Original message From:""azali rahman""< ar2...@gmx.com >Date: 18 Apr 13 
10:01:33Subject: Selangor tidak lagi selamat di tangan pembangkang – PMTo: 
"azali rahman" Selangor tidak lagi selamat di tangan pembangkang – PMon April 
18, 2013 SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) 
perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri 
ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.Perdana Menteri berkata ini kerana 
Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada 
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekali gus boleh memacu negara 
menjadi sebuah negara maju pada masa depan.Beliau berkata jika BN tidak dapat 
menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan 
ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara 
maju.“Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius 
kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur ya
 ng terletak di Lembah Klang yang strategik.“60 peratus GDP (Keluaran Dalam 
Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung 
kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar,” katanya ketika 
merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam Rabu.Sehubungan itu, Najib 
mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini 
bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.Beliau berkata rakyat 
perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka 
selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat 
memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan 
inisiatif.“Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda 
setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan 
pakatan pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan 
kejayaan kita menepati janji di Pusat.“Saya beri jaminan pencapaian 
 yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat)akan kita saksikan di Selangor 
di bawah pemerintahan BN,” katanya.Najib turut mempersoal banyak janji kerajaan 
pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan 
kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan 
kepada anakanak yang dihantar ke Pusat Asuhan KanakKanak. Bernama/Mynewshub 
Dear ! Get Yourself a cool, short @in.com Email ID now!

<<attachment: "">>

<<attachment: "">>

Kirim email ke