*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oleh kerana UMNO dan ulamak-ulamaknya tidak menghayati Islam dalam kehidupan 
sehari-hari mereka, malah menghalang orang nak belajar agama dan nak beri kuliah ilmu 
agam di masjid, surau, pejabat-pejabat kerajaan, meng"gam" penceramah-penceramah yang 
tidak tunduk pada kehendak dan selera BN, maka apabila UMNO kemukakan Konsep Model 
Negara mereka baru-baru ini, mereka menganggap bahwa orang bukan Islam adalah kafir 
zimmi, iaitu orang kafir yang bersetuju duduk dibawah pemerintahan Islam dan membayar 
cukai dan mereka mendapat hak dan akan dilindungi oleh UMNO-BN. Ini bermakna dalam 
kepala orang UMNO, orang bukan Islam dalam negara ini adalah rakyat kelas kedua.

Setelah dikomen dan dikritik oleh banyak pihak, maka UMNO menarik balik Buku Konsep 
Negara Islam UMNO dari orang ramai.

Sebelum itu, apabila ada pemberita bertanya kepada Presiden PAS tentang rakyat dalam 
negara Islam, Presiden PAS mengatakan, semua rakyat sama sahaja, tidak ada 1st classs 
atau 2nd class atau 3rd class. PAS tidak melabelkan orang bukan Islam sebagai kafir 
zimmi kerana menurut penelitian PAS, konsep kafir zimmi tidak ada dalam negara Islam 
Madinah. Konsep zimmi hanya wujud apabila sesbuah negara atau kawasan bukan Islam di 
atwan atau dijajah oleh Islam. Dalam konteks negara Malaysia, konsep zimmi tidak 
wujud, mahupun konsep kafir harbi, iaitu kafir yang menentang dan memusuhi pemerintah 
negara.

Kita percaya Konsep Negara Islam yang dikemukakan oleh PAS adalah lebih jauh baik dan 
adil dari Konsep Negara Islam UMNO. Orang bukan Islam di Malaysia seharusnya membuka 
mata dan berlapang dada dengan PAS yang lebih kontemporari dari UMNO yang sempit 
kefahaman mereka tentang Islam walaupun mereka ada Instiut Kefahaman Islam. Dan orang 
UMNO yang fanatik dan jahil agama memang tidak mahu kalah dengan ego jahil mereka. 
Biarkanlah si luncai terjun labu-labunya.

Kita harap orang bukan Islam tidak akan tertitpu dengan UMNO-BN-MCA di dalam 
pilihanraya DUN Indera Kayangan.
-- 




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke