_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.



--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> To: [EMAIL PROTECTED]
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Mon, 30 Oct 2000 06:49:41 -0000
> Reply-to: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [suaraulama] PERBEZAAN ANTARA JEMAAH PAS
> DAN UMNO
>
> Perbezaan Pertama - Penubuhan dan Dasar
>
> UMNO
> Ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan
> melayu di
> Tanah Melayu serta menuntut kemerdekaan dari
> British.
>
> PAS
> Ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kepentingan
> umat Islam
> etelah UMNO enggan menjadikan Islam sebagai DASAR
> perjuangan.
>
> Huraian
> Walaupun berjuang untuk kebangsaan melayu tetapi
> UMNO berjuang
> juga untuk Islam sebab orang melayu adalah Islam,
> kebanyakannya.
> Andainya orang melayu bukan beragama Islam, UMNO
> tetap juga
> perjuangkan agama orang melayu itu, sebab UMNO ialah
> Pertubuhan
> Kebangsaan Melayu Bersatu.
> PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
> Melayu, Cina, India dll
> turut diperjuangkan PAS asalkan mereka Islam. PAS
> juga mahukan
> kemerdekaan Tanah Melayu tetapi kemerdekaan yang
> dimaksudkan
> adalah kemerdekaan yang berteraskan Islam.
>  
>
> Perbezaan Kedua - Sikap British
>
> UMNO
> Penubuhan UMNO direstui oleh British. Pemimpin UMNO
> mendapat
> tempat yang baik di sisi British contohnya Dato Onn,
> Tunku Ab Rahman,
> Dato Ab Razak dll. Malah mereka menjawat jawatan
> kerajaan sebelum
> merdeka lagi.
> PAS
> Penubuhan PAS tidak disenangi British. Induk PAS,
> Hizbul Muslimin
> diharamkan oleh British. Pemimpinnya ditangkap.
> British menganggap
> pemimpin PAS sama bahaya dengan  komunis.
>
> Huraian
> PAS dan induknya Hizbul Muslimin tidak disenang
> British kerana dasar
> Islamnya. Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan
> redha selama-
> lamanya kepada Islam. British merestui UMNO (dan
> rakan kongsinya
> MCA dan MIC) kerana mereka bukan parti agama. Jika
> UMNO
> memperjuangkan Islam, nasib UMNO sama dengan PAS di
> sisi penjajah.
> Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu
> diserahkan
> kepada UMNO dan rakan kongsinya secara selesa kerana
> mereka tahu
> golongan ini akan meneruskan dasar sekularnya.
>  
>
> Perbezaan Ketiga - Kebebasan vs Agama
>
> UMNO parti kebangsaan sedangkan PAS parti agama.
>
> Huraian
> UMNO ditubuhkan di atas semangat kebangsaan. PAS
> ditubuhkan di atas
> semangat keIslaman. UMNO sering mendakwa PAS parti
> yang
> menggunakan agama untuk politik. Itu pendapat yang
> silap. Sebenarnya
> PAS menggunakan politik untuk agama. PAS menggunakan
> segala-
> segalanya, termasuk politik, untuk agama. Itulah
> tujuan insan dijadikan
> di atas muka bumi.
> Adapun UMNO, parti itu sering menolak agama kerana
> politik. UMNO
> menolak pengharaman judi, arak, kelab malam, snooker
> dsb kerana
> kegiatan itu ada nilai ekonomi dan poltik bagi UMNO.
> UMNO menolak
> hudud di atas sebab politik BN. UMNO akan hanya
> menerima agama
> seandainya perkara agama tersebut mendatangkan
> keuntungan kepada
> UMNO seperti pungutan zakat, Bank Islam, Tabung
> Haji, Universiti Islam
> dll.
> Satu-satunya kerajaan negeri yang menyimpan wang
> dalam Bank Islam
> ialah kerajaan Negeri Kelantan. Ini buktinya BN
> menubuhkan Bank Islam
> untuk tujuan politik, kerana kerajaan BN sendiri
> tidak menyimpan dalam
> Bank Islam malah lebih berminat menyimpan dalam bank
> riba.
>  
>
> Perbezaan Keempat - Syarat Kepimpinan
>
> Pemimpin UMNO dipilih berdasarkan ketokohan
> seseorang dalam
> masyarakat.
> PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat
> kepimpinan.
>
> Huraian
> Dalam pemilihan pemimpin UMNO, pemimpin sering
> terdiri daripada
> mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan
> berkemampuan
> dari segi kewangan. UMNO tidak meletakkan syarat
> ketakwaan atas
> kemuliaan akhlak sebagai syarat wajib kemimpinnya.
> PAS sebagai jemaah Islam menjadikan penghayatan
> Islam sebagai ciri
> kepimpinannya. Mereka yang melanggar etika Islam,
> dengan sendirinya
> terlucut keahlian PAS, apatah lagi sebagai pemimpin.
> Andainya terbukti
> seorang pemimpin PAS melakukan rasuah, pecah amanah
> dsb, beliau
> hilang kelayakan memimpin jemaah PAS. Dikalangan
> pemimpin UMNO,
> fenomena pecah amanah sering berlaku. Politik wang
> (rasuah politik)
> berluasa di kalangan mereka. Ingatlah hadis
> bermaksud Orang yang
> memberi dan menerima rasuah tempatnya di neraka
>
> UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak
> bersifat personal.
> Dalam mesyuarat agung mereka umpamanya, perwakilan
> wanita dan
> lelaki diatur bercampur gaul, sedangkan dalam
> perhimpunan PAS
> mereka diasingkan mengikut kesusilaan Islam. Dalam
> muktamar PAS,
> sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi.
> Malah perhimpunan
> agung Pemuda UMNO yang lepas terus berlaku hingga ke
> Maghrib;
> bahkan ketika azan maghrib berkumandang, ramai yang
> bersorak riuh
> rendah kerana keputusan pemilihan pucuk pimpinan
> diumumkan
> (disiarkan secara langsung di RTM dan TV3)
> Siapa yang lebih berminat dengan Islam?
>
> Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah dan
> tanggungjawab.
> Kepimpinan bukan dipohon tetapi dilantik. Dalam
> UMNO, seseorang perlu
> mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin. Ini bukan
> etika Islam.
> Sesiapa yang mencalonkan dirinya sendiri sebagai
> pemimpin dengan
> tersendiri kelayakkannya gugur.
>
> Perbezaan Kelima - Rujukan Tertinggi
>
> Rujukan tertinggi UMNO ialah "Perlembagaan Negara
> Malaysia".
> Rujukan tertinggi PAS ialah Al-Quran.
>
> Huraian
> Sebagai jamaah Islam, PAS meletakkan Al-Quran
> sebagai undang-
> undang dan rujukan tertinggi. Sebarang
> undang-undang, akta, pindaan,
> perlembagaan dsb. yang bercanggah dengan Al-Quran
> akan terbatal
> dengan sendirinya. Inilah dasar pemerintahan Islam.
>
> UMNO dan BN meletakkan "Keluhuran Perlembagaan" dan
> "Kedaulatan
> Undang-Undang" kepada "Perlembagaan Negara" dan
> "Undang-undang
> Federal". Perlembagaan Negara memberi peruntukkan
> tertinggi
> kepada "Undang-undang Federal" iaitu sebarang
> undang-undang lain
> (termasuk undang-undang syariah negeri) akan
> terbatal jika
> bertentangan dengan undang-undang negara itu. Ini
> bermakna undang-
> undang syariah negeri yang dipetik dari Al-Quran
> akan terbatal jika ia
> bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Sebagai
>
> contoh, "berzina suka sama suka" di sisi
> undang-undang negara tidak
> menjadi kesalahan, tetapi Islam meletakkan hukuman
> 100 rotan atau
> rejam.
>
> Dalam kes percanggahan seperti ini, perlembagaan
> memberikan
> kemenangan kepada undang-undang negara. Ini
> bermaksud, Al-Quran
> hanya menjadi panduan undang-undang negara andainya
> ia tidak
> bercanggah dengan undang-undang itu. Dengan kata
> lain, Al-Quran
> menjadi rujukan yang lebih rendah tarafnya daripada
> undang-undang
> negara. UMNO menerusi BN terus mengekalkan perkara
> ini walaupun
> setelah hampir 40 tahun merdeka. Bahkan pemimpin
> UMNO membuat
> ketegasan bahawa perlembagaan tersebut akan
> dipertahankan selama-
> lamanya selagi UMNO/BN memerintah Malaysia.
>
> Apakah sikap anda dalam perkara ini?
> Undang-undang hudud Kelantan tidak dapat
> dilaksanakan dengan
> adanya peruntukkan tersebut. Hudud Kelantan
> bercanggah dengan
> Perlembagaan Malaysia, sedangkan hukum hudud dipetik
> dari Al-Quran.
> Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubalkan akta
> yang bertaraf
> undang-undang. Dalam Islam, pemimpin bukan menggubal
> undang-
> undang tetapi melaksanakan undang-undang yang
> termaktub dalam Al-
> Quran. Parlimen hanya boleh membincangkan bagaimana
> undang-
> undang itu boleh dilaksanakan, bukan mencipta
> undang-undang.
>
> Perbezaan keenam - Melayu vs Islam
>
> UMNO sering mengemukakan slogan "Ketuanan Melayu"
> manakala PAS
> menyeru kepada "Ketuanan Islam".
>
> Huraian
> Ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO semakin hari
> semakin
> terhapus. Tanah rezab melayu beransur-ansur kurang
> dan kalau
> digantikan pun, dikawasan yang terpencil.
> Bahasa melayu kian terpinggir dalam arus pendidikan.
> Kolej dan
> Universiti mengutamakan bahasa inggeris.
> Bangsa melayu secara beransur-ansur ditukar menjadi
> bangsa Malaysia.
> Kad pengenalan baru hanya menggunakan "bar-code"
> untuk menyatakan
> agama dan bangsa, bukan bertulis secara jelas
> seperti dulu. Sensitiviti
> umat melayu kepada kes murtad menjadi kurang.
> Kemurtadan
> dikalangan masyarakat sering berlaku. Tanyalah
> Pejabat Pendaftaran
> Negara, berapa ramai melayu yang sedang menunggu
> giliran untuk
> menukar nama dan agama.
>
> PAS menyeru kepada "ketuanan Islam". Malaysia untuk
> semua bangsa -
> melayu, cina, india dll. Masing-masing bebas
> mengamalkan budaya
> mereka. Bahasa masing-masing perlu dipupuk bersama
> kerana bahasa
> adalah anugerah Ilahi. Ketuanan Islam menjamin
> seluruh rakyat diberi
> pembelaan yang adil seperti yang dinyatakan
> Al-Quran, tidak kira sama
> ada dia muslim atau bukan muslim.
> Walaupun UMNO menyeru slogan ketuanan melayu tetapi
> ia membuka
> keahliannya kepada semua bumiputra, Islam atau bukan
> Islam. Berapa
> ramai bumiputra Sabah yang bukan Islam telah
> menyertai UMNO
> sekarang. UMNO kini bukan lagi parti melayu-Islam.
>
> Andainya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a
> masih hidup dan
> datang ke Malaysia, mereka tidak boleh menganggotai
> UMNO sebab
> mereka bukan melayu dan bukan bumiputra. Akan tetapi
> kedua-dua
> sahabat yang mulia itu boleh menyertai PAS kerana
> PAS untuk semua
> orang Islam. Itulah perbezaan ketuanan melayu dan
> ketuanan Islam.
>
> Perbezaan ketujuh - Politik dan Agama
>
> PAS berpegang kepada falsafah "politik sebahagian
> agama" manakala
> UMNO berpegang kepada falsafah "politik dan agama
> perlu diasingkan".
>
> Huraian
> Sunnah Rasulullah s.a.w. yang terbesar ialah
> pembentukan negara
> Islam Madinah. Setelah negara Islam terbentuk, semua
> kegiatan agama
> telah dijalankan Rasulullah s.a.w. seperti hubungan
> antara kaum,
> peperangan, perdamaian, dakwah (khususnya kepada
> ketua kerajaan
> asing), jihad, ekonomi dsb. Kesemua kegiatan
> tersebut dijalankan oleh
> Rasulullah s.a.w. sebagai rasul, pemimpin, pendidik
> dan pendakwah.
> Kesemua kegiatan agama dan harian ditadbirkan
> Rasulullah s.a.w
> dalam sistem politik pemerintahan Islam yang pertama
> itu.
>
> Sirah ini menggambarkan bahawa politik atau siasah
> ditadbirkan
> Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian daripada agama.
> Politik
> menjadi "payung" kepada seluruh kegiatan Islam. PAS
> yang
> mengamalkan sistem politik Islam mengambil
> perjalanan sirah tersebut
> sebagai ikutan.
>
> Sebaliknya UMNO mengamalkan dasar sekular iaitu
> politik dan agama
> perlu diasingkan. Dalam amalan politik sekular,
> kegiatan agama
> seseorang adalah bersifat peribadi. Mengikut UMNO,
> politik adalah
> urusan dunia yang boleh ditadbirkan mengikut
> kesesuaian masa dan
> suasana. Mereka lupa bahawa semua tindakan manusia
> dikawal oleh
> agama.
>
> Islam telah menerangkan semua perkara dari
> sekecil-kecilnya, seperti
> cara-cara membuang air kecil  hinggalah kepada
> politik antarabangsa.
> UMNO terpengaruh dengan sistem sekular British yang
> mentadbir
> negara secara terpisah dari agama. Bukankah UMNO
> anak didik British
> yang paling setia?
>
> Saudara/i pembaca yang dikasihi,
>
> Sesungguhnya politik atau siasah tidak boleh
> dipisahkan dari agama.
> Banyak hukum agama seperti hukum qisas,
> penderhakaan, peperangan,
> murtad, hudud, jihad, dakwah dsb. TIDAK DAPAT
> dijalankan tanpa
> negara. Ayat Al-Quran tentang puasa dan tentang
> qisas adalah senada
> Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu
> qisas (Al-Baqarah,
> 2 : 178). Wahai orang yang beriman diwajibkan ke
> atas kamu berrpuasa
> (Al Baqarah, 2 : 183) Sekiranya puasa, semua muslim
> mengakui
> kewajibannya dan terus dilaksanakan, kenapa pula
> hukum qisas perlu
> ditangguhkan dan dianggap tidak wajib seperti puasa?
> Demikian juga
> hukum murtad, hukum hudud dll.
>
> Saya tinggalkan persoalan ini untuk direnungkan
> bersama oleh seluruh
> insan yang mempunyai hati kecil yang hidup
>
> Perbezaan kelapan - Wawasan 2020 vs Wawasan Akhirat
> UMNO/BN sedang menuju "Wawasan 2020", PAS pula
> menyeru
> kepada "Wawasan Akhirat"
> Huraian
> UMNO/BN menjadikan 2020 sebagai tahun matlamat
> pembangunan
> industri negara. PAS berpandangan lebih jauh dari
> itu, iaitu setiap
> tindakan pembangunan haruslah mengambil kira nasib
> kita di akhirat
> kelak. UMNO menekankan pembangunan fizikal negara
> seperti Menara
> KL, Menara Kembar, Bandar Jajar KL dll. Akan tetapi
> pembangunan jiwa
> rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu,
> tidak diutamakan.
>
> Muda-mudi mengamalkan budaya maksiat, bohsia,
> bohjan, penagihan
> dadah, rock, punk dan seribu jenis lainnya.
> Ketahuilah bahawa budaya
> punk bermula daripada majlis seperti sambutan tahun
> baru masihi (awal
> Tahun Hijrah dilupakan), kemudian meningkat kepada
> konsert rock spt
> Michael Jackson, Scorpions dsb., kemudian
> bersekedudukan tanpa nikah
> dan akhirnya punk. Janganlah ditangisi gejala punk
> tetapi dimasa yang
> sama menganjurkan hiburan rasmi awal tahun hingga ke
> larut malam.
>
> Apabila UMNO/BN menganjurkan program muda-mudi spt
> Rakan Muda,
> pencampuran lelaki perempuan menjadi satu kemestian.
> Di sini
> bermulanya padah keruntuhan akhlak. Bila larian
> merdeka dsb
> dianjurkan, larian disertai lelaki perempuan yang
> bercampur gaul. Itulah
> dasar sekular pembangunan negara. Kononnya satu
> bangsa Malaysia
> boleh diwujudkan menerusi kegiatan tersebut.
> Ingatlah
> bahawa 'Wawasan Akhirat' yang menghitung dosa pahala
> tidak
> mengizinkan perkara sedemikian.
>
> PAS sering didakwa menolak pembangunan. Sebenarnya,
> tiada seorang
> pun insan yang waras menolak pembangunan.
> Pembangunan Islam
> ialah pembangunan negara yang tidak mengorbankan
> akhlak.
> Pembangunan fizikal dan rohani, yang dinikmati
> secara adil oleh seluruh
> masyarakat, yang miskin atau yang kaya. Pembangunan
> UMNO/BN kini
> hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya sahaja.
> Mampukah orang
> kampung untuk menikmati secawan kopi di  Menara KL?
>
> Sejarah membuktikan bahawa pembangunan fizikal
> seperti pembinaan
> bangunan pencakar langit oleh kaum 'Ad, yang belum
> pernah berlaku di
> mana pun di dunia ini ketika itu, telah membawa
> kemusnahan kepada
> kaum itu oleh bala Allah (rujuk Al-Fajr:6-8). Ini
> bermakna,
> pembangunan fizikal semata-mata boleh membawa
> bencana katastrofi
> yang padah, andainya "wawasan dosa pahala" tidak
> diambil kira. Taufan
> Greg harus menjadi iktibar kita semua. Apalah Taufan
> Greg kalau
> dibandingkan dengan 'azab kaum 'Ad.
>
> Ada kajian rambang dijalankan di kalangan pelajar
> sekolah menengah di
> WP KL beberapa tahun lalu. Hasilnya 85% pelajar
> tidak sembahyang
> fardhu. Inilah akibat politik sekular yang hanya
> menangani "pembangunan 2020". Seluruh pemimpin
> UMNO/BN
> bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap fenomena
> ini dan seribu
> satu macam fenomena lain yang melibatkan keruntuhan
> iman dan
> akhlak muda-mudi.  Kita yang "memangkah"? - jawablah
> masing-masing
> di depan Allah s.w.t.
>
> Perbezaan kesembilan - Kepimpinan
>
> Model kepimpinan UMNO ialah "kepimpinan melalui
> teladan" manakala
> model kepimpinan PAS ialah "Kepimpinan ulama'"
>
> Huraian
>
> Kepimpinan Ulama' adalah penerus kepimpinan anbia
> sebab ulama'
> adalah pewaris anbia. Kepimpinan ulama adalah
> sinonim dengan
> kepimpinan Islam yang diteladani menerusi kepimpinan
> Rasulullah
> s.a.w. dan Khulafa' Ar-Rasyidin. Ini adalah model
> kepimpinan PAS.
>
> UMNO menyeru kepada kepimpinan melalui teladan.
> Kepimpinan ini
> sangat longgar berbanding dengan kepimpinan ulama'
> sebab pemimpin
> harus menunjukkan contoh teladan yang baik untuk
> diikuti rakyat jelata,
> sedangkan ketakwaan bukan menjadi syarat utama
> pemilihan
> kepimpinan UMNO. Tanpa syarat ketakwaan, seorang
> pemimpin boleh
> melakukan sebarang penyelewengan. Akhbar sering
> melaporkan tentang
> pemimpin UMNO yang dituduh dengan pelbagai kes
> rasuah, pecah
> amanah, pilih kasih, gejala maksiat dll.
>
> Seorang pemimpin wanita UMNO pernah memberi komen
> quot;Asalkan
> seorang menteri itu menjalankan tugasnya dengan
> sempurna, apa
> salahnya jika beliau mempunyai perempuan
> simpanan.quot; Itulah
> akibat ketakwaan bukan menjadi syarat kepimpinan
> UMNO.
>
> Masalah pilih kasih menjadi amalan UMNO. Ahli
> pembangkang seperti
> DAP, PBS dan PAS diketepikan dalam banyak hal,
> sedangkan projek
> yang dilaburkan pemimpin UMNO adalah wang kerajaan,
> bukan UMNO
> punya. Pemimpin UMNO menggunakan media massa
> kerajaan spt RTM
> untuk berkempen bagi UMNO dan menyekat peluang yang
> sama kepada
> pembangkang sedangkan RTM adalah hak rakyat
> Malaysia, bukan hak
> UMNO. RTM sering menyiarkan secara langsung
> perhimpunan agung
> UMNO, tetapi adakah pernah RTM menyiarkan
> perhimpunan agung PBS,
> DAP atau PAS. Inikah kepimpinan melalui teladan?
>
> Kita juga melihat menteri UMNO menggunakan kemudahan
> kerajaan spt
> kereta, jet dan agensi kerajaan ketika menjalankan
> urusan parti. Inikah
> kepimpinan melalui teladan?
>
> Apabila pemberian subsidi, pemimpin UMNO sering
> mengenepikan hak
> ahli pembangkang (spt subsidi baja di Kelantan dll)
> sedangkan wang
> kerajaan dipungut dari semua golongan rakyat,
> pembangkang atau
> penyokong kerajaan.
>
> Kepimpinan Islam seperti yang diperlihatkan oleh
> Rasulullah s.a.w.
> menunjukkan sikap yang adil dan saksama terhadap
> seluruh
> pimpinannya sama ada Islam atau bukan Islam.
> Tidakkah Al-Quran
> menceritakan bagaimana kepimpinan tentera Rasulullah
> s.a.w.
> mengutamakan makanan kepada tawanan perang, sebelum
> mereka
> sendiri memakannya. Inilah ciri-ciri unggul dalam
> kepimpinan para rasul
> yang diwarisi para ulama'-nya.
>  
>  
>
> Perbezaan kesepuluh - Laungan
>
> Laungan UMNO ialah merdeka, dan hidup melayu.
> Laungan PAS ialah
> Allahu Akbar
>
> Huraian
>
> Ucapan lidah keluar dari hati penuturnya. Pepatah
> melayu mengatakan.
> Hati terkenang, mulut tersebut-sebut. Hati UMNO dan
> hati PAS boleh
> disaksikan menerusi laungan dan seruan mereka.
> Ketika penamaan
> calon PAS (umpamanya di Pulai Condong 26 disember
> 1996 lalu),
> sebutan kalimah memuji Allah (Asma al Husna) dan
> seruan jihad serta
> selawat mengiringi perarakan itu. Ketika yang sama,
> UMNO pula
> menyanyikan lagu Malaysia berjaya atau Malaysia
> boleh.
> Satu rakaman di penamaan calun di DUN Kajang dalam
> pilihanraya
> umum 1995 yang lepas. UMNO menjulang tinggi calon
> MCA mereka En
> Chong serta menyanyikan Malaysia Berjaya. Mereka
> tidak boleh sebut
> hidup melayu sebab mereka mengiringi calon MCA.
>
> Janganlah orang beriman mengambil orang kafir
> menjadi pemimpin. (Ali-
> Imran, 3:28).
>
> Jelas, tak faham-faham jugak, orang kafir dipangkah
> jugak. Dalam
> sembahyang kata Tunjukkan kami jalan yang lurus,
> jalan orang Engkau
> beri ni'mat dan BUKAN JALAN ORANG YANG KAU TELAH
> MURKAI. (Al-
> Fatihah, 1: 7). Maknanya jalan yahudi, kristian kita
> tak mahu, tapi hindu,
> kristian dipangkah jugak.Tak faham faham...Bukan
> marah ni...gegham
> aja...(Sedutan dari ceramah Al-Fadhil Al-Ustaz Dato
> Haji Ismail Kamus
> dalam kaset beliau bertajuk Tafsiran Surah Al
> Fatihah terbitan dan
> edaran Al Nahli Enterprise ) Dengarkan Tafsiran
> penuh Surah Al Fatihah
> dalam internet di Ceramah Agama )
>
> Seruan Allahu Akbar adalah seruan abadi muslim.
> Seruan tersebut
> diperdengarkan dalam semua acara umat Islam-ketika
> lahir, bermusafir,
> sembahyang, jihad dan ketika diebumikan. Seruan
> Allahu Akbar
> dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. dan diikuti para
> sahabatnya serta para
> pewaris ulama sepanjang zaman.
>
> Bandingkanlah seruan Allahu Akbar dan hidup melayu,
> itu. Hati
> terkenang, mulut tersebut-sebut. Itulah gambaran
> hati masing-masing.
>
> Perbezaan kesebelas - Konsistensi
>
> PAS sentiasa konsisten tentang dasar perjuangannya
> iaitu ISLAM.
> Perjuangan UMNO sentiasa berubah-ubah mengikut masa
> dan suasana
>
> Huraian
>
> Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, PAS sentiasa kekal
> di atas dasarnya
> iaitu Islam dan berhasrat menegakkan semua hukum
> Allah s.w.t. di
> negara Malaysia yang tercinta ini. Walaupun PAS
> mengalami pelbagai
> krisis kepimpinan, namun dasar tersebut tidak pernah
> berubah. Ketika
> kalah atau menang, PAS tetap dengan dasar itu. Tanpa
> dasar Islam,
> PAS tidak perlu wujud. Andainya UMNO telah
> meletakkan Islam sebagai
> tunggak perjuangan, PAS perlu di mansuhkan segera,
> PAS tak perlu
> wujud. Inilah sikap PAS terhadap Islam dan politik.
>
> Tetapi kerana UMNO tidak begitu, maka PAS adalah
> perlu kalau dulu kita
> guna Takdok sebab demo nak lawe kawe (Pilihanaraya
> kecil undangan
> 1994), maka pada tahun 1999/2000 kami cadangkan Kawe
> ada sebab
> nak lawe demo.
>
> UMNO pula mulanya menyeru kepada seruan merdeka,
> kemudian
> menentang Malayan Union. Setelah para pendokong UMNO
> (lama)
> berjaya terhadap penentangan Malayan Union, mereka
> beralih kepada
> pembangunan luar bandar, pembangunan masyarakat,
> wawasan 2020
> dan akhir sekali Malayan Union (baru). Kalau UMNO
> (lama) menentang
> Malayan Union, kini UMNO (baru) memperjuangkan
> Malayan Union versi
> terkini iaitu Malaysian Malaysia. Sebutan berbeza
> tetapi maksudnya
> sama.
>
> Orang melayu diberi keutamaan dalam perjuangan
> malayan Union
> (lama), termasuk perkara-perkara yang menyentuh
> agama, bangsa,
> bahasa melayu, tanah, kerakyatan dsb. Kini Malaysia
> sedang menuju ke
> arah wawasan 2020 yang menempuh gelombang
> globalisasi.
> Keistimewaan yang dituntut orang melayu tentang
> keistimewaan di atas
> sebagai ketuanan melayu, perlu dimansuhkan dengan
> alasan
> memalukan bangsa itu jika masih diberi keistimewaan.
>
>
> Maka kini, isu bahasa yang ditentang dalam Malayan
> Union,
> dilaksanakan dalam wawasan terkini dengan menjadikan
> Bahasa
> Inggeris sebagai bahasa akademik kolej IPT swasta,
> universiti (yang
> telah dikorporatkan). Tanah rezab melayu yang diakui
> British, cuba
> dinafikan pemimpin kini. Kalau dahulu, penubuhan
> Universiti Merdeka
> ditentang oleh UMNO, kini UMNO memberi peluang
> berpuluh-puluh
> universiti tersebut ditubuhkan.
>
> Contoh di atas menunjukkan UMNO tidak konsisten
> dalam
> perjuangannya. Ketika krisis Iraq-Kuwait, Malaysia
> yang diwakili
> pemimpin UMNO telah bersetuju untuk menyokong
> serangan PBB
> (sebenarnya Amerika) ke atas Iraq. Kemudian pemimpin
> tersebut
> menyesal dan menangis teresak-esak apabila Iraq
> telah ranap di bom
> Amerika. Ini satu lagi contoh ketidak tekalan
> perjuangan UMNO.
>
> Dulu UMNO beria-ia benar untuk mengutuk Israel yang
> membunuh
> rakyat Palestin di Sabra dan Shatila; tetapi kini
> sedang melobi untuk
> mengikat ikatan diplomasi pula dengan yang mereka
> yang dilaknati
> seluruh alam itu.
>
> Hari ini UMNO buat polisi, mungkin esok diubah pula.
> Pada suatu ketika,
> mengutuk George Soros sebagai penyangak antarabangsa
> tetapi kini
> mengundang sahabat soros sebagai penasihat kewangan
> negara !!!
> Perjuangan ikut mood ke???
>
> Perbezaan keduabelas - Tema Perayaan
>
> Antara tema perayaan UMNO/BN ialah Budaya Penentu
> Kecapaian.
> Antara tema sambutan PAS ialah Menyanggah Fikrah
> Maddiyah
>
> Huraian
> Maddiyyah bererti materialisme (faham kebendaan).
> Fahaman ini
> bermaksud hidup untuk mengumpul harta semata-mata
> dan harta
> menjadi matlamat hidup, tanpa memikirkan wasilahnya
> sama ada halal
> atau haram.
>
> Fahaman ini sangat bahaya dalam masyarakat.
> Berpegang kepada
> fahaman ini, harta akan menjadi tuan dan kita akan
> menjadi hamba
> kepada harta. Dalam Islam, kita perlu mencari
> kekayaan tetapi kekayaan
> itu menjadi hamba kepada kita, sebagai wasilah untuk
> berbuat kebajikan
> kepada Allah. Budaya maddiyyah menjadi subur dalam
> UMNO.
>
> Seorang ketua bahagian akan tiba-tiba menjadi OKB
> (orang kaya baru)
> apabila memegang jawatan tersebut dalam beberapa
> penggal sahaja.
> Apatah lagi timbalan menteri, menteri dan yang
> setaraf dengannya.
>
> Pelbagai gejala rasuah, menjadi asam garam kehidupan
> hari ini.
> Mengikut Amnesty International, Malaysia menduduki
> antara tempat
> teratas dalam kejadian rasuah di dunia, dibelakang
> Brazil, Mexico dan
> beberapa negara lain.
>
> Islam tidak menghalang kekayaan kebendaan, tetapi
> yang dilarang ialah
> fahaman kebendaan - PAS menyanggah fahaman/fikrah
> kebendaan ini.
> Budaya adalah adat, cara berfikir dan cara hidup
> sesebuah masyarakat
> yang disalin dari generasi ke generasi. Budaya yang
> baik boleh
> diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama.
> Kaedah usul-fiqh
> menyatakan Al-'urf muhakkamah, yang bererti adat
> menjadi timbang-
> tara (yang boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah
> dengan agama)
>
> UMNO menghidupkan semua budaya melayu, tak kira
> budaya yang
> murni atau budaya yang bercanggah dengan agama.
> Budaya nasyid
> (tanpa percampuran lelaki-perempuan), kompang,
> kenduri, gotong
> royong dsb adalah budaya melayu yang boleh
> diteruskan. Budaya kerja
> yang bersih, cekap dan amanah patut dikekalkan.
>
> Akan tetapi pada masyarakat hari ini, budaya
> disempitkan dengan
> perkara kesenian sahaja. Tarian kebudayaan oleh
> gadis-gadis genit
> tanpa menutup aurat yang sempurna dan dipertontonkan
> pula kepada
> penonton lelaki adalah bercanggah dengan agama.
> Demikian juga acara
> makyong yang memperlihatkan perkara yang sama. Acara
> wayang kulit
> pula melibatkan jampi serapah yang apabila dijejak
> berasal dari budaya
> Hindu-Buddha.
>
> Budaya bersanding dan menjunjung pulut bunga telur
> adalah budaya
> jahiliyyah, amalan budaya Hindu (seperti yang
> diamalkan di Bali hingga
> kini).
>
> Semua budaya tersebut sepatutnya dihapuskan oleh
> UMNO yang
> berkuasa, jika benar-benar parti itu memperjuangkan
> kemurnian Islam.
> Kadangkala sesuatu budaya itu bukan buruk pada
> dirinya, seperti dikir
> barat tetapi buruk kepada majlis yang mengundang
> percampuran bebas
> lelaki-perempuan hingga ke larut malam (dulunya
> persembahan dikir
> biasa bermula dari 9 malam hingga ke dini hari).
>
> Dalam kaedah usul-fiqh, pengharaman majlis seperti
> itu digelar saddal-
> zara'i yakni menyekat keburukan sebelum terjadi.
> Sebagai contoh, gula
> adalah makanan yang halal tetapi bagi pesakit
> diabetes ianya dilarang
> makan gula di atas dasar sadd al-zara'i. Demikianlah
> alasannya kenapa
> majlis dikir barat dilarang Kerajaan Kelantan.
>
> Semoga UMNO lebih berhati-hati memilih budaya untuk
> diamalkan
> kerana bukan semua budaya penentu kecapaian. Yang
> jelasnya budaya
> ISLAM menentukan pencapaian (bukan kecapaian) di
> dunia dan di
> akhirat.
>
> Perbezaan ketigabelas - Jumaat vs Ahad
>
> UMNO/BN berminat untuk bercuti minggu hari Ahad. PAS
>
> mempertahankan cuti mingguan hari Jumaat.
>
> Huraian
>
> Tiada hari cuti dalam Islam. Hari Jumaat pun,
> masyarakat perlu bekerja,
> apatah lagi hari Ahad!
>
> Untuk tujuan kemaslahatan pentadbiran, kerajaan
> boleh memilih mana-
> mana hari untuk dijadikan hari minggu. Sebagai
> contoh, negara-negara
> Arab-Islam memilih hari Jumaat sebagai hari cuti,
> manakala negara
> Barat-Kristian memilih hari Ahad untuk memberi
> kemudahan penganut
> Kristian ke gereja.
>
> Malaysia, ketika diperintah Inggeris, menjadikan
> Ahad sebagai hari
> minggu kecuali di negeri-negeri Melayu bernaung
> (Kelantan, Kedah,
> Perlis, Terengganu) dan Johor. Pegawai Inggeris
> beramai-ramai ke
> gereja pada hari itu. Apabila sebahagian rakyat
> Malaysia memeluk
> kristian, kepentingan Ahad sebagai hari cuti
> mingguan semakin
> bertambah. Apabila merdeka kerajaan
> BN/Perikatan/UMNO terus
> mengekalkan Ahad sebagai hari minggu.
>
> Alangkah baiknya, Jumaat dijadikan hari cuti
> mingguan, jika hari minggu
> perlu ada. Sebabnya, Malaysia dihuni oleh ramai
> masyarakat Islam dan
> bagi mereka, hari Jumaat adalah penghulu segala
> hari.
>
> Umat Islam, diseru pagi-pagi ke masjid (seperti
> amalan generasi melayu
> silam) kerana kelebihan datang awal ke masjid pada
> hari itu, sabit
> daripada hadith sahih. Selepas jumaat,  disunatkan
> pula sembahyang 4
> rakaat di RUMAH bukan di masjid. Sebelum ke masjid
> untuk
> sembahyang Jumaat, umat Islam disunatkan mandi
> terlebih dahulu,
> mengenakan pakaian bersih serta datang ke masjid
> seawal mungkin
> untuk kegiatan ilmu dsb-nya, dalam keadaan tenang.
> Adakah semua
> perkara di atas boleh dilakukan jika bekerja pada
> hari Jumaat?
>
> Bayangkan seorang buruh, atau pekerja kilang, yang
> terpaksa tergesa
> ke masjid dengan pakaian yang separuh kotor untuk
> sembahyang serta
> tergesa-gesa pula keluar masjid untuk menyambung
> kerja. Bilakah
> masanya untuk mengerjakan amalan-amalan sunat yang
> disebut tadi?
> Andainya, kita tidak suka melakukan perkara sunat
> tersebut, namun kita
> perlu memberi peluang kepada insan lain yang ingin
> melakukannya.
> Ketahuilah, Jumaat adalah syi'ar Islam.
>
>  UMNO yang mendakwa ingin meninggikan syi'ar Islam
> di negara ini
> telah menukarkan hari cuti Jumaat di Johor kepada
> hari Ahad, walaupun
> baginda Sultan Johor sendiri tidak perkenan dengan
> tindakan tersebut.
> Sekarang UMNO/BN sedang berusaha untuk membawa
> Kedah, Perlis
> dan Terengganu pula bercuti hari Ahad. Alasan
> UMNO/BN memang
> mudah; Ahad adalah cuti antarabangsa - lambang
> negara maju dan
> kegiatan ekonomi akan terhalang jika cuti hari
> Jumaat.
>
> Ketahuilah, kerana ekonomi, UMNO sanggup
> mengenepikan syi'ar Islam.
> Ketahuilah, kemajuan bangsa tidak bergantung kepada
> hari cutinya:
> India, Ghana, Zambia bercuti Ahad tetapi bukanlah
> maju negaranya.
> Syi'ar Islam itu perlu diutamakan daripada
> kepentingan politik!
>  
>
> Perbezaan 14 - Penerapan Nilai Islam
>
> PAS berhasrat untuk melaksanakan Islam sepenuhnya
> dinegara Malaysia
> ini. UMNO sedang melancarkan penerapan nilai-nilai
> Islam dalam semua
> badan kerajaan.
>
> Huraian
>
> Pelaksanaan Islam sememangnya tidak ada alternatif
> lain kecuali
> melaksanakan Islam sepenuhnya. Undang-undang apakah
> yang terbaik
> kecuali yang datang dari Penciptanya sendiri?
>
>  Ada yang berpendapat, Islam perlu dilaksanakan
> secara beransur-ansur
> sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah s.a.w.
> Hakikatnya,
> Rasulullah s.a.w menjalankan semua hukum Islam
> secara beransur-
> ansur disebabkan ayat al-Quran pun turun secara
> beransur-ansur.
> Rasulullah s.a.w. berdakwah secara rahsia pada
> permulaan
> kenabiannya disebabkan ketika itu ayat untuk dakwah
> berterangan
> belum turun.
>
> Semasa di Makkah, ayat mengenai puasa belum
> diturunkan. Oleh yang
> demikian puasa belum diwajibkan. Begitu juga haji,
> juga tidak
> diwajibkan di Makkah, kerana perintah mengenainya
> belum turun lagi
> ketika itu. Selepas diturunkan, Rasulullah s.a.w
> terus melaksanakan
> perintah-perintah tersebut. Jihad juga belum
> diwahyukan lagi ketika
> Rasulullah s.a.w. di Makkah, tetapi diwahyukan
> ketika di Madinah. Lalu
> Rasulullah s.a.w. melaksanakan serta merta sebaik
> sahaja turunnya
> ayat tersebut.
>
> Demikian juga pengharaman arak. Apabila turunnya
> ayat pengharaman
> arak, semua sahabat  meninggalkan amalan meminum
> arak. Apabila
> Rasulullah s.aw wafat, semua ayat al-Quran telah
> lengkap. Semua
> hukum al-Quran telah wajib dilaksanakan
> keseluruhannya kerana
> penurunannya telah sempurna dan lengkap.
>
> Kita di Malaysia kini, tidak boleh memilih
> sebahagian sahaja wahyu al-
> Quran untuk dilaksanakan dan meninggalkan yang
> lainnya di atas alasan
> perlu pelaksanaan secara bijaksana dan
> beransur-ansur. Semua ayat
> tentang dakwah, puasa, haji, jihad, hukum-hakam,
> pemerintahan Islam
> dll. perlu dilaksanakan semuanya sebab kewajibannya
> adalah jelas.
>
> Andainya orang berkata, kita perlu berdakwah sahaja
> dahulu kerana
> itulah kerja yang pertama dilakukan Rasulullah
> s.a.w. sebelum politik.
> Fahaman ini bermakna kita tidak perlu berpuasa atau
> berhaji kerana
> haji hanya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. paling
> akhir dalam mesej
> baginda. Haji dilakukan baginda s.a.w. lebih lewat
> dari penubuhan
> negara Islam Madinah. PAS sebagai parti siasah
> Islam, tidak ada pilihan
> lagi kecuali melaksanakan semua perintah Allah yang
> termaktub dalm Al-
> Quran. Kesemua perintah dari dakwah hingga politik
> telah menjadi
> KEWAJIBAN seluruh muslim di dunia ini.
>
> UMNO melancarkan penerapan nilai-nilai Islam.
> Penerapan bukan
> pelaksanaan. Malah meletakkan nilai Islam dalam
> pentadbiran dan
> pemerintahan UMNO pun tidak begitu jelas. Kita lihat
> dulu dari sudut
> media elekronik, RTM. Personaliti TV rasmi kerajaan
> (spt pembaca
> berita) pun tidak menutup aurat ketika menjalankan
> tugas. Malah
> diberitakan pernah seorang pembaca berita wanita
> diundurkan dari RTM
> kerana sikapnya untuk menutup aurat sebagaimana yang
> dikehendaki
> Islam.
>
> Media elektronik rasmi kerajaan menyiarkan nyanyian
> dan tarian pop
> muda-mudi dengan pakaian menjolok mata. Artis dengan
> gaya rambut
> ala-jahiliyyah dibenarkan muncul di TV. Rancangan
> Hiburan Malam
> Minggu dll tidak langsung mengambarkan sikap
> penerapan nilai-nilai
> Islam. Apakah cukup penerapan nilai Islam dengan
> memulakan siaran
> dengan bacaan al-Quran dan diakhiri dengan doa?
>
>  Di antara bacaan al_Quran dan doa adalah Forum
> Perdana Ehwal
> Islam, itupun hanya golongan tertentu sahaja yang
> menjadi ahli panel
> yang cakap lebih sikit digam.(Rindu juga dah lama
> tak lihat wajah YBhg
> Dato Ismail Kamus, Prof Harun Din di kaca TV).
>
> Filem barat yang disiarkan RTM banyak yang
> mempertahankan budaya
> seks, kebebasan pergaulan dan keganasan. Gadis
> dengan pakaian
> mandi menjadi lumrah termasuklah filem Hindi dan
> Cina. Adakah benar-
> benar UMNO sedang menerapkan nilai Islam?
>
> Apabila YB TG MB Kelantan memohon muncul di TV bagi
> mengucapkan
> Selamat Aidilfitri beberapa tahun lepas-RTM
> menolaknya. Sedangkan
> berpuluh-puluh pelajar dibenarkan untuk membuat
> ucapan
> seumpamanya. Ketahuilah RTM adalah hak kerajaan,
> bukan hak UMNO.
> Bukan TV sahaja tidak membenarkan YB MB Kelantan
> mengucapkan
> Selamat Aidilfitri, Radio 3 KB pun tidak membenarkan
> ucapan tersebut
> (3 minit sahaja, bukan lama) sedangkan orang ramai
> di tepi jalan dan di
> pasar diberi peluang. Inikah sikap keadilan dalam
> penerapan nilai Islam?
> Adil ke tu? Ini baru contoh RTM.
>
> Perbezaan 15 - Penerapan Nilai Islam
>
> Penerapan Nilai Islam, adalah amalan UMNO.
> Pelaksanaan Islam adalah
> dasar PAS.
>
> Huraian
> UMNO sering mendakwa Malaysia adalah negara Islam
> contoh yang
> disegani kerana Malaysia telah menubuhkan masjid,
> Pusat Islam, Bank
> Islam, Universiti Islam, Institut Kefahaman Islam
> (IKIM), SPTF dll.
>
> Hakikatnya, penubuhan badan-badan Islam tersebut
> belum disabitkan
> Malaysia negara Islam. Britain dan Thailand pun bina
> masjid yang besar-
> besar juga. Switzerland pun menubuhkan bank Islam
> juga. Bahkah bank
> Islam pertama muncul di situ. Pusat pengajian Islam
> yang bertaraf IKIM
> atau lebih tinggi banyak terdapat di negara-negara
> barat. Negara barat
> pun sedang berusaha menubuhkan universiti Islam
> kerana mereka tahu
> universiti seumpama itu ada nilai ekonomi yang
> tinggi.
>
> Namun, kita bersyukur tentang penubuhan badan-badan
> Islam tersebut
> di Malaysia. Ketahuilah penubuhan badan seumpama itu
> adalah
> sebahagian tugas kerajaan yang dipilih rakyat untuk
> memerintah, tak
> kira kerajaan Islam atau bukan Islam, apabila wujud
> sebahagian
> rakyatnya beragama Islam. Demikian juga di Malaysia,
> muncul gereja-
> gereja, kuil-kuil, rumah-rumah ibadat lain yang
> sebahagiannya dibiayai
> oleh kerajaan, atau sekurang-kurangnya memerlukan
> sokongan dan
> kelulusan pihak kerajaan bagi menubuhkannya. Kita
> mendengar khabar
> tentang pembinaan kompleks gereja yang besar di Shah
> Alam. Entah
> betul, entah tidak!
>
> Di Kajang telah muncul pusat missionary kristian
> yang terdiri dari
> kompleks bangunan yang bertanggungjawab menjalankan
> dakwah
> kristian di Malaysia dan Singapura. kelulusan
> pembinaan bangunan
> seperti ini sekurang-kurangnya memerlukan kelulusan
> EXCO Negeri.
>
> Walaupun gereja dibina merata-rata di Malaysia
> (khususnya di Sabah),
> kita tidak pernah mengatakan Malaysia negara
> Kristian. Demikian pula,
> dengan hanya pembinaan masjid, belum boleh dikatakan
> Malaysia
> negara Islam!
>
> Negara Islam ialah negara yang melaksanakan Islam
> secara
> keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan
> penuh keimanan
> dan ketaqwaan! Inilah hasrat PAS!
>
> UMNO selalu bermain kata bahawa undang-undang Islam
> tidak boleh
> dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakatnya
> berbilang kaum. Ini
> buat-buat buta sejarah, buat-buat buta Al-Quran.
> Negara Islam Madinah
> dulu pun negara masyarakat majmuk, arab muhajirin
> dan ansar, kaum
> Aus dan Khazraj, Yahudi dll.
>
> Sebenarnya MIC dan MCA tidak akan mengatakan
> undang-undang Islam
> tidak boleh dilaksanakan kalaulah UMNO tidak
> memulakannya! Kita
> percaya kaum lain menganggap sebarang komen tentang
> agama adalah
> perkara sensitif. Hakikatnya, kaum lain belum
> berkata apa-apa, UMNO
> yang terdiri dari orang beriman (baca : munafik)
> pula mengatakan
> demikian, sebagai jurucakap penentangan hukum
> Islam!!?
>
> Undang-undang Islam pun seperti rukun Islam juga.
> Sembahyang dan
> puasa hanya untuk orang Islam, bukan untuk golongan
> lain. Demikian
> juga dengan hukum hudud misalnya, hanya untuk orang
> Islam, bukan
> untuk mereka. Lalu seorang pemimpin pun berkata,
> jika orang Islam
> dihukum dengan hukum hudud tetapi orang bukan Islam
> tidak, itu tidak
> adil!
>
> Adil lah tu! Mana boleh tidak adil? Semasa kita
> orang Islam berpuasa,
> tetapi orang bukan Islam, boleh makan minum depan
> mata kita, tidak
> ada siapa pun kata tidak adil! Adil dalam Islam
> ialah meletakkan sesuatu
> pada tempatnya. Orang ahli ABIM kenalah bayar yuran
> ABIM, tak ahli tak
> kena bayar- kan adil kan tu, orang kampung pun
> faham. Kalau jadi askar
> mesti lah kena kawad pagi-pagi, orang biasa tak
> payah. Dok gitu keneh
> (loghat kelantan: bukan begitu).
>
> Apabila kita jadi Islam, maka adillah kita dikawal
> oleh Islam segala-
> galanya. Orang yang tidak menerima Islam, dia tidak
> tertakluk kepada
> undang-undang Islam. Itulah keadilannya! Sepatutnya
> UMNO menolong
> politik Islam PAS yang ingin melaksanakan Islam di
> negara ini kerana
> dengan ini, tugas UMNO menjadi ringan.
>
> Janganlah tindakan kita yang mengatakan beriman
> dengan Al-Quran
> tetapi menolak hukuman al-Quran pada masa yang sama,
> menyediakan
> tapak yang luas kepada fitnah orang yang akan
> mengatakan UMNO
> menolak hukum Al-Quran. Astaghfirullah...
>
> Kita perlu menyatakan kesanggupan melaksanakan hukum
> Al-Quran
> terlebih dahulu. Masalah memang ada dan sama-samalah
> kita cari
> penyelesaiannya. Ingatlah firman Allah yang
> bermaksud.Barangsiapa
> yang tidak menghukum dengan hukuman yang Allah Taala
> turunkan, 
> mereka itu adalah orang kafir. (Al-Maidah, 5:44)
> zalim. (Al-Maidah,
> 5:45) fasik. (Al-Maidah, 5:47)
>
> Nau'zubilllah...
>  
>
>
>
> -------------------------- eGroups Sponsor
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
>
>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one Place.
http://shopping.yahoo.com/

eGroups Sponsor

To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]




Kirim email ke