OpenOffice.Org Bukan Sekadar Perisian Biasa

Artikel ini di Internet
http://hafnie.blogspot.com/2006/11/openoffice.html

OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian
pejabat (Office Suite). Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan
pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet),
paparan (slide) dan pangkalan data.

Dengan kemas kini ke versi 2, ia jauh lebih baik daripada versi
sebelum ini dengan penambahan dan pembaikan yang ketara mampu
menggantikan perisian pejabat yang lain seperti Microsoft Office.

Mengapa OpenOffice.Org Versi 2?

- Dengan Perlesenan Sumber Terbuka (Open Source
http://www.opensource.org/) yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran
dikenakan untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun,
disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad
dan tanpa perlu membuat apa-apa bayaran. Ia bukan "FreeWare" tapi satu
perisian yang bebas syarat perlesenannya.

- Ia adalah pelbagai perisian dalam satu. Semua keperluan pejabat sama
ada untuk menaip surat, menyediakan graph, menyediakan bahan-bahan
untuk slide, simpanan data dan pelbagai tujuan dokumen pejabat boleh
disediakan oleh OpenOffice.Org.

- OpenOffice.Org boleh membaca fail dalam bentuk DOC, XLS, PPT dan
fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama
atau yang terbaru. Ia juga boleh menyimpan dalam format Microsoft Office.

Ini membolehkan fail-fail DOC, XLS dan PPT dibaca dan ditukarkan
kepada format OpenOffice.org.

- OpenOffice.Org versi 2, menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian
pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org
dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data.
Schema dan format data XML yang dijanakan oleh OpenOffice.Org, adalah
dokumen terbuka yang boleh didapati di http://www.openoffice.org/ .
Perisian-perisian lain dengan mudah dibangunkan untuk membaca
fail-fail XML hasil OpenOffice.Org.

- Dengan hanya fungsi "Save As" fail-fail boleh diubah kepada format
HTML dan dijadikan laman web Internet atau Intranet. Mlah fungsi
"Export" pula membolehkan ia diubah kepada format XML untuk web.

Hasil format HTML OpenOffice.Org adalah mengikut standard dan bersih
jika dibandingkan dengan perisian yang lesen berbayar.

- Dengan OpenOffice.Org dokumen boleh disimpan dalam bentuk PDF. Ini
membolehkan dokumen dikongsikan dalam keadaan yang diinginkan antara
pengguna komputer.

- OpenOffice.Org mempunyai fungsi Macro yang bertujuan untuk
memudahkan perjalanan kerja penggunaan. Ia diperlengkapkan dengan
ciri-ciri keselamatan yang tersendiri dalam memastikan dokumen-dokumen
tidak mudah dijangkiti trojan dan perisian yang boleh merosakkan
komputer anda. Jika sebelum ini fail-fail dengan format DOC boleh
mendatangkan masalah trojan, tidak dengan fail-fail OpenOffice.Org.

Antara cara untuk menyelamatkan fail-fail DOC yang telah dijangkiti
trojan adalah dengan membuka fail-fail ini dalam OpenOffice.Org dan
kemudian menyimpan ia semula dalam format OpenOffice.Org.

- OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh
membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan
OpenOffice.Org. Cara penggunaan OpenOffice.Org tidak banyak bezanya
apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini
proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.

- Ada perisian pejabat mempunyai banyak pelbagai fungsi dan yang
pastinya pengguna perisian pejabat ini tidak menggunakan semuanya,
mungkin hanya sebahagian kecil sahaja. Yang penting dapat menaip,
menyimpan dan membuat cetakan.

Mengapa perlu bayar lebih kepada fungsi yang tidak digunakan? Mengapa
perlu bazirkan ruang cakera keras? Mengapa perlu bazirkan pengguna
memori komputer?

Matlamat OpenOffice.Org adalah memberikan perisian yang mempunyai
fungsi-fungsi memang gunakan dan membaiki ia agar ia berkualiti. Malah
matlamat OpenOffice.Org memastikan ia seragam bagi semua jenis sistem
operasi sama ada Windows, Linux, FreeBSD dan pelbagai.

Mengapa bayar lebih jika tidak digunakan? Mengapa bayar jika ada yang
percuma dengan fungsi-fungsi perlu sedia ada?

Penggunaan OpenOffice.Org boleh bermula dengan pemasangan kepada
komputer-komputer baru, malah ia boleh disekalikan dengan komputer
yang sedia ada dengan perisian pejabat yang lain.

OpenOffice.Org boleh dimuat turun di http://www.openoffice.org/

Bagi mendapatkan nota, bantuan dan latihan untuk OpenOffice.Org sila rujuk

http://www.tutorialsforopenoffice.org/

Rujukan lain

http://en.wikipedia.org/wiki/OpenOffice.org

Artikel berkaitan sebelum ini boleh dilihat di

http://hafnie.blogspot.com/

Untuk mengikuti artikel-artikel lain sila sertai senarai email terhad di

http://groups.google.com/group/hafnie atau email kepada
[EMAIL PROTECTED]

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie/harisfazillah.html

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

14 Nov 2006

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Iklan ---

Adsense Untuk Wanita
http://www.wanita.us/adsense-wanita.php






-- 
www.itcenter.or.id - Komunitas Teknologi Informasi Indonesia 
Gabung, Keluar, Mode Kirim : [EMAIL PROTECTED] 
## Jobs: itcenter.or.id/jobs ## Bursa: itcenter.or.id/bursa ##

## Jaket ITCENTER tersedia di http://shop.itcenter.or.id 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ITCENTER/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ITCENTER/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke