Kes Anwar

Dr M tidak akan beri keterangan

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tidak akan memberi keterangan sewaktu perbicaraan liwat mantan timbalannya, kata Encik Karpal Singh, seorang daripada peguam Datuk Seri Anwar.

Pihak peguambela sebelum ini telah mengeluarkan sapena terhadap Dr Mahathir.

Namun, Encik Karpal berkata masa tidak mencukupi untuk Dr Mahathir hadir ke mahkamah.

"Jika benar beliau akan hadir di mahkamah, ia sudah tentu selepas pilihan raya," kata Encik Karpal kepada pemberita.

Dr Mahathir membubarkan Parlimen minggu ini dan pilihan raya dan rakyat Malaysia akan mengundi dalam pilihan raya umum ke-10 pada 29 November ini.

Timbalan Pendaftar, Cik Rozilah Salleh, semalam memberitahu mahkamah bahawa kes Datuk Seri Anwar akan ditangguh sehingga Selasa ini.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka, telah menangguhkan perbicaraan Rabu lalu kerana masalah sakit belakang.

Seorang lagi peguam Datuk Seri Anwar, Encik Pawancheek Marican, berkata beliau dimaklumkan Datuk Arifin cuti sakit hingga Isnin ini.

"Namun, belum jelas sama ada perbicaraan itu akan disambung Selasa ini," ujarnya. -- Reuters.

Kirim email ke