*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dah dengar perbih ker ucapan beliau itu,,janganlah dengaq sekerat aje 
,,itulah jadinya kalau dah ambil ayat tu sekerat ,,ayat nie sekerat..


>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: 'Harun Aminurrashid' <[EMAIL PROTECTED]>, "'[EMAIL PROTECTED]'" 
><[EMAIL PROTECTED]>, 'mat jentol'  <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: 'Ahmad Albakree Mohd Razalli' <[EMAIL PROTECTED]>, 'Ahmad Shariman 
>Mohamed Garip' <[EMAIL PROTECTED]>, "'[EMAIL PROTECTED]'" 
><[EMAIL PROTECTED]>, 'Hasni Abu'  <[EMAIL PROTECTED]>, 'Aminuddin 
>Alias' <[EMAIL PROTECTED]>, "'[EMAIL PROTECTED]'" 
><[EMAIL PROTECTED]>, "'[EMAIL PROTECTED]'" 
><[EMAIL PROTECTED]>, 'Suhardy'  <[EMAIL PROTECTED]>, 'Fid' 
><[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: FW: H-Net* AMANAT HAJI MAHATHIR - dipetik dari laman Minda Rakyat
>Date: Fri, 30 Mar 2001 14:37:14 +0800
>
>Assalamualaikum wbt,
>
>Terlupa nak tambah, bercakap pasal amalan bercukur ni, dalam Surah
>Al-Baqarah pun ada menyebut:
>
>[2.196] Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka
>sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika 
>kamu
>sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang
>mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk 
>bertahallul),
>sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa
>di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya 
>(lalu
>ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah.
>
>Jadi mana Mahathir dapat idea yang zaman Nabi tak ada pisau cukur atau alat
>untuk bercukur???
>Dan tak ada pulak ulamak-ulamak berkepentingan spt Hamid Othman, Fadhil
>Hanafi, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin yang buat teguran atau komen bila
>Mahathir dok hina sunnah Nabi...!!!
>Dia orang ni agaknya jenis tak ada ... kot!!!
>Tak gitu Bro Shah, Mat Jentol???
>
>-----Original Message-----
>From: Hassan, Haslim
>Sent: Friday, March 30, 2001 12:07 PM
>To: 'Harun Aminurrashid'; [EMAIL PROTECTED]
>Cc: 'Ahmad Albakree Mohd Razalli'; 'Ahmad Shariman Mohamed Garip';
>'[EMAIL PROTECTED]'; 'Hasni Abu'
>Subject: RE: H-Net* AMANAT HAJI MAHATHIR - dipetik dari laman Minda
>Rakyat
>
>
>Assalamualaikum wbt,
>
>Untuk point # 5, yang cukup mengharukan/menggelikan hati ialah Mahathir
>kalau tak silap sudah 2 kali mengerjakan haji. Dan didalam ibadat haji, ada
>disunatkan bercukur kepala bagi lelaki ketika bertahlul.
>Dan apabila ada hukum sunat, ini bermakna ianya adalah antara amalan yang
>diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
>Jadi sudah tentu sudah ada alat untuk mencukur sejak zaman Rasulullah 
>s.a.w.
>lagi.
>Olehkerana sudah alat untuk mencukur pada zaman Rasulullah s.a.w., maka
>sudah tentulah amalan membela janggut adalah merupakan sunnahnya, kerana
>Rasulullah s.a.w boleh bercukur kalau baginda mahu...
>
>Sebijak-bijak Mahathir ni, benda yang semudah ini dalam bab agama pun 
>tampak
>sangat kejahilan beliau...
>begitulah mentaliti pm kita terhadap agama...
>
>Wassalam.
>-----Original Message-----
>From: Harun Aminurrashid [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Friday, March 30, 2001 2:18 AM
>To: hizbiku hisbi
>Subject: H-Net* AMANAT HAJI MAHATHIR - dipetik dari laman Minda Rakyat
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>AMANAT HAJI MAHATHIR - dipetik dari laman Minda Rakyat
>
>Sekarang saya nukilkan beberapa perkara yang diucap
>dan dilakukan oleh Mahathir , yang sepatutnya diambil
>tindakan tegas oleh JAKIM, IKIM  serta Majlis Fatwa
>Kebangsaan . Sebelum menyuruh Tuan Guru Haji Hadi
>menarik balik amanat beliau, Mahathir sepatutnya
>menarik balik segala tindakan beliau yang jelas
>bertentangan dengan ISLAM. Antaranya ialah :-
>
>1. Dalam kebanyakan ucapan nama Allah yang suci
>digantikan oleh Mahathir Hanya dengan panggilan TUHAN
>sahaja.
>
>2. Mahathir pernah mencadangkan agar Al~Quran ditafsir
>semula mengikut kesesuaian masakini. Bagi Mahahtir,
>Islam adalah penghalang utama untuk menrealisasikan
>wawasan sekularnya yang penuh kemungkaran..
>
>3. Mahathir menyokong kumpulan antihadis, tidak
>mengambil tindakan ke atas Kasim Ahmad (yang
>terang-terang menolak hadis ) malah  memberi bantuan
>pula kepada Kasim Ahmad.Kasim Ahmad bebas menulis
>diakhbar-akhbar sambil memasukan jarum anti hadisnya.
>
>4. Memecat  kemudian menyelar mufti yang mengeluarkan
>fatwa yang  tidak disenangi  olehnya semata-mata
>kerana tidak mahu melihat bahawa seolah-olah Islam ada
>kuasa dalam negara yang didakwanya negara Islam ini !
>
>5. Sanggup menghina dan menjadikan sunnah Rasulullah
>SAW sebagai bahan jenaka . Cercaan ke atas amalan
>janggut Rasulullah adalah manifestasi kebencian pada
>cara hidup Rasulullah SAW yang dianggap kolot oleh
>Mahathir. Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir
>berkata ? Siapa tau  janggut Nabi macam mana?.siapa
>biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak
>tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul
>ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada
>kaaa?dia bukan ada ?Gillette??zaman Nabi ada Gillette
>ka..Cakap (menyuruh hadirin cakap) ?..Pisau cukur pun
>tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia
>(Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta?bukan nak
>dapat air yang banyak?padang pasir?. Macam-macam lagi
>tafsiran diberi untuk menidakkan amalan  Rasulullah
>SAW. ? Barangsiapa tidak suka pada sunnah
>kelakuanku,dia bukanlah dari kalangan umatku ? ~ Hadis
>
>6. Mahathir telah menafsir larangan Allah jangan
>membazir dengan tafsirannya sendiri. Mengikut tafsiran
>Mahathir,  jika mampu berbelanja sebanyakmana pun
>dikira tidak membazir.Sedangkan Rasulullah mengajar,
>walaupun di lautan jangan menggunakan air lebih dari
>keperluan. Ini semata-mata untuk mempertahankan
>keborosannya membina Mahligainya di Putrajaya dengan
>kos RM  +200 juta serta projek pembaziran yang lain.
>
>7. Mahathir sanggup menghina para ulamak. Seperti
>Dato?Ustaz Nik Aziz,Dato?Ismail Kamus , Dato? Harun
>Din , Dato?Ishak Baharom dan ulamak-ulamak yang
>sependirian dengan mereka, yakni ulamak berani
>menyatakan yang mana haq dan yang mana batil. Dalam
>siri ucapannya apa yang tidak dikata dan dicercanya
>pada para ulamak .
>
>8. Menyalahkan faktor agama sebagai sebab kemunduran
>pelajar Melayu. Memomokan agama sebagai asbab
>kemunduran adalah tektik halus  yang akan menyebabkan
>golongan yang lemah daya kritis menganggap nya betul
>dan ibu bapa akan menghalang anak-anak mereka
>mendekati agama.
>
>9. Mahathir seolah-olah merancang untuk menghapuskan
>SEMUA gerakan Islam di Malaysia. Dulu Darul Arqam,
>kini PAS dan Tabligh dalam senarai menunggu ( Maklumat
>ini didapati dari SB ) untuk dihancurkan. Nama-nama
>Islam pada persatuan, pertubuhan akan dimansuhkan. (
>Gagal dilakukan setelah tidak diluluskan oleh
>Mesyuarat Raja-Raja baru-baru ini.)
>
>10. Sebagai pemimpin tertinggi UMNO dan Kerajaan ,
>Mahathir telah membiarkan keMURTADan berlaku dengan
>berleluasa dan menolak pula usul dibincangkan di
>Parlimen. Ingat tuan-tuan dengan sedihnya dimaklumkan
>di Wilayah Persekutuan sahaja 30,000 permohonan tukar
>agama telah di hantar ke JAWI. Bagaimana pula bilangan
>yang terus dengan nama Islam tetapi beragama Kristian
>?
>
>11. Kilang arak Guiness dan Anchor semakin besar dan
>canggih dibiarkan di Sungai Way. Terdapat satu gambar
>dalam majalah asing FEER (Far Eastern Economic Review,
>Mahathir sedang melagakan gelas arak  dengan seorang
>pemimpin Jepun)
>
>12. Pusat-pusat judi berkembang rancak. Salah seorang
>ahli Korporat Islam Shamsuddin,kroni Mahathir telah
>dengan bangganya merayakan kejayaannya memperolehi
>lesen Judi.Pengikut setia Mahathir , Tun Hanif Omar
>pula berkata beliau  tidak berjumpa pun ayat
>mengharamkan judi dalam  Al~Quran. Sekarang tersiar
>pula di media,  KWSP pula melabur dalam banyak
>syarikat judi terutamanya Genting Berhad yang
>mengusahakan pelancongan perjudian terbesar di
>Malaysia.
>
>13. Membuang perkataan Agama Islam dalam Kad
>Pengenalan Baru. Tidakkah tuan-tuan perasankah
>tuan-tuan kini dalam kad pengenalan baru tidak
>tercatit lagi apa agama pemegangnya ?
>
>14. Mahathir terang-terang telah menghina amalan
>wanita menutup aurat. ( Sebab tu Siti Hasmah Tak tutup
>Aurat !!!!! ) . Menutup aurat bagi Mahathir adalah
>tidak sesuai sebab Malaysia sudah maju dan tidak
>berdebu sebagaimana negara Arab. Bukanlah fitnah jika
>dikatakan isteri dan anak perempuan Mahathir sendiri
>tidak menutup aurat. Sedangkan permaisuri Agong dan
>Sultan Brunei pun memakai tudung !
>
>15. Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir telah
>menyokong usul PBB untuk Amerika menyerang dan
>membunuh rakyat Islam di Iraq. Tidakkah Mahathir ada
>perasaan belas kasihan pada saudara Islam Iraq
>terutamanya kanak-kanak dan kaum wanita yang terbunuh
>hasil serangan tersebut ? Kes pembunuhan Ustaz Ibrahim
>Libya (MEMALI) dan pengikutnya. Kini Dato? Seri Anwar
>Ibrahim pula menjadi mangsa keganasan Mahathir. Hanya
>binatang ganas seperti harimau dan singa sahaja yang
>bersifat membunuh untuk kepentingan diri.
>
>16. Mahathir adalah pemimpin Malaysia yang pertama
>menjalin hubungan yang tersangat rapat dengan pihak
>Yahudi, Buktinya ialah : a. Penasihat Kewangan
>Kerajaan kini ialah dari syarikat Solomon bangsa
>Yahudi
>b. Pengiklan Pilihanraya yang lepas-lepas  adalah
>syarikat Sactchi & Sactchi c. Terdapat laporan dalam
>Majalah antarabangsa Tun Daim telah membeli tanah
>rakyat Palestin untuk dijual kepada Pihak Yahudi,
>Israel. d. Kerajaan Malaysia telah menjemput pasukan
>kriket Israel ke Malaysia. e. Mahathir telah membawa
>pelajar Israel masuk melawat ke Pusat Islam secara
>rahsia. Siapa Mahathir ini sebenarnya? f. Di New York
>Mahathir membuat pertemuan sulit dengan Henry
>Kissinger.
>
>17. Mengapakah Mahathir mempertahankan dan menghalang
>pendakwaan perogolan budak bawah umur oleh Rahim Tambi
>Chik?. Sedangkan jelas terbukti hasil siasatan polis
>kesalahan Rahim. Mahathir bukanlah seorang yang
>mencegah kemungkaran. Juga menghalang Mahkamah
>mendakwa Rafidah Aziz dalam kes rasuah melibatkan
>menantunya, walhal sudah ada prima facie yang jelas
>membuktikan Rafidah terlibat dalam skandal tersebut.
>Juga dalam Kes Perwaja , sudah terlalu lama siasatan
>dilakukan , akhirnya perlu merujuk kepada Swizerland,
>yang sudah pasti akhirnya mereka-mereka yang terlibat
>dalam kes ini akan bebas sebebasnya menikmati hasil
>wang rakyat berbillio-bilion ringgit.
>
>18. Mahathir mengutuk ulamak yang berpolitik . Ini
>bermakna Yusof Noor, Wan Mokhtar, Hamid Othman,
>Nakhaei bukanlah ulamak. Sebabnya ? mereka boleh
>berpolitik. Mahathir tidak mengiktiraf ulamak UMNO
>sendiri.
>
>19. Mahathir telah cuba sedaya upaya berusaha agar
>hari cuti pada hari Jumaat dihapuskan. Kalau boleh
>satu Malaysia biarlah menjadikan Ahad sebagai cuti
>umum. Bukankah hari Jumaat hari besar orang Islam?
>Bukankah hari Sabtu hari besar orang Yahudi? Bukankah
>hari Ahad hari besar orang Nasara? Habis kenapa
>Mahathir  hendak  menukar dari hari Jumaat ke hari
>Ahad ?
>
>20. Usaha kerajaan Mahathir hendak mengambil alih
>Sekolah Agama Rakyat di Kelantan Tidak lain adalah
>usaha untuk mensekularkan sekolah tersebut yang telah
>melahirkan para pelajar berjiwa Islam. Generasi
>berjiwa Islam adalah berbahaya pada Mahathir dan jiwa
>sekularnya.
>
>21. Kerajaan Mahathir telah  pun melupuskan pelajaran
>tamadun Islam di Pusat-pusat pengajian tinggi.
>Pengkorporatan IPT adalah salah satu usaha serampang
>beberapa mata yang antaranya menyembelih Pelajaran
>Tamadun Islam yang telah banyak membuka minda para
>pelajarnya tentang keagungan dan kesyumulan Islam.
>
>22. Mahathir pernah dengan selamba menyamakan ucapan
>Assalamualaikum dengan ucapan selamat pagi. Ianya
>tidak lain agar budaya hidup  Islam dihapuskan dalam
>amalan seharian umat Islam. Secara halusnya Mahathir
>tidak mahu ucapan salam disebarluaskan kerana itu
>budaya Islam yang tidak disukainya.
>
>23. Mahathirlah manusianya yang mengugut kerajaan
>Kelantan yang telah bersiap sedia untuk mentaati Allah
>dengan melaksanakan hukum hudud. Malah hukum hudud
>dipersendakan. Sanggup Mahathir mempersendakan
>perintah Allah. ? Kononnya kalau nak makan sup tangan
>pergilah ke Kelantan Jika hukum hudud dijalankan
>Malaysia akan penuh dengan manusia cacat anggota ?
>
>24. Kenapakah Mahathir melakukan perundangan ? double
>standard? dalam kes Anwar   Ibrahim? Mahathir telah
>menghukum Anwar sebelum Anwar masuk Mahkamah.
>Seterusnya Anwar di fitnah sejijik-jijiknya dalam
>media masa. Hingga kini tiada bukti yang pernah
>dikatakan Mahathir sebagai bukti kukuh    itu.
>Sedangkan dalam kes Rahim tambi Cik, Mahathir berkata:
>? Dia tidak   bersalah sehingga dibuktikan bersalah !?
>Fitnah adalah mainan  hidupnya.
>
>25. Mahathir secara terbuka dipentas antarabangsa
>memomokan imej Islam pada PAS untuk meraih pertolongan
>puak Yahudi. Mahathir telah memeberi kata dua pada
>puak Yahudi. ? Jika anda tidak mahu ujud lagi sebuah
>negara Islam, bantu saya memenangi pilihanraya nanti?
>
>26. Senarai ini akan lebih berjela-jela jika Mahathir
>terus terus memerintah Malaysia. Mahathir akan lebih
>ganas terhadap Islam selepas kemenangannya kerana
>sarung tangan berkuku besi bersalut arseniknya kini
>disarung pula oleh Yahudi. Sabda Rasulullah SAW: ?
>Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menzalimi yang
>yang dizalimi? . Sahabat bertanya : Bagaimana menolong
>yang menzalimi Ya Rasulullah? Jawab baginda: Cegah dia
>dari menzalimi. ?
>
>Justeru itu saya sebagai pemerhati politik yang
>dulunya cukup fanatik dengan UMNO , sekarang sudah
>jelas akan terus memberi sokongan saya kepada PAS
>kerana saya yakin perjuangan PAS yang bersandarkan
>Al-Qur?an dan Sunnah Rasullullah SAW akan membawa
>kejayaan suatu hari nanti.
>
>
>=====
>Harun Aminurrashid:
>DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
>http://personal.mail.yahoo.com/?.refer=text
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mat jentol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke