Harian Metro 08-09-2007 Laporan Othman Mamat TANJUNG PINANG (Riau, Indonesia): Ribuan, malah puluhan ribu rakyat Indonesia menjadi hamba zaman moden apabila secara sukarela atau paksa, merentasi sempadan ke Malaysia setiap tahun untuk mencari pekerjaan.
Budak (istilah hamba di Indonesia) terbabit kebanyakannya wanita dan gadis, termasuk remaja bawah umur menjadi mangsa sindiket penyeludupan yang menjadikan manusia sebagai barang dagangan. Selepas digula-gulakan dengan pelbagai janji termasuk tawaran kerja bergaji lumayan, pekerja tanpa izin terbabit dijual kepada pihak ketiga sejurus melangkah masuk ke sempadan negara jiran. Pada awalnya mereka dijanjikan pekerjaan di hotel, restoran, gedung perniagaan dan kompleks beli-belah, namun sebaik jatuh ke tangan pihak ketiga, pekerja terbabit dipaksa melakukan pelbagai kerja lain termasuk melayan nafsu lelaki hidung belang. Kegiatan orang jual orang ini didedahkan Ketua Komisi II, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Andi Anhar Chalid, kepada Harian Metro dalam pertemuan eksklusif di sini, baru-baru ini. Beliau yang bimbang kes perhambaan moden akan terus berleluasa di Indonesia, juga kecewa kerana Kepri, yang merangkumi Pekanbaru, Batam, Tanjung Pinang sehingga ke Pulau Natuna, terus menjadi pusat penampungan pekerja tanpa izin yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia. Sindiket yang mengatur perjalanan pekerja ke Malaysia melalui saluran tidak sah itu kini semakin licik menggunakan kaedah baru memperdagangkan manusia. Antaranya, mereka menghantar wanita dan gadis termasuk pelajar kolej ke Malaysia kononnya untuk menjalani latihan pekerjaan di sana. Nah, sesampai di sana, wanita dan gadis terbabit diserahkan kepada tekong yang sedia menunggu sebelum ditempatkan di pusat perniagaan, restoran, hotel dan gedung beli-belah. Secara pandangan kasar, mereka (pekerja Indonesia) memasuki Malaysia secara sah kerana memiliki pasport, namun sesampai di sana, dokumen itu dipegang tekong sebagai jaminan mereka tidak melarikan diri. Pekerja terbabit nyata tidak mempunyai permit kerja dan apabila ditahan pihak berkuasa, mereka dianggap pekerja tanpa izin dan dihantar pulang ke Indonesia, katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, di sini. Lebih merunsingkan pihaknya, kata Andi Anhar, daerah Kepri terutama Tanjung Pinang dan Batam sering dijadikan pusat persinggahan sebelum pekerja tanpa izin itu dihantar pulang ke kampung halaman mereka. Dia yang mengetuai Fraksi Partai Patriot di DPRD berkata, secara tidak disedari, langkah itu mencetuskan beberapa masalah baru kepada penduduk dan pentadbir daerah apabila pekerja yang dihantar pulang itu terpaksa melakukan kerja yang tidak sepatutnya, termasuk melacurkan diri, demi mencari sesuap nasi. Mereka tiba di sini dengan tangan kosong. Untuk pulang terus ke kampung halaman, tentu mereka malu kerana sebelum berangkat dulu, segala harta sudah dijual untuk membiayai ongkos dan penyediaan pasport. Kebanyakan korban (mangsa) perdagangan manusia ini berasal dari Pulau Jawa, Sumatera, Sulawesi dan beberapa daerah lain. Warga asal daerah ini (Kepri) sendiri tiada yang menjadi korban setakat ini, katanya. Andi Anhar berkata, pihaknya difahamkan, selain job training sebahagian mangsa perdagangan manusia atau trafiking mengikut istilah Indonesia, terutama gadis bawah umur, dijual kepada sindiket pelacuran di Malaysia. Katanya, taktik yang biasa digunakan tekong darat untuk menjerat mangsa ialah mengumpan mereka dengan peluang kerja bergaji lumayan sehingga empat angka di negara jiran. Menurutnya, sebaik berjaya memujuk mangsa, penduduk yang tertarik dengan peluang kerja itu hanya diminta menyediakan pasport manakala dokumen lain diuruskan tekong dan ejen mereka. Sebahagian korban terpaksa menjual harta benda termasuk tanah dan barang kemas untuk mendapatkan wang membiayai pembikinan pasport, manakala yang tidak mempunyai harta terpaksa meminjam daripada tetangga. Korban kemudian dibawa ke Jakarta atau Batam dan ditempatkan di penampungan (pusat transit) sementara menunggu masa yang sesuai untuk berangkat ke Malaysia dan biasanya selepas beberapa minggu atau bulan barulah mereka dibawa masuk ke negara jiran, katanya. Andi Anhar berkata, sindiket terbabit dipercayai mempunyai rangkaian di Malaysia yang menunggu ketibaan mangsa sebelum menjual mereka kepada pihak ketiga. Trafiking ini adalah akibat sistem yang tidak benar. Begitu mudah calon TKI (tenaga kerja Indonesia) mendapatkan pasport, saya percaya ada kerjasama dengan aparat (petugas) yang disogok. Dan kita juga tahu, di Malaysia juga ada permainan di kalangan aparat imigrasi (imigresen), katanya. Ditanya bilangan sebenar mangsa trafiking atau pekerja tanpa izin Indonesia di Malaysia, Andi Anhar berkata, pemerintah sendiri tidak pasti jumlahnya kerana tiada data keberangkatan mereka. --------------------------------- Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today! --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ =============================================================== Website: http://www.rantaunet.org =============================================================== UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: - Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. - Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. - Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui jalur pribadi. =============================================================== Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: https://www.google.com/accounts/NewAccount =============================================================== -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---