*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam tadi 13/10/2000 telah berlangsung satu perhimpunan besar-besaran rakyat
Kedah yang paling besar pernah saya saksikan dalam sejarah saya menghadiri
sebarang perhimpunan politik di negeri Kedah.

Perhimpunan di satu tempat bernama Permatang Gedung, Sungai Petani di satu 
kawasan lapang di sebuah kaw pembinaan perumahan dalam satu kawasan 
pembangunan baru yg dinamakan sebagai Bandar Putrijaya (tiru Putrajaya?) ini 
begitu bersejarah sekali; kerana jumlah yang hadir terlalu ramai....cukup 
ramai, hinggakan kenderaan-kenderaan terpaksa di asak menjadi parking 3-Line 
di kiri kanan hi-way menuju ke kawasan Putrijaya itu.

Saya melihat ada kereta jeep peronda polis dengan lampu lit-lat-lit-lat nya 
macam terkedu tak tau nak apa......paling kuat pun saya dengar Polis itu kata:

"TOLONG JANGAN BUAT DOUBLE PARKING.....TOLONG JANGAN BUAT DOUBLE PARKING...!!"

Berulang-ulang kali.

Kemudian saya terdengar suara-suara sumbang di celah-celah hadirin yang 
berpusu-pusu itu membuat lawak antara dengar:

"KAMI TAK BUAT DOUBLE PARKING ENCIK.....KAMI BUAT TRIPLE PARKING SAJA!!"

Dalam keadaan bersesak-sesak itu, sempat lagi dia pi buat lawak.....dan 
selepas itu saya terdengar orang ketawa berderai-derai hingga ke belakang.

Saya yg tumpang buat triple parking itu pun tumpang tergelak sama; selepas 
memastikan betul2 apa2 landmark kat tempat saya parking itu, kami pun 
bersesak-sesak menuju ke kawasan ceramah.

Sampai-sampai saja, bila dapat tempat duduk....saya pun langut kepala:

TU DIA AIH, SAYA NAMPAK KOPIAH PUTIH MAHFUZ SAYUUPPPP KECIK NUN JAUH DI ATAS 
PENTAS SANA!!

Bila saya cuba berdiri, kalih kiri kanan.....tu dia aih, manusia macam sardin, 
nala punya ramai....lebih ramai daripada jumlah hadirin yg hadir dalam 
Perhimpunan Rakyat Kedah di Mergong tahun lepas.....dan berani juga saya kata 
lebih ramai daripada Perhimpunan Rakyat Terengganu di Pantai Batu Buruk di 
kemuncak kes Anwar tahun lepas yg kebetulan saya ada tumpang hadir sama!!

Ramai tak ramai tak taulah kerana di akhir majlis saya mendengar Mahfuz 
mengumumkan bahawa jumlah kutipan derma masih belum diketahui kerana masih 
sedang dikira....tapi setakat berakhirnya majlis itu, kiraan kutipan itu sudah 
pun mencecah angka"

RM22,000........."RINGGIT DUA PULUH DUA RIBU SAHAJA!!!"

Kata orang rumah saya:

"Ish, kalau macam tu jumlah yg mai mesti lebih 100,000 orang sebab di kawasan 
kita duduk itu sahaja, yg hulur derma hanyalah sorang dari sejumlah 10 orang 
yg duduk di sekeliling kita!!"

HA, KERANA ITU TAK SALAH TEKAAN SAYA KALAU SAYA KATAKAN JUMLAH YG HADIR DI 
PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PENGHARAMAN NAMA ISLAM MALAM TADI ADALAH YG 
TERBESAR DALAM SEJARAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN!!

Menutup cerita; dari sepanjang ceramah yg berapi2 dari pemimpin2 NGO, ADIL dan 
PAS malam tadi, bersempena dengan isu pengharaman nama Islam yg sedang 
diwar-warkan ini, saya cuma ingin memetik sepatah kata drpd YAB TG Haji Hadi 
Awang malam tadi yg masuk menusuk seperti peluru ke dalam kalbu:

"KEPADA MANA-MANA PIHAK YG MASIH TERINGIN NAK MENGHAPUSKAN NAMA ISLAM DI 
MALAYSIA INI, KAMI INGIN MENGINGATKAN KAMU BAHAWA KECINTAAN KAMI KEPADA MATI 
ADALAH LEBIH TEBAL DAN LEBIH TINGGI DARIPADA KECINTAAN KAMU KEPADA PANGKAT DAN 
KEDUDUKAN!!"

Dalam perjalanan pulang.....di tengah-tengah hujan lebat tadi malam, amanat TG 
Haji Hadi itu terus menerus teringang-ngiang dan bermain-main di cuping 
telinga saya......begitu dalam rasanya maksud tersirat yg ingin disampaikan 
beliau. Dalam keadaan masih tercari-cari maksud yg tersembunyi itu, kereta 
saya pun tiba ke halaman rumah....sudah hampir pukul 2.00 pagi rupanya!!

Bila saya terjaga subuh tadi, saya masih tercari-cari pengertiannya....

Sekian Dilaporkan,
Ahmad Baharudin Kasbi

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke