. Semuga Allah melindungi
kita semua!

Allahuakbar!




____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke