Laporan pandangan mata langsung dari Malaysia.

Meskipun akhirnya kalah dalam pertandingan itu namun
perhatian Malaysia yang jumlah penduduk tewas sangat
kecil namun lebih besar dari Indonesia.

Seperti larangan pesta tahun baru dan menunda
pertandingan ini. Serta sumbangan (TIMBALAN) Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menerima replika cek RM 100,000 daripada Tengku
Mahkota Pahang untuk Tabung Mangsa Tsunami di Stadium
Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Tabung Mangsa Tsunami apakah artinya sama dengan
Dompet Kemanusiaan Tsunami ? Mohon pencerahan oleh
kawan-kawan kita yang kerja di Malaysia.

Salam

TAM

-----Original Message-----

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, January 05, 2005 8:40 AM
To: [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: [gulf_oil_alumni] Tsunami di Malaysia (Bukit
Jalil)

'Tsunami' di Bukit Jalil 
Oleh Zairee Zahir 

PEMAIN Indonesia meraikan kemenangan mereka selepas
menewaskan Malaysia 4-1 dalam perlawanan separuh akhir
kedua Piala Tiger 2005 di Stadium Nasional Bukit Jalil
malam tadi.
- Gambar Hassan Ismail

IBARAT dilanda ombak tsunami, Malaysia tersembam
dengan empat jaringan Indonesia di babak kedua dan
terpaksa akur dengan kehebatan lawan yang lebih layak
melangkah ke final saingan Piala Tiger, selepas tunduk
1-4 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium
Nasional Bukit Jalil semalam.  

Biarpun anak buah Bertalan Bicskei mendahului 1-0 di
akhir babak pertama, percaturan jurulatih Indonesia
Peter Withe yang menggunakan tiga penyerang di awal
babak kedua, memastikan Indonesia mengumpul agregat
selesa 5-3 walaupun terpaksa tewas 2-1 di Jakarta,
Selasa lalu.

Selepas Iham Jaya Kesuma dan Boas Salossa gagal
memecah benteng, Withe memasukkan penyerang veteran
Kurniawan Dwi Yulianto yang membuka jaringan pada
minit ke-59 diikuti Charis Yulianto (m-74), sebelum
Ilham dan Boas – dua penyerang yang digantung pada
pertemuan pertama – menambah dua gol pada minit ke-77
dan 84.

V SARAVANAN memujuk rakan yang kecewa setelah
ditewaskan Indonesia 1-4 pada perlawanan separuh akhir
kedua Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil
malam tadi.

Bicskei menyalahkan kelemahan mental anak buahnya yang
memilih untuk terus bertahan ketika mendahului yang
nyata membawa padah.

"Apa yang saya hairan, ada pemain meminta untuk
dikeluarkan ketika kedudukan menjadi getir. Sepatutnya
pemain mahu terus berada di atas padang dan memberi
tentangan," katanya.

Bicskei memilih kesebelasan utama yang sama ketika
mengejutkan Indonesia di Jakarta, Selasa lalu manakala
Withe menurunkan semula Ilham Jaya dan Boas untuk
memburu gol awal.

Malaysia membuat sepak mula dan hampir menyengat lawan
apabila sepakan bebas yang diambil ketua pasukan Rosdi
Talib dari jarak 35 meter ditanduk tinggi Khalid
Jamlus manakala hantaran lintang rendah Amri Yahyah
pada minit keempat didakap kemas penjaga gol
Indonesia, Hendro Kartiko.

Selepas lapan minit permainan yang dikuasai sepenuhnya
Malaysia, Indonesia mengintai peluang pertama untuk
menguji penjaga gol negara Syamsuri Mustafa menerusi
rembatan liar Boas dari penjuru kotak penalti.

Permainan sepanjang tempoh 10 minit nyata berjalan
pantas tetapi berbeza seperti di Senayan, Malaysia
lebih banyak menguasai permainan dan dapat
menyesuaikan diri dengan pantas untuk menyerap
serangan Indonesia yang bertekad memburu jaringan
awal.

Namun Indonesia yang lebih banyak menyerang selepas
itu dengan serangan dari sebelah kirinya menerusi Boas
dan Eli Aiboy sehingga suatu ketika arus permainan
memihak lawan yang mendapat sokongan daripada
kira-kira 10,000 penyokong.

Begitupun, dalam keghairahan Indonesia mengasak,
strategi serangan balas pantas pilihan Bicskei
menceriakan keadaan apabila hantaran jarak jauh Shukor
Adan, dikejar Khalid sambil pertahanan Indonesia
Charis terjatuh 

Khalid yang melarikan bola ke dalam kotak penalti
memperdaya seorang pertahanan lawan sebelum melepaskan
rembatan mengelirukan yang sama sekali menewaskan
Hendro pada minit ke-27.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menerima replika cek RM100,000 daripada Tengku Mahkota
Pahang untuk Tabung Mangsa Tsunami di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi.

Permainan tetap dikuasai Indonesia selepas itu tetapi
rentak permainan menjadi agak tegang dengan Indonesia
masih bermain dengan strategi menyerang dari bahagian
sayap dan Malaysia tetap berdisplin dengan corak
serangan mengejut.

Minit-minit terakhir babak pertama menggelisahkan
penyokong negara apabila Indonesia saling mengasak
tetapi benteng pertahanan negara berkubu kebal untuk
mengekalkan kedudukan satu gol memihak Malaysia pada
45 minit pertama.

"Pada waktu rehat, saya menasihatkan pemain supaya
memberi tumpuan mencari gol dan jangan mempertikai
keputusan pengadil sehingga terganggu tumpuan.

"Saya juga menukar sistem kepada menyerang dengan
memasukkan Kurniawan," kata Withe yang menambah corak
permainan Malaysia mudah dicongak.

Pertempuran kecil di antara kedua-dua penyokong
berlaku ketika babak kedua bermula tetapi tidak
dihiraukan 22 pemain. Kurniawan mengejar bola dan
merembat deras menewaskan Syamsuri ketika Khaironnisam
tersembam ketika cuba mengekang penyerang veteran itu
pada minit ke-59, empat minit selepas dimasukkan.

Indonesia terus menguasai permainan selepas itu dan
Kurniawan menggegar gawang hasil kuisan dari jarak
dekat pada minit ke-71 tetapi penjaga garisan terlebih
dulu mengangkat bendera tanda ofsaid.

Namun kubu Malaysia runtuh buat kali kedua apabila
sepakan sudut Indonesia pada minit ke-74 ditanduk
kencang Charis yang tidak dicabar dan selang tiga
minit, penyokong Malaysia tergamam apabila kedudukan
agregat memihak Indonesia 4-3 dengan jaringan ketiga
dari kuisan Ilham Jaya.

Boas melengkapkan malam derita buat Malaysia dengan
jaringan keempat yang menyentap terus semangat pemain
negara dan menggembirakan kem Indonesia yang
menterbalikkan kelebihan Malaysia di Jakarta.

Malaysia: Syamsuri Mustafa, Norhafiz Zamani Misbah,
Wan Rohaimi Ismail, Fadzli Shaari, Amri Yahyah, Liew
Kit Kong (Nor Fazly Alias), Shukor Adan, K Nantha
Kumar, Khaironisam Sahabuddin, Rosdi Talib, Khalid
Jamlus

Indonesia: Hendro Kartiko, Ismed Sofyan (Kurniawan Dwi
Yulianto), Ortizan Salossa, Charis Yulianto, Muhammad
Mauli Lessy, Boas Salossa, Eli Aiboy, Ilham Jaya
Kesuma, Ponaryo Astaman, Syamsul Bachri, Firmansyah

Pengadil: Kunsuta Chaiwat (Thailand) 



        
                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - You care about security. So do we. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail

---------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
To subscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi
Komisi Sedimentologi (FOSI) : Deddy Sebayang([EMAIL 
PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id
Komisi SDM/Pendidikan : Edy Sunardi([EMAIL PROTECTED])
Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED])
Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED])
Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]), 
Arif Zardi Dahlius([EMAIL PROTECTED])
Komisi Database Geologi : Aria A. Mulhadiono([EMAIL PROTECTED])
---------------------------------------------------------------------

Kirim email ke