Bertambah CELARU barisan TAIK
BERITA MALAYSIA
November 13 , 1999 21:59PM
|
KEKELIRUAN PADA
SIDANG MEDIA KETUA PEMUDA PPP |
|
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) --
Sidang media oleh Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP)
T.Murugiah yang menyuarakan hasrat parti supaya ia diberi kerusi
pada pilihan raya umum akan datang bertukar menjadi adegan
mengelirukan apabila presidennya M.Kayveas mengeluarkan kenyataan
yangbertentangan.
Murugiah pada sidang media itu
menyatakan harapannya agar parti komponen Barisan Nasional (BN)
seperti Umno, MCA, Gerakan dan MIC dapat melepaskan beberapa kerusi
mereka untuk diberikan kepada PPP.
"Pemuda PPP telah
bermesyuarat pagi ini untuk merayu kepada empat parti komponen BN
iaitu Umno, MCA, Gerakan dan MIC supaya dapat memberikan laluan
kepada PPP dengan melepaskan satu kerusi mereka," katanya kepada
pemberita di Ibu pejabat parti itu hari ini.
Tetapi cadangan
Pemuda PPP itu ditolak oleh Kayveas pada satu lagi sidang media yang
diadakan dengan tergesa-gesa di tempat yang sama 30 minit selepas
sidang media terdahulu diadakan.
"Mengapa Pemuda PPP membuat
tuntutan seumpama itu dengan meminta pemimpin parti-parti komponen
melepaskan kerusi. Pergerakan Pemuda tidak boleh menjadikannya
sebagai isu."
Beliau berkata, cadangan Murugiah agar parti
komponen BN melepaskan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada PPP
boleh disalahertikan.
Katanya, sebarang soal mengenai
pengagihan kerusi pada pilihan rayaumum 29 Nov ini harus ditangani
oleh pengerusi BN Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kayveas
berkata, partinya berkeyakinan tinggi bahawa sebarang keputusan yang
akan dibuat oleh pucuk pimpinan BN mengenai pemberian kerusi akan
memihak kepadanya.
Beliau akan menemui Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad pada 18 Nov, katanya. --
BERNAMA
| |
|
blue.gif