*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded:
---------


KISAH MEMALI - Part 2 

Meneruskan cerita Memali. 

Bila ditanya orang kampung Memali akan asal nama Memali - ada dua cerita berbeza, 
seorang mengatakan bahawa Memali berasal dari sejenis pokok bernama 'Memali' yang ada 
terdapat di sekitar Memali. Seorang lagi pula mengatakan bahawa Memali berasal dari 
perkataan 'Memali' (bahasa Baling - melayu patani) iaitu sejenis penyakit/hama di atas 
kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur. Wallah hu aklam. 

Dalam tulisan-tulisan seterusnya kita akan bertemu dengan beberapa perkataan atau 
bahasa yang jarang-jarang kita dengar, kerana penduduk Memali seperti juga majoriti 
penduduk Baling adalah berketurunan Melayu Patani. Bahasa yang digunakan adalah bahasa 
melayu dialek Patani - iaitu seakan-akan campuran bahasa Kelantan, Terengganu, Kedah 
dan mungkin ada sedikit-sedikit pengaruh Siam. Namun begitu, mungkin kerana sudah 
terpisah dari datuk nenek mereka beratus tahun yang lalu, tak ramai penduduk Baling 
yang perasan bahawa mereka sebenarnya berketurunan Melayu Patani. 

Sebetulnya, sekitar awal tahun ini, Baling digemparkan lagi dengan penangkapan dan 
penghantaran pulang Baba Bedul atau nama betulnya Tuan Guru Abd Rahman, seorang Tok 
Guru di Pondok Haji Ding, Kg Sungai Limau, Baling; beliau merupakan the Supreme Leader 
(Pemimpin) Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO Baru). Selepas dicekup dan 
diarak pulang ke Siam, tidaklah diketahui apa untung nasibnya hingga ke hari ini. 
Apa-apa pun, sejarah mungkin akan terus menyaksikan kemunculan wira-wira dari Baling 
untuk meneruskan kesinambungan perjuangan agama dan bangsa dan negara. 

Berbalik pada cerita Memali, persoalan yang utama orang nak tahu mungkin "Apa 
Ceritanya" dan "Apasal Boleh jadi Macam tu?" . Insyaallah, saya akan cuba huraikan 
satu persatu. 

Al-syahid ustaz Ibrahim Libya bukanlah calang-calang orang, bukanlah Tok Guru kampung 
yang kerjanya semata-mata mengajar bab wuduk, bab puasa atau pun bab nikah kahwin. 
Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah beliau sentiasa mendapat sambutan, selalu dipenuhi 
dengan seruan-seruan jihad, persoalan-persoalan akidah dan seringkali dilaungkan 
dengan tegas akan perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO. Mungkin ada orang 
mengatakan cara beliau terlalu extreme, fanatik dan sebagainya, tetapi itulah cara 
perjuangan beliau, dan cara itulah yang telah membawa beliau menemui syahid yang 
diidam-idamkan. 

Bagi al-syahid, antara golongan sekular dan golongan yang berkehendakkan Islam mesti 
ada garis pemisah yang jelas, tidak kira siapa, jiran , kawan atau pun kaum keluarga. 
Selagi tidak diwujudkan garis pemisah itu, selagi itulah tak akan tertegaknya Negara 
Islam yang dicita-citakan. Contohnya, dalam buku "Perisai Memali", beliau ditulis 
sebagai berkata: 

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang 
Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi ciri-ciri seperti 
itu. Sekarang ini ujud golongan yang masih berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan 
alasan tidak mahu memecah belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh 
berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid? Sejauh manakah keikhlasan 
kita dalam menegakkan aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan rasulnya?". 

ADA KA LAGI ORANG YANG BERANI CAKAP MACAM TU SEKARANG NI??? 

Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan detail kejadian itu dari sudut pandangan Pak 
Teh Mat Piah, tetapi setelah ditembak, tak banyak yang mampu Pak Teh ceritakan. 
Insyaalah dalam tulisan ini, kita akan menceritakan kisah-kisah lain yang tidak 
terdapat dalam buku tersebut seperti yang diceritakan oleh seorang perawi yang sempat 
bersembang panjang dengan beberapa orang mangsa yang ditembak atau yang meninggal 
dunia tak beberapa lama selepas hari kejadian. 

[Sila dapatkan buku "Perisai Memali" yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani - menceritakan 
kisah Memali hasil interview dengan Pak Teh Mat Piah, yang 14 biji peluru menghujani 
badannya, tapi alhamdulillah masih hidup untuk menyampaikan cerita. Harganya cuma 
RM15]. 

Al-syahid bukan saja tegas dengan puak-puak sekular, tetapi juga tegas dengan mereka 
yang mengaku berjuang dalam jemaah Islam. Antaranya, beliau berkata: 

"Kita hendaklah basuh hati dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. Golongan yang 
masih berkarat dengan penyakit dunia itu keluarlah dari parti Islam (PAS). Kalau 
hendak cari kesempatan dengan parti Islam tidak payahlah, keluar sahaja, buat mati 
jahilah atau mati kafir sahaja. Janganlah kalau diajak kenduri cepat saja pergi, 
tetapi bila diajak bertamrin takut. Sejauh manakah laungan 'Allah hu Akbar' yang kita 
kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita masih di takuk lama.". 

Banyaklah lagi ucapan-ucapan beliau yang menggerunkan kawan dan lawan. Semuanya ini 
merupakan bunga-bunga syahid yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh beliau dan 
rakan-rakan. Antaranya, beliau juga pernah berkata: 

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat 
kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau tentera atau FRU, 
kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucapkan dua kalimah syahadah. 
Ketika kamu telah menjadi seorang Islam,maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami 
di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang 
tinggi. Jika disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur 
kami sebagai syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati sia-sia. 
Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, kamu 
diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak." 

DR MAHATHIR DALAM UCAPANNYA DI PADANG BOLA, PEKAN KUALA KETIL (DEPAN STESEN SHELL) 
BEBERAPA MINGGU SELEPAS KEJADIAN MEMALI, BELIAU BERKATA: 

"Mati Syahid Apa - MATI KATAK ADA LA!!!" 

Sesungguhnya, siri-siri ucapan al-syahid itu telah menyebabkan timbulnya rasa kurang 
senang di pihak Nasionalist Sekular. Sejak dari itu, tindakan untuk memusnahkan 
perjuangan beliau dan rakan-rakan pun dimulakan secara aggresif. Insyallah kita akan 
bercerita lagi. 

Sebelum itu, ada satu petikan yang ingin disampaikan. Apabila ditanya kepada seorang 
UMNO yang merupakan salah seorang perawi dalam cerita ini, "Betul ka Ibrahim Libya 
bawa ajaran sesat?". 

Kata beliau: 

"TAK, TAK, DIA TAK BAWA AJARAN SESAT, CUMA DIA TU TAKSUB SANGAT!" 

[Taksub inilah rupa-rupanya yang membawa beliau menemui syahid, masyaallah!]. 

(bersambung)


Note:
Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila 
hubungi:

Bendahari Madrasah Islahiah Diniah
Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4732631




Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke