*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Assalamualaikum,

Disertakan surat pembaca nukilan seorang rakan kepada
Berita Harian.. tapi tak keluar pun.. jadi saya kongsi
kat sini... tepuk dada tanya iman.

From: Rahim & Ros
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Kemana arah tujuan dasar pendidikan Negara


Saudara Noor Azam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada
saudara kerana kegigihan saudara menulis. Saya adalah
diantara peminat rauangan saudara dan saya belum
pernah gagal membaca rencana saudara setiap hujung
minggu sejak dari mula lagi. Ada beberapa sebab saya
gemar ruangan tersebut diantaranya ialah kerana saya
ingin tahu bagaimana permikiran saudara tentang
isu-isu semasa dan bagaimana cara mengatasinya, saya
dapati saudara ikhlas menulis without fear or favour
berbeza dengan penulis yang lain dimana mereka lebih
mementingkan sesuap nasi, dan menulis untuk hidup atau
kepentingan kedudukan mereka, menulis untuk pemerintah
dan bukan untuk kebaikan masyarakat Malaysia .

Saya amat terperanjat apabila saudara menulis bahawa
Pengarah IKIM menyatakan Ulama tidak boleh babitkan
diri dengan pemerintahan atau pentabiran. Sekiranya
ianya benar maka amat malang sekali kerana ia
melambangkan permikiran yang jumud atau pemikiran
masih dijajah serta menjelaskan lagi kegagalan sistem
pendidikan dan sistem kepercayaan seorang Islam.
Apabila penjajah datang kesesebuah negara, kita dapati
tujuan mereka ialah untuk menjajah pemikiran rakyat
setempat. Cara yang paling mudah ialah dengan sistem
pendidikan mereka, maka tertubuhlah sekolah- sekolah
seperti Convent dan St Mary untuk pelajar perempuan
manakala St John, St Luis , St George, St Micheal yang
banyak disetiap bandar-bandar besar. Ketika itu timbul
pergolakan antara orang melayu yang menghantar anak ke
sekolah Christian dan orang melayu di sekolah Ugama.
Benih yang ditaman oleh British pokoknya subur kerana
dibaja oleh wang kekayaan Tanah Melayu. Sesiapa yang
kisah untuk menghantar anak ke Sekolah Pondok atau
sekolah Ugama, yang teruk lagi buruk? Setelah penjajah
keluar, negara diperintah dan dijajah pula oleh
peribumi atau pendatang yang mencurigai Islam,
menghina Islam.Golongan yang menentang Islam dan
rakyat bukan lagi penjajah tetapi peminpin negara yang
kononnya berbangsa Melayu dan mengakui menganut Islam.

Maka terkeluarlah kata-kata keramat yang memecahkan
belah orang Melayu dan memecahkan orang Islam dibumi
sendiri . Terlajak perahu boleh di undur, terlajak
kata buruk padahnya. Di bawah ini saya lampirkan
kata-kata pemimpin negara yang gagal menghayati ajaran
Islam.

1. MEREKA MENGHINA HUKUM ALLAH

Terlalu banyak kenyataan pemimpin negara yang telah
dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau
syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja mereka
enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt.
itu sebagai primitif, kolot, dan akan merugikan umat
Islam. Secara tidak langsung mereka seolah-olah
mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam
memutuskan hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh
Allah swt di dalam al-Quran. Sikap ini bukan sahaja
berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan
membawa mereka keluar dari agama Islam.


Antara kenyataan mereka:

   1.. 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.
(Mahathir: 3/3/94)
   2.. 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada
penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya
ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini
sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam
akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Mahathir: 14/7/92)
   3.. 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam
sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu
bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya
sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat
berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)
   4.. 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri
yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum
hudud'. (Mahathir: 1994)
   5.. 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana
masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'.
(Mahathir:14/8/94)
   6.. 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar
mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac,
Nilam Puri).
   7.. 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang
Islam dilaksanakan'. (Najib: 20/4/93)
   8.. 'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah
Ahmad Badawi: 13/11/99)

Percanggahan dengan Al-Quran

   1.. "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang
yang kafir" (al-Maidah: 44)
   b.. "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang
yang zalim" (al-Maidah:45)
   c.. "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang
yang fasiq" (al-Maidah:47)
   d.. "Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran
dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang
sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya), maka
putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah
turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang
kepadamu". (al-Maidah:48)
   e.. "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di
antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah
diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari
hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)
   f.. "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka
kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari
hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?"
(al-Maidah:50)
   g.. "Menetapkan hukuman itu hanyalah hak Allah
swt." (al-An'am:57)
   h.. "Celupan Allah (yang lebih baik), siapakah
yang lebih baik dari celupan Allah?" (al-Baqarah:138)
   i.. "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya)
tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian
mereka tidak merasakan dalam hati mereka suatu
keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan
mereka menerima dengan sepenuhnya" (al-Nisa':65)
   j.. "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min
dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya
menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat,
sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)
Ekoran dari penolakan dan penghinaan pemimpin negara
terhadap pelaksanaan hukum Allah, maka telah
menjadikan mereka ini di kalangan manusia yang hanya
beriman kepada sebahagian daripada al-Quran dan
menolak sebahagian yang lain. Sedangkan apa sahaja
yang diturunkan oleh Allah swt dan dari Sunnah Rasul
s.a.w semuanya adalah WAJIB bagi setiap umat Islam
melaksanakannya tanpa memilih mengikut selera
masing-masing.

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Kitab
dan engkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah
balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu
melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia dan pada
hari Qiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang
sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu
perlakukan"

(Mafhum al-Quran, al-Baqrah:85)

2. PEMIMPIN NEGARA MENOLAK HADITH

Selain dari secara terang-terangan menolak perintah
Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an, Mahathir
selaku pemimpin tertinggi negara juga telah menerapkan
fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh
sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad. Walaupun Majlis
Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith
Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah
mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada
sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran
beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan
rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku
'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat
samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk
terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan
keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan
Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.

Mahathir kata:

   1.. 'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis,
Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji
300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada
hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak
disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi
yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan
bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak
daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih
dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih,
tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa
bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam
lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi
Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan
manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak
harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah
hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau
tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis
ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan
bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
Rumusan

   1.. Mahathir meragui hadith-hadith yang
dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan
mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang
sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak
mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya
adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat
seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud
menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam.
Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah
belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang
berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul
golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran
semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad
dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
   2.. Mahathir percaya bahawa kerana berpegang
kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini
berpecah belah.
Nabi kata:

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu
berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak
akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan
Sunnahku"

(Maksud Hadith)

Para ulama' muktabar sejak zaman berzaman telah
sepakat ( ijma') memutuskan iaitu WAJIB bagi umat
Islam berpegang kepada al-Quran dan Hadith. Hadith
yang dimaksudkan ialah hadith sahih. Ada enam kumpulan
hadith yang digelar 'Sihah Sittah', iaitu:
1.Bukhari;
2.Muslim;
3.Tirmizi;
4.IbnMajah;
5.AbuDawud;
6.An-Nasai.
Sayugia diingatkan bahawa mereka yang menol ak atau
meragui hadith telah rosak Iman dan Islam mereka dan
selama mereka tidak bertaubat, mereka ini berada dalam
kemurkaan Allah dan diakhirat kelak akan dicampakkan
ke dalam neraka.

3. MEREKA HINA SUNNAH NABI BERJANGGUT

Mahathir kata:

   1.. "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa
tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada
pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada
yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak
jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut
maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau.
Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi)
(menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?
Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke,
tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah
macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan
sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di)
padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup
Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
   2.. "Kenapakah ada antara kita yang lebih suka
kepada simbol-simbol Islam seperti pakaian dan janggut
dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang
lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan dan
pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997,
PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)
4. MEREKA MENGHINA PERINTAH MENUTUP AURAT

Mahathir kata:

   1.. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita
tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama
Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997).
   2.. "Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak
- tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah
(ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung
kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad,
Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
   3.. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman
Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat
sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada
kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan
antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir
Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung
UMNO).
   4.. "Yang salah ialah kita kerana mengutamakan
penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu
seks yang merupakan tujuan utama ajaran
Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC,
Perhimpunan Agung UMNO).
   5.. "Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang
sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak
daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang
melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa
lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan
orang tua juga mesti menutup mereka. Dan jangan kita
lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah
seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala.
Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala
dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup
kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad:
5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
ALlah kata (firman):

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka....

(Mafhum al-Qur'an: An-Nuur:31)

5.MEREKA HINA DAN PECAT ULAMA'

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata
pendirian sebenar pemimpin negara, khususnya Mahathir
terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun
ulama' kini.

Mahathir kata:

   1.. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat
Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat
persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai
ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa
hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991,
Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
   2.. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang
Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan
jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8
Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
   3.. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh
guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa?
(Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung
UMNO, PWTC).
   4.. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil
mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir
Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
   5.. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang
perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya
tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya
menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik.
Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989,
Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
   6.. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca
khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup
Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
   7.. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi
mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan
mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu
orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti
sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk
persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak
pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan
nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak
kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan
bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi
waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir
Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan,
1997).
   8.. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom)
raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju
dengan dia. I think you'd better take action. Call him
up dan tell him that he has breached the government
punya regulations that he must be terminated dan kita
tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai
kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa
tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad,
Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

   9.. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari
ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia
boleh jampi on mass production punya system, letak air
dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit
pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia
pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah
saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa,
saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi
lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada
orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup
Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):

   a.. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di
kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28) Nabi kata
(bersabda):

   a.. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
   b.. "Ulama' itu pelita-pelita bumi,
pengganti-pengganti Nabi"
   c.. "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas
segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas),
maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan
perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya
kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud
dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang
ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang
dilakukan oleh kerajaan maka ramai para ulama' yang
mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat
Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan yang
memerintah hari ini, antaranya ialah:-

   1.. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas
Mufti Selangor)
   2.. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau
Pinang)
   3.. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas
Mufti Sabah)
   4.. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa
Perlis / bekas pensyarah UKM)
   5.. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah
Universiti Brunei Darussalam)
   6.. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
   7.. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
   8.. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid
Negara)
   9.. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri
Shah Alam)
   10.. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang
masyhur dari Kelantan)
   11.. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas
pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
   12.. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung
Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama',
pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara
yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan
kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir
dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh
dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha
Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat
mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam
diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan

6. MEREKA BELA MAKSIAT TERUTAMA RATU CANTIK



Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim
Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town),
dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai
pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan
di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya
13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir
yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun
mengulas:

   1.. "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke
bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga
mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang
dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita
memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu
menggunakan kuasa".(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia,
19 Julai)
   2.. "Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan
yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan
tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini
pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan
mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad"
(Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato'
Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju
dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam
pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)

Apabila pemimpin tidak memahami ugama, maka
kakitangan kerajaan dan rakyat tentunya lebih teruk.
Masing-masing berlumba-lumbalah mengaut kekayaan tanpa
mengira halal atau haram. Sikap indualistik dan
materialistik bangsa yang tidak faham Islam amat
ketara sekali. Orang melayu menindas bangsa sendiri
kerana tamak dan gila pangkat. Itulah yang di asuh dan
ditaman oleh UMNO. Golongan ini lupa kepada kaum
kerabat mereka apalagi bangsa mereka. Kekuasaan di
gunakn untuk mengumpul harta dan kepentingan sendiri
dengan kereta mewah dan rumah yang mewah di Bukit-
Bukit Damansara dan Malawati atau mahligai yang beribu
juta di Putra Jaya atau membeli rumah diluar negara
Austrialia atau di London.

Jika bekas Ketua Polis Negara boleh menerajui
perusahan Judi terbesar dinegara mengapa disalahkan
anak ribuan buahnya menerima rasuah. Jika bekas
Kementerian Pendidikan mempuyai Universiti dan Kolej
Swasta apa salahnya Guru sekolah membuka pusat tuition
serta yang lebih pentingkan wang dari mengajar
bersungguh di sekolah.

Isu koata kemasukkan pelajar bumiputra ke Universit
ialah secebis dari masaalah pendidikan yang gagal dari
sekolah rendah lagi. Sistem tersebut telah berjaya
melahirkan ramai bumiputra yang berjudi, minum arak,
menagih dadah dan pembunuh, penzina dan bunuh anak
yang baru lahir atau membuang ditong -tong sampah,
semua ini ialah lulusan sekolah- sekolah kita setelah
11 tahun mereka dididik disekolah dari darjah satu
hingga ketingkatan 5.

Ini lah perjuangan Umno yang dirosakkan oleh Dr
Mahathir selama 20 tahun, akhirnya menyerah kalah
dengan moral yang hina yang di anutinya serta ahlinya
yang rasuah dan gila pangkat. Di manakah
pemimpin-pemimpin yang di lahirkan oleh Dr Mahathir
yang boleh dibangga oleh rakyat setelah beliau
menfitnah dan menjatuhkan timbalannya sendiri dan
menghumban kedalam penjara. Umno yang terlalu
mementingkan kekayaan 30% ekuti bumiputra tetapi
kenapa masih gagal setelah memerintah selama 43 tahun
?

Aids telah merosakkan seluruh badan UMNO oleh itu
bukan kakinya atau tangannya yang mesti dipotong
tetapi kepalanya wajib diganti atau di tanam agar
penyakit tidak terus menjangkit.

Renungilah peringatan Allah ini

Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat dan pencela,
yang mengumpul harta dan membilang-bilangnya. Dia
menyangka bahawa hartanya itu akan memeliharanya.
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya ia akan di humban ke
Huthanmah iaitu api neraka yang dinyalakan, yang
menjulang kearah segala api itu. Sesungguhnya neraka
itu atas mereka akan di kunci erat..

( Al Humazah )

Apakah pekerjaan mengumpul harta benda itu di sangka
dapat memelihara diri sesorang itu dari sakit dan hari
tua, dari mati ataupun dari azab siksa neraka, Allah
mengatakan mereka ini akan dihumban keneraka Huthamah.

Meminjam kata-kata Dr Hamka dalam tafsir Al Azhar
apabila menghurai ayat di atas "Kadang-kadang orang
yang seperti ini tidak keberatan mengurbankan agamanya
, tanah airnya atau kesopanan kaum asalnya , asalkan
ia dapat wang yang akan dikumpulkan itu. Hati itu
sangat membatu sehingga tidak ada perasaan halus lagi.
Jika di salai, disangai atau disula dengan api laksana
mengelabu, tidak juga lebih dari patut."

Panduan yang diturun Allah sebagaimana di dalam Al
Quran bukan sekadar untuk di tilawahkan setiap tahun
tetapi ialah untuk diamalkan demi membina Masyarakat
seperti yang dilakukan oleh para nabi dan sahabah.
Sejarah telah terbukti hanya dalam tempuh yang singkat
ia itu kurang dari 23tahun menerima tarbiah
Rasullullah s.a.w , Saidina Omar telah berjaya menawan
Rome dan Parsi bukan untuk mengaut kekayaan, tetapi
untuk mensyariatkan hukum Allah di muka bumi ini. Omar
yang lahirnya seorang jahiliah yang membunuh anaknya
hidup-hidup berjaya di tarbiahkan oleh Rasullullah
s.a.w menjadi manusia yang Agong.

Saya harap dapat saudara teruskan perjuangan saudara
melalui menulis untuk membuka mata dan minda pemimpin
yang telah hilang arah panduan menjadi musuh kepada
rakyat. Kita patut memberi tumpuan yang lebih kepada
pendidikan Islam mahupun kepada pelajar sekolah atau
pelajar Universiti apalagi untuk kita yang ingin
membimbing masyarakat. Agak jangal sekiranya seorang
penulis yang berugama Islam mengakui beliau kurang
fasih tentang Ilmu Islam dan sejarah Islam. Amat
memalukan sekiranya masih ada pemimpin Islam melakukan
kelakuan yang tidak senonoh di kalayak ramai seperti
apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Pahang ,
Datok Adnan Yaakob.

Sekolah Ugama yang telah lama 43 tahun diabaikan oleh
pemerintah perlu dibantu dan di tambah dengan
pendidikan sains dan teknologi. Kita perlu sama -sama
melahirkan generasi yang asas Islam mereka kuat
(strong foundation) barulah kita tambah dengan ilmu
sain dan teknologi dan mengambil contoh dari para
rasul dan sahabat, bukankah mereka diumpamakan sebagai
role model dan bintang-bintang dilangit untuk pedoman
kita.

Wassalam.

fattah 13/5




Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke