*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded:
----------


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 

KISAH MEMALI - Part 1 

Assalamualaikum, 

Tanggal 19 November ini, genaplah 14 tahun tragedi Memali berlaku. Rasanya, ramai di 
antara sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah atau baru saja melangkah 
ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. Kerana ianya adalah satu tragedi 
yang penuh dengan pengajaran dan sesetengahnya masih menjadi misteri, maka ada baiknya 
diceritakan semula di sini untuk tatapan bersama. 

Hujung minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang pernah 
saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang saya dengar 
itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi confuse bila 
ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya.. 

Masih saya ingat kata-kata Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan selepas kes 
tersebut. Kata Pak Ya, "Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual bergolok bergadai, jual 
lembu, jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, lepas tu kalah. Dah tak ada apa 
dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam pus) la, lagi molek!!". Pak Ya ni 
harcore sungguh, masa tengah menjual kain, sempat lagi dia sembang bab politik, dia 
kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud ni, nanti kalau semua orang kena potong tangan, 
siapa nak gi menoreh?". Selain dari itu, banyak juga cerita terperinci Memali yang 
diceritakannya kepada saya, semuanya berbau pekat UMNO. 

MALANGNYA - PAK YA SUDAH PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA MEMALI VERSI PAK YA CUMA 
TINGGAL SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA. APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA 
TURUT SERTA MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA ALLAH 
MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA! 

Sekitar 1985 juga, saya sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di pedalaman 
Baling. Beliau tak habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Bila timbul 
isu Syahid, beliaulah antara yang paling lantang mempertahankan al-syahid Ust Ibrahim 
Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji tinggi sangat, sekolah attap pun tak sure habis 
ke tidak, tapi tang bab agama, dia jenis 'Samekna Waatoqna" (Kami Dengar dan Kami 
Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana Pakcik Dolah tahu kata Ibrahim Libya tu 
mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu tak caya, mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". 
Termenung saya. 

MALANGNYA - PAKCIK DOLAH JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA 
TURUT MENGIRINGI MAYAT PAKCIK DOLAH KE LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA 
PAK YA DAN PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH UNTUK 
MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI! 

Oleh kerana kedua-dua Pak Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan 
cerita-cerita yang pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka saya tidak ada 
pilihan, selain ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah mengisahkan cerita Memali 
ini secara panjang lebar kepada saya sekitar tahun 1985 dulu. Rakan2 beliau adalah 
antara yang tertembak dan gugur syahid semasa kejadian itu, dan beliau sendiri, 
walaupun tidak menyatakan kepada saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga melihat 
akan air mukanya, beliau nampak seakan terkilan kerana hari kejadian itu tidak jatuh 
pada hari giliran beliau mengawal rumah al-syahid ust Ibrahim Libya!! 

Cerita beliau inilah antara yang paling reliable. 

Malangnya, pada hari sabtu yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada urusan 
di luar Baling. Saya jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana niat saya 
ikhlas, saya ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang gugur syahid atau 
ditembak dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan mereka ini merupakan anak jati 
kampung Memali. Banyak kisah menarik yang diceritakan. 

Maka itu, dengan gabungan2 cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga sedikit 
cerita dari Pak Ya, Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur pula dengan 
beberapa sedutan dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, insyaallah kita akan 
bercerita lagi. 

(bersambung)


Note:
Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila 
hubungi:

Bendahari Madrasah Islahiah Diniah
Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4732631



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke