*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
W'salam

Satu penjelasan yang baik tentang alkohol. Web 7, minta
maaf sbb fwdkan ke hizbinet. Mungkin ada netters lain yang
boleh komen.

Maas salam.



--- Web 7 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Betulkah achohol itu najis dan haram ? Pada hari ini
> banyak permasalahan
> istilah yang diterjemahkan dari perkataan Inggeris tidak
> menepati keadaan
> sebenar. Antara contoh-contoh istilah : alkohol vs arak,
> emas putih vs
> platinum, emas hitam vs petroleum, tengah hari vs waktu
> sebenar, tengah
> malam vs waktu sebenar, pagi.
> 
> Menurut maksud hadis, sesuatu yang memabukkan adalah arak
> dan arak itu
> adalah haram.
> 
> Dari segi kimia, alkohol adalah satu keluarga hidrokarbon
> dengan formula
> asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH
> bertanggung jawab
> membawa sifat alkohol. Alkohol dinamakan dengan sambungan
> "nol" dihujung
> perkataan. Contoh :
> CH3-OH : Metanol
> CH3CH2 - OH : Etanol
> CH3(CH2)2-OH : Propanol
> CH3(CH2)3-OH : Butanol
> dan seterusnya.
> 
> Sifat-sifat alkohol :
> - sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar
> bergantung kepada bilangan
> karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih
> susah untuk terbakar.
> Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna
> kebiruan.
> - sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah.
> Etanol (+/- 78oC). Ini
> juga bergantung kepada bilangan karbon.
> - kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini
> juga bergantung
> kepada bilangan karbon.
> - takat beku rendah (< 0oC).
> - kebanyakkan beracun
> 
> Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara
> semula jadi, dari
> proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan
> bahan organik, dari
> proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu.
> Kebanyakan alkohol asas
> dalam keluarga alkohol bersifat sebagai "RACUN" kecuali
> etanol. Sebagai
> contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan
> tidak memudaratkan,
> tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil
> amat toksik jika
> dimakan. Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini
> bertukar menjadi asid
> karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok
> (cuka getah) dan
> etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya
> tidak perlu
> dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
> 
> Dari sini kita akan mendapati bahawa istilah alkohol
> adalah terlalu umum dan
> alkohol dari segi kimia tidak boleh disamakan dengan
> istilah alkohol yang
> dimaksudkan oleh orang-orang barat. Takan sama racun
> dengan arak, walau pun
> kedua-duanya tak boleh dimakan.
> 
> Dalam industi pemakanan dan perubatan, alkohol (etanol)
> yang digunakan
> diperolehi dari proses penapaian. Misalnya : penapaian
> gula mentah + yis /
> ragi. Alkohol (etanol) dari proses lain seperti
> petrokimia, tidak digunakan
> kerana kemungkinan mengandungi unsur-unsur surih yang
> beracun seperti
> metanol, propanol dan lain-lain bahan organik dan tak
> organik (dalam unit
> ppm- bahagian per juta).
> 
> Dalam makanan tradisi seperti roti, kuih paw, tapai dan
> sebagainya, ragi
> atau yis diperlukan sebagai salah satu bahan dalam
> resepi. Dalam roti,
> alkohol (etanol) meruap ketika roti dibakar. Walau
> bagaimana pun, kandungan
> alkohol (etanol) kekal dalam tapai (tapai ubi dan pulut).
> Adakah ini haram ?
> Adakah ini memabukkan ? Tapai dan air tapai tidak
> memabukkan kerana kuantiti
> alkohol (etanol) di dalamnya adalah kecil. Sila rujuk
> balik maksud hadis.
> Walau bagaimana pun, ada segolongan manusia dalam
> masyarakat kita ingin
> mengambil kesempatan dalam keadaan ini iaitu dengan
> meminum air tapai
> sebanyak-banyaknya supaya mabuk. Bagaimana ? Di sini
> hukumnya tetap jelas,
> mereka meminum air tapai supaya mabuk atau dengan niat
> supaya mabuk, maka
> hukumnya tetap haram.
> 
> Di sini masalah menentukan sama ada alkohol itu haram
> atau tidak, sepatutnya
> dipersoalkan dan diperbincangkan oleh majlis fatwa
> kebangsaan. Di manakah
> majlis fatwa kita ? Apakah fungsi dan peranan mereka ?
> Apakah kerja mereka
> hanya untuk mengharamkan pertubuhan-pertubuhan tertentu
> sahaja atau mendakwa
> orang ini sesat dan orang itu sesat ?
> 
> Etanol dalam kuantiti kecil tidak memabukkan (tidak
> haram) tetapi dalam
> kuantiti yang besar ia boleh memudaratkan seperti
> ahli-ahli keluarganya yang
> lain (toksik) (jika dimakan). Adakah ini bertepatan
> dengan maksud hadis ?
> Maksud hadis "sesuatu yang memabukkan adalah arak dan
> arak itu adalah
> haram".
> 
> Hukum bahawa alkohol itu haram sangat-sangat perlu
> dirombak semula. Kita
> tidak patut salahkan orang zaman dahulu jika mereka
> mengeluarkan fatwa
> alkohol itu haram. Ini kerana pada zaman mereka
> pengetahuan dalam ilmu kimia
> mereka amat terbatas sekali, begitu juga
> peralatan-peralatan untuk membuat
> analisa kualitatif juga tidak berkesan dan terbatas.
> 
> Mereka di zaman dahulu menganggap bahawa suasa (campuran
> emas dan perak)
> adalah halal kerana mereka merujuk kepada tidak balas
> arak (haram) yang
> berubah menjadi cuka (halal). Mereka menganggap bahawa
> campuran emas dan
> perak menyebabkan ia berubah bentuk menjadi satu bahan
> yang baru. Pada hari
> ini kita telah mengkaji dan mendapati bahawa campuran
> perak dan emas tetap
> satu campuran logam (aloi). Campuran sesuatu bahan yang
> haram dan halal
> tetap menjadi haram. Macam kata pepatah "kerana nila
> setitik, rosak susu
> sebelanga".
> 
> Kenapa kita pada hari ini walaupun sudah mempunyai banyak
> kemudahan dan ilmu
> pengetahuan sudah berkembang tetapi masih tetap
> berpandukan kepada
> hukum-hukum fekah dalam kitab-kitab lama. Sepatutnya
> majlis fatwa merombak
> semula fatwa berkenaan permasalahan bahan-bahan (bahan
> kimia, logam) kerana
> ilmu pengetahuan kita sudah mencapai pada tahap yang
> diperlukan. Kenapa
> perlu berfikiran statik ? Sepatutnya kita boleh berfikir
> secara dinamik
> dalam menangani masalah ini.
> 
> Bagi pandangan saya, kenapa kita perlu terlampau nak
> terperinci jika sesuatu
> perintah atau hukum itu jelas. Kan dah jadi satu
> kekeliruan besar. Macam
> cerita sapi betina pada zaman Nabi Musa a.s, kaum bani
> Israil diperintahkan
> mendapatkan lembu betina. Kemudian mereka berbalah,
> macam-macam detail
> mereka tanya Nabi Musa. Last last, pekara yang mudah jadi
> sangat susah.
> Mereka kena cari lembu yang berwarna keemasan, tidak tua,
> tidak terlalu
> muda, dan tidak digunakan untuk bekerja. Hampir-hampir
> mereka tidak dapat
> melaksanakan perintah itu.
> 
> Bila maksud hadis begitu jelas "sesuatu yang memabukkan
> adalah arak dan arak
> itu adalah haram". Kenapa kita perlu selidik apakah bahan
> yang terkandung di
> dalam arak, bahan manakah yang menyebabkan mabuk,
> bagaimana ia menyebabkan
> mabuk. Bila bertemu masalah lain, seperti tapai, kan dah
> jadi susah. Haram
> atau halal itu bergantung kepada niat kita juga.
> Kesimpulan yang saya dapat
> buat ialah alkohol dikatakan haram adalah disebabkan
> masalah istilah dan
> bukan disebabkan keadaan sebenar. Dalam keadaan sebenar
> alkohol adalah
> alkohol dan arak adalah arak, alkohol bukan arak dan arak
> bukan alkohol.
> Arak mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak mengandungi
> arak. Haram
> penggunaan alkohol adalah bergantung pada niat, jika niat
> adalah untuk
> memabukkan maka ia adalah haram, sebaliknya dalam
> pengunaan biasa ia adalah
> halal.
> 
> Sepatutnya ustaz-ustaz dan ulama-ulama perlu bermuzakarah
> dengan ahli-ahli
> kimia, biokimia dan perubatan kerana masing-masing adalah
> pakar dalam bidang
> masing-masing. Adalah amat tidak wajar seorang ustaz
> hanya berpegang teguh
> pada hukum-hukum yang dipelajarinya sejak dari bangku
> sekolah tanpa
> menghiraukan perubahan zaman. Pekara ini wajib
> dimuzakarah dan didedahkan
> kepada pengetahuan umum. Umat Islam pada zaman dahulu
> berfikiran dinamik,
> sebaliknya ramai umat Islam pada hari ini berfikiran
> statik. Mereka takut
> akan perubahan atau tidak mahukan perubahan.
> 
> Saya nak keluar tajuk sikit, saya pernah dengar satu
> permasalahan fekah yang
> dibincangkan dalam soal jawab agama di TV (sekitar tahun
> 1988-1989) yang
> dihoskan oleh ust. fadzil hanafi (sekarang YB). Ada
> seorang hamba Allah
> bertanyakan masalah kencing tak lawas iaitu air kecing
> keluar sedikit dalam
> masa-masa tertentu. Bagaimana si polan ini hendak
> bersolat. Apa yang
> dijawabnya oleh fadzil hanafi ? ada ke patut dia suruh
> orang itu ikat
> kemaluannya dengan tali supaya air kencing tak keluar
> dengan sendiri.
> Tahukah bahawa penyelesaian ini akan lebih memudaratkan
> kerana aliran darah
> yang terhenti atau gangguan aliran darah menyebabkan
> oksigen tidak dapat
> diedarkan kepada bahagian berkenaan. Jika keadaan
> berterusan, apa yang akan
> jadi ?
> 
> Dalam industri makanan dan perubatan pada hari ini,
> pengunaan etanol dalam
> beberapa proses tertentu tidak boleh dipisahkan. Kalau
> tidak, tak jadi
> sesuatu produk. Dalam bidang perubatan pula, etanol
> digunakan sebagai
> antiseptik ketika mengambil sampel darah. Sapa pernah
> kena suntik ? Bahan
> yang terasa sejuk bila terkena kulit itu adalah etanol
> (99.9%). Boleh tak
> etanol digantikan dengan bahan lain seperti air, mineral
> water, air suling,
> H2O2, dettol, klorox, dan sebagainya ? Sila tanya doktor
> kenapa tak boleh...
> 
> Jika dirujuk semula kepada maksud hadis itu "sesuatu yang
> memabukkan adalah
> arak dan arak itu adalah haram". Ada beberapa bahan yang
> boleh memabukkan
> atau seseorang itu rasa berkhayal, seperti rokok dan
> dadah. Kenapa hukum
> rokok masih dipertikai kerena perbezaan pendapat, ada
> yang kata haram dan
> ada yang kata makruh. Jika saya tidak silap, Syeikh
> Qardawi ada mengeluarkan
> fatwa bahawa rokok itu haram. Tetapi ini agak sukar untuk
> diterima oleh
> sebilangan besar dari masyarakat kita (baik PAS mahu pun
> UMNO).
> 
> Sekarang saya nak sentuh mengenai emas putih. Ini adalah
> satu lagi istilah
> yang disalah ertikan. Ada yang berpendapat bahawa emas
> putih adalah emas dan
> haram untuk muslimin. Jika ia haram kerana nilainya, maka
> sudah tentu
> berlian juga haram kerana nilainya. Emas putih adalah
> Platinum (nama kimia
> dan fizik) dan ia adalah bahan yang berlainan dari emas
> sama ada dari segi
> unsur asli, sifat-sifak kimia dan fizikal. Ia dinamakan
> sebagai emas kerana
> nilainya yang amat berharga dan cantik. Nama kimia bagi
> emas adalah Aurum
> (Au) dan singkatan nama platinum (Pt). Walaupun harga
> emas putih lebih mahal
> dari emas biasa, kegunaan utama emas putih bukanlah
> sebagai perhiasan tetapi
> dalam industri kimia dan petro kimia. Platinum digunakan
> sebagai pemakin
> tindak balas dalam tindak balas ammonia kepada nitrogen
> dioksida yang
> digunakan dalam proses pembuatan asid nitrik. Sebahagian
> dari kegunaan asid
> nitrik adalah dalam pembuatan baja kimia. Perlukah
> muslimin bermegah-megah
> dengan perhiasan ?
> 
> Begitu juga keadaan emas hitam. Petroleum dikenali
> sebagai emas hitam kerana
> nilainya dan hitam adalah kerana warna yang hitam. Adakah
> petroleum itu EMAS
> ? Adakah petroleum itu haram ? Kalau haram maka semua
> produk petro kimia
> seperti cat, pelarut, sabun detergent dan sebagainya pun
> haram juga ?
> 
> Sekarang ni ada satu istilah yang pelik jika kita
> fikirkan dengan teliti.
> Orang putih kata pukul 12pm adalah tengah hari, 12 am
> adalah tengah malam
> dan selepas 12am adalah pagi. Pendapat mereka diterima
> bulat-bulat tanpa
> pertikaian. Mungkin benar 12pm itu tengah hari jika kita
> berada di GMT 0.
> Tapi kita di Malaysia, di benua Asia, adakah ini benar ?
> Waktu tengah hari
> yang sebenar/tepat adalah 2-3 minit sebelum Zohor
> (selepas pukul 1 petang).
> Walau bagaimana pun ia sudah menjadi istilah, maka
> biarkan sahaja tak perlu
> menyusahkan diri nak pertikaikan.
> 
> Satu lagi permasalahan orang-orang kristian, mereka
> mensimbolikan hari
> krismas dengan santa clause dan musim salji. Keadaan ini
> benar bagi benua di
> sebelah kutub utara tetapi bagaimana dengan benua di
> kutub selatan seperti
> Australia. Sepatutnya Autralia meraikan hari krismas
> dalam bulan Jun
> dan bukan Disember, supaya salji dan santa clause dapat
> turun ke bumi.
> Kah, kah, kah.... Kan orang dah kata, kristian ni
> terbatas pada suatu zaman
> dan tempat.
> 
> Oleh kerana kita mensempitkan definasi alkohol. Masalah
> pada hari ini
> bertambah komplek. Guieness iaitu sebuah kilang arak di
> Malaysia
> mengeluarkan satu minuman malt (kononnya berkhasiat)
> tanpa alkohol. Oleh
> kerana "tanpa alkohol" maka ia bebas dijual dikedai-kedai
> mamak beragama
> Islam. Adakah Guiness Malt ini halal kerana ia tidak
> mengandungi alkohol ?
> aaa, uuu, aa, uuu, aa, uuu, aa, aaa .... Tak tahu la
> kalau Pusat Islam hamid
> a/l Osman boleh mengeluarkan label halal pada Guiness
> Malt, tentu kecoh
> dibuatnya.
> 
> Minta maaf kerana saya terpaksa memperpanjangkan
> perbincangan halal dan
> haram ini. Masalah ini sangat serius dan peluang
> perbincangan jarang saya
> perolehi. Kita sering menyebut masalah halal dan haram
> dalam masalah yang
> besar-besar tetapi dalam urusan pemakanan kita
> sehari-hari, kita cuai
> sedangkan ia tidak berkait dengan sesiapa pun. Masalah
> telur ayam yang tidak
> dibasuh pernah dibincangkan. Walau bagaimana pun ada yang
> membuat andaian
> silap di mana kita tidak perlu sibuk ayam makan apa. Kita
> bukan nak sibuk
> ayam makan apa, yang kita bincangkan adalah telur ayam.
> Di manakah telur
> ayam keluar ? dari mulutnya kah ? atau dari kepaknya kah
> ? atau magic show ?
> Semua orang tau, telur keluar dari mana. Bila telur
> keluar, di manakah ia
> jatuh ? Telur itu akan jatuh ke dalam reban dan mungkin
> jatuh atas taik ayam
> itu sendiri. Kita tahu taik ayam itu najis, tapi bila
> beli telur ayam...
> kita terus pecahkan dan masak. Jangan nak kata, bila
> kenduri... telur yang
> dibeli terus direbus begitu sahaja. Mudah sungguh. Kenapa
> tidak dibasuhkan
> dahulu telur sebelum digunakan. Bukankah membasuh telur
> sebelum digunakan
> adalah lebih baik dan lebih suci. Sebab itulah kalau beli
> roti canai atau
> roti telur kena hati-hati banyak, cek telor itu dalam
> tray kertas atau sudah
> dibasuh. Bagi makanan lain seperti biskut, roti, kek yang
> mengandungi telor
> dan dibuat oleh bukan Islam dan "hand made", kita kena
> elakkan dari membeli
> produk-produk ini.
> 
> Oleh kerana kita ini suka isu yang besar-besar, saya akan
> bentangkan isu
> yang paling besar tetapi orang langsung tak kisah dan tak
> boleh nak buat
> apa-apa. Saya dah bentangkan isu ini pada awal tahun lalu
> (1999) tetapi tak
> ada respone. Satu sumber makanan umat Islam yang tenat
> adalah sumber air
> minuman itu sendiri. Tidak banyak loji pembersihan air
> yang memperolehi
> sumber air yang betul-betul semula jadi. Saya pernah
> tanya rakan saya yang
> mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah mengenai air
> sungai yang kotor
> dalam kuantiti yang banyak, laju sahaja dia menjawab "air
> suci dan boleh
> menyucikan". Betul-betul hafal nota. Air sungai yang saya
> maksudkan adalah
> air-air longkang dari kawasan perumahan, ladang, pekan
> yang mengalir ke
> dalam sungai, air sungai ini kemudian dipamkan untuk
> diproses untuk
> dijadikan air minuman. Air sungai dalam keadaan semula
> jadi iaitu tidak
> mengandungi bau, warna dan rasa, sudah semestinya suci
> dan menyucikan.
> Tetapi pada hari ini, banyak sungai yang telah tercemar
> sama ada disebabkan
> sistem kumbahan yang tidak sempurna, sisa industri, sisa
> ladang, dan sisa
> ladang penternakan babi. Ada beberapa kawasan tadahan air
> yang boleh
> dikatakan tercemar iaitu Loji Sg. Langat, Loji Sg.
> Semenyih, Loji Pasir
> Salak (untuk penduduk Sepang), Loji Sg. Linggi dan
> lain-lain. Ada juga loji
> yang mendapat air semula jadi antaranya : Loji PA Bukit
> Nenas (untuk
> penduduk Pusat Bandar KL), Loji PA Sg. Rangkap (untuk
> MD.Gombak), Loji Sg
> Batu (untuk penduduk Ulu Yam) dan lain-lain.
> 
> Jika kita beranggapan air sungai dalam keadaan apa pun
> tetap suci, kita
> perlu lihat air kumbahan dari Loji Pembersihan Air
> Kumbahan Indah Water. Air
> kumbahan yang diproses sangat banyak dan boleh jadi air
> sungai, air ini
> jernih tetapi mungkin berbau sedikit. Adakah ini suci dan
> menyucikan. Jika
> ia suci, saya nak proses air itu untuk dijadikan air
> minuman kepada mereka
> yang menganggap air itu suci. Jika mereka sanggup telan,
> air kencing yang
> disulingkan (proses penulinan air) pun boleh dikitar
> semula untuk kegunaan
> mereka. Sebab itulah saya kata, ramai ustaz seumpama ini
> berfikiran statik,
> mereka hafal bulat-bulat tetapi mereka gagal
> menterjemahkan ilmu mereka ke
> dalam kehidupan harian di zaman ini. Mereka gagal memikul
> amanah yang
> diberikan kepada mereka. Minta maaf, saya terpaksa kata
> juga.
> 
> Bagaimana benda yang haram atau najis boleh mempengaruhi
> diri kita ? Maksud
> hadis "dalam tubuh kita ada segumpal darah jika baik maka
> baiklah diri kita,
> sebaliknya jika buruk maka buruklah diri kita, apa yang
> dimaksudkan darah
> itu ialah hati". Maksud hadis lagi "Makanan membentuk
> hati". Jadi tidak
> hairanlah jika Syaidina Abu Bakar sanggup memuntahkan apa
> yang telah
> dimakannya bila ia mengetahui makanan itu mengandungi
> barang yang haram.
> 
> His, pening kepala kalau memikirkan masalah umat Islam
> kini. Macam mana kita
> nak tolong umat Islam supaya mereka mendapat sumber
> makanan yang halal,
> sedangkan mereka sendiri tak kisah langsung halal dan
> haram. Entahlah, ...
> 
> 
> Wallahualam
> 
> X- chemist
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke