1 Apa i-CHARGE?
i-CHARGE merupakan suatu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem, 
iaitu, Sistem Pemantap
Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan Sistem Pengurangan Gangguan (IRS).

2Bagaimana i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya? Apakah kelebihan-kelebihan 
yang boleh
kita nikmati selepas i-CHAGRE dipasang?
Pemantap Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. 
Sistem
Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua litar 
dan kelengkapan
elektronik dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. 
Apabila kereta terpaksa
menampung muatan yang lebih, seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman 
udara, kuasa
voltan daripada sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini 
demi menggerakkan
sistem elektronik yang baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan 
kuasa voltan itu
menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan, 
membebaskan tenaga dan
menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai. Dengan itu, ia dapat 
memastikan semua
kelengkapan elektronik kereta beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE 
kedua pula tentang
Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa 
voltan bateri. Apa
yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LED (MERAH) yang direka khas pada 
papan i-CHARGE,
tanpa membuka hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu 
mengendalikannya dan
memahami keadaan bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga, Sistem 
Pengurangan
Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang 
dihasilkan oleh
komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada 
terganggu dan
berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai jenis komponen 
elektronik, seperti badan
manusia. Ia bukan saja mengandungi reseptor (seperti saraf tunjang tangan), 
reflektor (seperti sistem
saraf motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia 
gegaran) dan dihantar
kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk pemprosesan. Kemudian, 
maklumat baru
akan dihantar kembali kepada reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses 
pembetulan kesilapan.
Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak 
balas. IRS
berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta 
beroperasi dalam
keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara 
reseptor dan reflektor
dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.

3Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna?
Cara penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta 
selepas anda
memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh.

4Berapa lama jangka hayat i-CHARGE?
Biasanya, jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun, 
begitu juga dengan
ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda menggunakannya dengan cermat, 
ia boleh
bertahan lebih lama, kira-kira 10 tahun.

5Bagaimana anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi?
Secara teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak. 
Anda boleh tekan
Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu LED HIJAU masih menyala. 
Kalau ya, ini
bererti i-CHARGE berkeadaan baik. Jika lampu LED terpadam, ini juga tidak 
bererti i-CHARGE
bermasalah. Namun, kami menasihatkan anda agar memulangkannya kepada syarikat 
untuk
pemeriksaan. Jika ia masih dalam waranti, syarikat akan membaiki atau 
menggantikannya dengan
i-CHARGE yang baru secara percuma.

6Ketika anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU 
menyala, apa maksud
tanda-tanda ini?
Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua 
situasi ini
memaklumkan anda :
a) Lampu LED HIJAU menyala  : Kuasa voltan normal, bateri berkeadaan baik.
b) Lampu LED RED menyala : Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama ada ia 
perlu digantikan.

7Bila i-CHARGE mula beroperasi?
Biasanya, i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang 
untuk beberapa
saat.

8Adakah i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan?
Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada 
bateri kereta
menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal kereta saja. Apabila ia 
berhenti berfungsi,
kereta tetap akan beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan 
apa-apa kesan
kepada kereta. Sudah tentu, anda tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang 
ada pada
i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan 
membelinya
daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.

9Adakah fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih?
Biasanya, fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara 
cermat. Tapi, kami
mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk sebuah kereta, sebab 
tindakan mengalih
i-CHARGE yang berulang kali mungkin akan merosakkan suis pencucuh kereta dan 
soketnya. Jika
anda fikir i-CHARGE, suatu produk yang baik, anda harus memasang setiap 
i-CHARGE pada kereta
yang berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari sebuah kereta kepada kereta 
yang lain, kerana
tindakan ini akan menyingkatkan jangka hayatnya.

10Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan 
kemudian digunakan
semula?
Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi 
seperti keadaan
biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati 
segala
kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

11Adakah i-CHARGE selamat digunakan?
Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus 
elektrik terus (DC)
bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik. Ia hanya 
akan memudaratkan
badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti 
peralatan elektronik
rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan 
i-CHARGE tidak
perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan 
merosakkan kereta anda.

12Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?
Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan 
motosikal
tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem wayar dan 
soket suis
pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat 
khidmat nasihat
daripada syarikat.

13Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?
Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan 
ini pula dipengaruhi
oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa 
kuasa voltan
pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan 
pencawang elektrik yang
berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan 
arus aruhan daripada
bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih 
tinggi, supaya
bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu 
masalah yang akan
timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan 
menjadi 12000V), ini
bererti, perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa 
palam pencucuh
sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap 
dan membazirkan
petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia 
mengesani ada
perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa 
yang sesuai,
supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses 
pembakaran petrol yang
lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

14Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?
Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga 
daripada bateri
kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah berbanding dengan masa 
sebelum ia
dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi 
sebagai bateri
kereta yang kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik 
kereta berjalan lancar,
malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya 
memanjangkan
jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda 
memeriksa kuasa voltan
bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat 
bateri, sepertimana
kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.

15Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin 
kereta
dimatikan?
Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta 
jika ia masih
dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang tersendiri. 
Suis pencucuh akan
berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. 
Lantaran pemutusan
litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE 
hanya memerlukan kuasa
voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang 
besar. Namun, kami ingin
mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa minggu atau 
bulan, lebih baik
litar elektrik bateri diputuskan, sebab kelengkapan elektronik kereta akan 
menghauskan kuasa bateri
lebih cepat daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi 
pemilik motosikal pula,
anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang 
kecurian dan
kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih 
kecil daripada kereta,
jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik 
i-CHARGE dicabut selepas
enjin motosikal dimatikan.

16Siapa sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE?
Jangan anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta 
yang cenderung untuk
mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka. Sebenarnya, ia dihasilkan untuk 
setiap pemilik kereta,
terutamanya kereta lama atau alat-alat elektronik yang berkuasa voltan lemah. 
Namun, segala
kecacatan tersebut boleh diatasi dengan pemasangan i-CHARGE kerana ia bukan 
saja mudah
dipasang, apatah menyalurkan kuasa voltan yang stabil kepada semua alat 
elektronik supaya
berfungsi dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian 
melambung tinggi ini,
ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin anda. Jadi, belilah i-CHARGE, 
satu tindakan yang
bijak bagi anda! Selain itu,   i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua jenis 
kenderaan, misalnya
kereta peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan sebagainya tanpa mengira ia 
mengguna petrol, diesel,
petrol plumbum atau bukan plumbum.

17Apakah perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain?
i-CHARGE boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan "Sistem 
3 Dalam 1",
dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman dan menggunakan 
teknik yang
mahir dalam penghasilan produk kereta buat berpuluh-puluh tahun. Mereka juga 
sentiasa
meningkatkan teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi 
memanfaatkan para
pengguna. Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen elektronik yang 
berkualiti
tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran 
yang kuat
berbanding dengan produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium 
sebagai
pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan yang 
melampau demi
melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain itu, ia juga merupakan 
satu-satunya pemantap voltan
elektrik yang dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis 
pencucuh dalam
kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam 
petak enjin kereta
yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan 
gegaran. Pasti anda
boleh bayangkan, sama ada i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk 
lain yang
dipasang di dalam petak enjin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, 
lebih-lebih lagi di bawah
bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia?

18Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut daripada suis pencucuh 
semasa kereta
dipandu?
Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut 
akan
memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan litar 
elektrik (misalnya fius)
akan terbakar. Semasa i-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif 
akan menjadi lebih
tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk 
mengawal kestabilan
voltan yang disalurkan kepada alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda 
tiba-tiba mencabut soket
i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. Tindakan ini 
sama seperti anda
mencabut soket komputer daripada sumber arus elektrik dan menyebabkan formula 
program komputer
terganggu. Dalam hal ini, i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan 
litar elektrik supaya
keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga memberi satu tambahan fius 
untuk soket bagi setiap
pembelian i-CHARGE supaya pengguna boleh menukarnya jika kemalangan berlaku. 
Namun, anda
dinasihatkan agar menghantar i-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika 
perubahan kuasa
voltan bukan ketara sangat, i-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa 
yang cukup dan
tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada 
produk itu
i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap dinasihatkan supaya 
jangan mencabut
i-CHARGE sesuka hati ketika kereta dipandu demi menjaga jangka hayatnya.

Terima kasih
--
Inovasi Terkini Penjagaan kereta
I-charge: http://i-charge.net
Maklumat lagi sila tengok
http://niagaonline.biz/i_charge.htm

Berminat? Sms 0129250789

kami mencari rakan niaga yg berminat utk menjadi wakil kawasan anda.
(malaysia/indonesia/singapura/brunei)

wassalam

Kirim email ke