*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam.

bukti bahawa setiap kalimah ayat-ayat suci itu hendaklah diketahui makna dan
maksudnya seboleh mungkin, bermula dengan makna zahirnya untuk menjadi ingatan
dan amalan kita.

kalaubaca sahaja tanpa ambil berat usaha supaya makna nya difahami, apalah
ertinya kita mengaku muslim tapi tak bertambah ilmu dan kefahaman kita.
waLLahu a'lam


salam sejahtera wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
>
> MasyaAllah. Tadi pi check http://www.salamku.com (yang fasal Islam dan Sains
> tu le..)
>
> Artikel terbaru mengenai asal-usul alam semesta. MasyaAllah. Subhanallah.
> Allahuakbar. Sadaqallah.
>
> Saya copy dan pastekan di sini. kalau nak tengok gambar, pi le ke
> http://www.salamku.com
>
> ............
> BEBERAPA AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI ANGKASA DAN PENEMUAN KAJIAN ANGKASA
>
> Profesor Yoshihide Kozai: Saya kata, saya amat takjub bila menemui
> fakta-fakta kaji-angkasa sahih di dalam al-Quran.
>
> Dr. Kozai ialah Profesor Emeritus di Universiti Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepun,
> dan pernah menjadi Pengarah Pusat Pengamatan Kajian-angkasa Kebangsaan (‘the
> National Astronomical Observatory’), Mikata, Tokyo, Jepun. Kami bentangkan
> kepadanya beberapa ayat-ayat al-Quran yang menerangkan bagaimana bermulanya
> alam dan langit, dan ayat-ayat yang berkaitan dengan perhubungan di antara
> bumi dan langit. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, Profesor Kozai bertanya
> mengenai al-Quran dan mengenai bila al-Quran diwahyukan. Kami terangkan
> kepada beliau bahawa ianya diwahyukan 1400 tahun dahulu. Kemudian kami
> bertanya mengenai fakta-fakta sains yang terkandung di dalam ayat-ayat
> tersebut. Selepas setiap jawaban, kami kemudiannya menunjukkan beliau
> ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Beliau menyatakan rasa takjubnya sambil
> berkata bahawa al-Quran ini menerangkan alam-semesta seperti seorang yang
> melihatnya dari tempat yang tertinggi, semuanya yang dilihat amat jelas dan
> nyata. Sesiapa yang memberitakan ayat-ayat ini pastinya melihat semuanya
> yang ujud (Maha Melihat-pent). Dengan melihat dari paras itu sememangnya
> tiada yang tidak boleh dilihat.
>
> Kami bertanya beliau jika pada suatu ketika dahulu alam semesta berbentuk
> asap. Belaiu menyatakan semua tanda-tanda dan bukti-bukti menjurus kepada
> membuktikan bahwa pada suatu ketika dahulu alam semesta ujud dalam bentuk
> awan asap. Pendapat ini dibuktikan sebagai satu fakta yang sahih. Ahli sains
> kini dapat menyaksikan bagaimana satu bintang baru terbentuk daripada asap
> sebegitu, yang disahkan sebagai permulaan alam semesta ini, sebagaimana
> dapat kita lihat dalam gambar (rujuk gambarajah 17.1)
>
> Gambarajah . 17.1
> Lagoon Nebula (Pembentukan bintang)
>
> Gambar ini diambil baru-baru ini dengan bantuan kapal angkasa. Ia
> menunjukkan sebuah bintang ketika ia dibentuk daripada asap. Lihat bahagian
> luarannya yang kemerahan apabila ia mula menghangat dan membentuk. Dan lihat
> di pusat awan asap dan lihat, oleh kerana bahan berasap itu daripada bahan
> yang tinggi ketumpatannya, ia tertumpu di satu kawasan dan tidak merebak
> (‘irradiant’). Bintang-bintang bersinar yang kita saksikan hari ini,
> sebagaimana seluruh alam semesta ini suatu masa dahulu, adalah dalam bentuk
> asap sebegini.
>
> Kami bentangkan kepada beliau ayat al-Quran yang bermaksud:
>
> “Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang
> langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
> “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada sukarela atau dengan paksa!”
> Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut- patuh dengan sukarela”.
> (Surah Fussilat, 41: ayat 11).
> Sebahagian ahli-ahli sains menghuraikan perkataan arab “dukhan” atau asap
> sebagai kabus (“mist”). Tetapi Profesor Kozai menerangkan perkataan kabus
> tidak menetapi makna asap ini sebab kabus bersifat sejuk, sedangkan asap
> kosmik agak panas. “Dukhan” sememangnya terdiri daripada gas-gas yang mana
> bahan-bahan pejal melekat padanya, dan inilah penerangan tepat mengenai asap
> daripada mana alam-semesta terbentuk sebelum bintang-bintang terbentuk. Kata
> Profesor Kozai oleh kerana asap tersebut panas, kita tidak boleh
> menghuraikannya sebagai kabus. “Dukhan” ialah perkataan terbaik yang pernah
> ujud. Dengan itu, Profesor Kozai meneruskan kajiannya terhadap setiap
> ayat-ayat al-Quran yang kami bentangkan kepadanya.
>
> Akhirnya kami bertanya beliau: “Apa pendapat anda mengenai fenomena yang
> anda lihat sendiri ini, maksud kami, bahawa sains mulai menemui
> rahsia-rahsia alam semesta, sedangkan banyak rahsia-rahsia tersebut telah
> pun dinyatakan di dalam al-Quran atau Hadis? Adakah anda fikir al-Quran
> diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan
> manusia?”
>
> Profesor Yoshihide Kozai menjawab: Saya kata, saya amat takjub bila menemui
> fakta-fakta kaji-angkasa sahih di dalam al-Quran, dan bagi kami ahli
> kaji-angkasa moden telah mengkaji sekelumit daripada alam semesta. Kami
> tumpukan usaha untuk memahami hanya sebahagian kecil darinya sahaja. Ini
> ialah kerana dengan menggunakan teleskop kami hanya dapat melihat sebahagian
> kecil daripada angkasa tanpa memikirkan keseluruhan alam semesta. Justeru,
> dengan membaca al-Quran dan dengan menjawab soalan-soalan anda, saya
> berpendapat saya sudah menemui cara baru untuk mengkaji alam semesta”.
>
> Profesor Kozai yakin bahawa mustahil untuk al-Quran datang daripada sumber
> manusia. Beliau menambah bahawa ahli-ahli sains dalam bidang ini menumpukan
> hanya kawasan yang kecil, tetapi jika kita membaca al-Quran, baharulah kita
> akan nampak gambaran lebih besar mengenai alam-semesta. Ahli-ahli sains
> perlu memandangnya sebagai satu panorama, bukannya dengan pandangan yang
> terhad dan sempit. Profesor Kozai mengakui berkaitan angkasaraya (‘cosmos’)
> bahawa kini beliau berupaya menemui cara baru untuk mengkaji. Katanya, mulai
> dari sekarang, beliau akan merancang kajiannnya dengan panduan al-Quran yang
> melihat alam-semesta dengan pandangan lengkap.
>
> Segala Puji untukMu oh Allah Yang Maha Agung! Inilah satu mukjizat yang
> kekal dan sentiasa membaharui diri. Inilah mukjizat yang menyinarkan
> kehidupan dan yang meyakinkan Muslim dan bukan-Muslim, dan yang akan
> meyakinkan semua generasi sehingga Hari Kiamat.
>
> Allah berfirman di dalam al-Quran bermaksud:
>
> “…tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran al-Quran yang telah
> diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya,…” (Surah
> An-Nisaa’, 4: ayat 166)
> “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Segala puji tertentu bagi Allah (yang
> melimpahkan ni’mat ni’matNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan
> kepada kamu tanda-tanda kekuasannYa supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan
> jelas nyata)”: dan Tuhanmu tidak lalai akan segala yang kamu lakukan.”
> (Surah An-Naml,27:ayat93).
>
> ........
> Hah!!! Siapa yang dulu berani kata al-Quran ni ketinggalan zaman??
> Inilah salah satu bukti al-Quran relevan sehingga Hari Kiamat. mari kita
> kembali kepada al-Quran dan Hadis...
>
> Wasssalam
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> Share information about yourself, create your own public profile at
> http://profiles.msn.com.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke