Dr. Siddiq Fadhil adalah mantan Presiden ABIM selapas Sdr. Anwar Ibrahim memasuki UMNO. Periode kepresidenan Siddiq Fadhil telah mampu meletak dan mengekal tapak harakiah nya ABIM setanding dengan harakah Islamiah di dunia. ABIM dibawah pimpinan Siddiq Fadhil mengajak ABIM, perlahan lahan, meninggalkan fiqh harakah dan menggunakan fiqh hadarah-yang pelopori oleh Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Penganjakan paradigma dari fiqh hadarah ke fiqh hadarah membuat ABIM lebeh kedalam, kebawah dan berpendekatan civilizational dalam da'wahnya. Asas Tafsiran Maudhu'iyy nya Siddiq Fadhil selalunya kearah pendedahan dan penggunaan fiqh hadari ini. Saya difahami bahwa tafsir Maudhu'iyy juga mendapat sambutan di Indonesia. Begitu juga penggunaan fiqh Hadarah.
Walaupun di kenali sebagai pemikir dan ilmiawan islami yang bertaraf antarabangsa nampak sekali kesederhanaan dalam watak dan keperibadiannya. Melihat kesederhanaan beliau ini mengingatkan saya Pak Mohammad Natsir tokoh Masyumi yang bertaraf antarabangsa. Dr. Siddiq Fadhil juga mendapat didikan ilmiahnya dengan Prof. Dr. Syed Naquib Alatas. Beliau adalah seangkatan dengan Sdr. Anwar Ibrahim dalam menegak kebenaran dan keadilan. Dr. Siddiq Fadhil dan Sdr. Anwar Ibrahim adalah diantara ekumpulan pemuda yang bernasib baik berkenalan dan menimba ilmu dan pengalaman Pak Muhammad Natsir. Saya berterima kasih kepada Sdr. Arnoldison memposting siri Tafsir Maudhu'iyy Dr. Siddiq Fadhil ini. Arnoldison <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Siri Tafsir Maudhu'iyy BANGSA YANG HILANG DI DUNIA: PEMERIAN AL-QURAN TENTANG FAKTOR-FAKTORNYA Tidak ada jaminan sesuatu bangsa dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya jika asasnya hanya kerana mereka adalah peribumi yang menempati tanah pusaka nenek-moyang. Sudah banyak umat yang terusir dari tanahair, malah tidak sedikit yang telah hilang di dunia. Yang berhak mewarisi bumi pusaka tidak semestinya bumiputera, tetapi siapa sahaja yang salih, layak (memiliki sejumlah sifat keunggulan menurut piawai ketuhanan. Pewaris yang mendapat jaminan Tuhan adalah Al-Salihun, iaitu mereka yang menggabungkan iman dengan amal salih. Begitulah ketetapan Ilahi sejarah - kelmarin, kini dan kelak; "Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis di dalam) Lawh Al-Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang salih" (Al-Anbiya: 105). Sejarah sebagai aktualisasi sunnatu'Llah yang tidak berubah membuktikan hakikat bahawa unggul atau hancurnya sesuatu bangsa tergantung pada perilaku moral serta tingkah dan olah mereka sendiri. Penentu nasib sesuatu bangsa adalah kudrat dan iradat Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhanlah yang menyelamatkannya dan Tuhan jugalah yang meghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya apabila kebejatan mereka telah sampai ke puncaknya. Demikianlah yang terjadi kepada kaum Lut, penduduk Madyan, kaum 'Ad, dan kaum Thamud, Firaun, Qarun dan Haman. Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguruh, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Al-Ankabut: 40 Demikianlah empat jenis contoh azab yang ditimpakan Allah ke atas bangsa-bangsa yang tadinya "gagah perkasa" sehingga tiba-tiba, sekelip mata hilang di dunia. Pembinasaan itu sekali-kali bukan penganiayaan Tuhan ke atas manusia, tetapi akibat dosa-dosa kezaliman mereka sendiri. Dengan kata lain, apabila mereka berleluasa melakukan kekufuran dan kezaliman bererti mereka telah menzalimi diri sendiri, menempah kehancuran diri. Demikianlah hakikatnya, dosa membawa binasa. Apabila Tuhan mengatakan, "Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosa-dosanya..." maka dapatlah dibayangkan nasib bangsa yang telah kehilangan kesedaran tentang dosa yang ditandai gejala meluasnya budaya kesewenang-wenangan melakukan kezaliman, penipuan, pembaziran, pembolotan dan pelbagai penjarahan lainnya. Tentu ada sebabnya apabila Al-Quran berulang-ulang menegaskan hakikat bahawa dosa membawa binasa seperti dalam ayat: Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Al-An'am: 6 Demikianlah untuk kesekian kalinya Tuhan menyebutkan lagi, ".... kemudian Kami binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri ...". Kekuatan dan kegagahan, kekuasaan dan kestabilan sama sekali bukan jaminan untuk terus kekal dan unggul. Bagi Tuhan terlalu mudah membinasakannya apabila Ia menghendakinya. Malah terlalu remeh di mata dunia yang tidak pernah merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka. Hancurnya kaum 'Ad dan kaum Thamud, karamnya Firaun dan Haman. Tenggelamnya Qarun ditelan bumi tidak pernah ditangisi sebagai suatu tragedi. Satu bangsa boleh ada dan boleh tiada, satu generasi boleh datang dan boleh pergi. Dunia tidak pernah rugi. Setiap yang pergi akan segera ada pengganti yang lebih berkualiti. Namun manusia selalu lupa apabila mendapat kuasa. Mereka lupa bahawa kuasa adalah milik Allah. Dialah yang sebenarnya Malika 'l-mulk. Manusia hanya pemegang amanah yang membawa implikasi ujian sama ada ia mematuhi syarat dan mandat pemiliknya, atau ia mernperlakukannya sebagai hak dan miliknya sendiri, lalu bertindak sewenang-wenang, merajalela seolah-olah negara dan segala khazanahnya dia yang punya, sementara seluruh rakyat adalah hamba dan abdinya. Manusia yang terpedaya dengan kuasa itulah yang dibinasakan Tuhan dengan cara-cara yang dikendaki-Nya: ada yang dihancurkan menerusi bencana yang menimpa secara tiba-tiba ada yang dibinasakan dengan adu-domba sesama mereka, ada yang dihabisi melalui proses yang memakan masa seperti serangan wabak, kegawatan ekonomi, krisis alam sekitar dan sebagainya lagi. Demikianlah hakikatnya, namun ramai manusia yang tertipu apabila menyaksikan fenomenon yang rnernperlihatkan seolah-olah pengkhianat yang banyak mendapat1 petualang yang yang sentiasa menang, pembodek yang selalu naik. Segala gejala yang disaksikan itu sebenarnya belum sampai kepada kesudahan. Ia adalah permulaan atau pertengahan suatu perjalanan yang panjang, belum sampai ke penghujungnya. Kalimat dosa yang membawa binasa itu kadang-kadang bertukar ganti dengan kalimat kezaliman. Maksudnya, Tuhan membinasakan sesuatu bangsa apabila mereka berleluasa melakukan kezaliman seperti mendusta dan rnenganiaya para rasul serta orang-orang yang beriman, mempersenda ayat-ayat serta hukum-hakam Tuhan dan lain-lain yang dicakupi oleh istilah zalim dalam erti luas (al-Qasas:59, al-Kahf:59). Memang sudah menjadi sunnatu'Llah, generasi bangsa yang sudah tidak dapat diharapkan lalu dibinasakan Allah, mereka segera digantikan oleh generasi lain, yang benar-benar lain watak dan kualitinya seperti yang disebut pada penghujung ayat 6 surah al-An'am tersebut (... dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.). Penggantian generasi itu berlaku kerana sebab-sebab tertentu, terutama apabila mereka telah mengalami keadaan mabuk harta dan kehidupan dunia lalu nenjadi rakus, bakhil dan mernentingkan diri. Hakikat inilah yang diungkapkan dalam ayat-ayat: Sesungguhnya kehidupan dunia itu tidak adalah permainan dan senda gurau belaka. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, nescaya Dia berikan pahala-pahala kamu dan tidaklah meminta harta-harta kamu. Jikalau Dia meminta kepada kamu dan mendesak kamu, nescaya akan bakhillah kamu dan akan diperlihatkanlah keburukan kamu. Itulah kamu! Kamu semuanya! Telah diseru karnu untuk rnembelanjakan hartamu pada jalan Allah. Maka setengah daripada karnu ada yang bakhil. Maka barangsiapa yang bakhil, sesunqguhnya ia bakhil kepada dirinya sendiri. Dan Allah adalah Maha Kaya, sedang kamu adalah sangat faqir. Dan jika kamu berpaling, nescaya akan Dia gantikan karnu dengan kaum yang lain dan mereka (yang lain itu) tidak akan sarna dengan kamu. Muhammad: 36-38. Ayat-ayat petikan dan surah Muhammad di atas memberikan gambaran tentang kehidupan yang tidak pernah serius, terlalu banyak sandiwara yang serba pura-pura. Mereka yang tenggelarn dalarn pola kehidupan seperti itulah yang diperingatkan agar rnenyedari bahawa hidup harus diisi dengan iman dan taqwa, bukan sandiwara. Iman dan taqwa itulah akhirnya yang akan memberi rnakna kehadirannya. Tetapi ia harus dibuktikan dengan kesanggupan berkorban, membelanjakan harta pada jalan Allah dengan penuh keinsafan bahawa segala harta kekayaan itu sebenarnya bukan miliknya, tetapi milik Allah. Apabila sesuatu generasi bangsa sudah membelakangkan sikap dan kesedaran tersebut, tamatlah riwayat mereka, dan akan menyusullah generasi lain yang punya sikap yang sihat dan persepsi yang benar. Dalarn kaitan ini Hamka dalam Tafsir Al-Azharnya mengulas, Akhirnya sebagai penutup ayat, atau penutup surat, Tuhan berfirman: "Dan jika kamu berpaling", ertinya kamu berpaling kerana telah karnu tinggalkan pendirian yang asli itu, iaitu mendahulukan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri, mengingat bahawa manusia sebagai peribadi tidak mempunyai apa-apa dan tidak dipunyai apa-apa, kalau pendirian ini telah ditinggalkan, "nescaya Dia akan gantikan kamu dengan kaum yang lain", kaum yang lain itu ialah yang sanggup memegang teguh amanat Allah, yang sanggup mewarisi kekayaan itu; "Dan mereka tidaklah akan menyerupai kamu.' (Hujung ayat 38) Mereka pengganti itu ialah yang lebih mementingkan keperluan bersama daripada kepentingan peribadi. Yang mendahulukan kekayaan negara daripada kegemukan diri sendiri. Yang insaf bahawa negara ini adalah amanat Allah yang diserahkan ke tangannya, bukan harta pusaka nenek moyangnya yang akan dipeluk dipagut sampai mati. Mereka itu pulalah yang akan menyambut tugas yang suci ini. Sesuai dengan firman Tuhan pada ayat 105 surah Al-Anbiya', "Sesungguhnya bumi akan rnewarisinya ialah hamba-harnba-Ku yang salih". Kalau kesalihan tidak ada lagi, jangan hairan kalau hancur semua. Dan sebelum hancur janganlah hairan jika Allah menyerahkannya kepada tangan lain yang sanggup memimpinnya. Isu penggantian suatu kaum dengan kaum yang lain itu disebut berulang kali dalam al-Qur'an. Misalnya dalarn ayat 38 dan 39 surah al-Tawbah, Tuhan memberikan amaran kepada mereka yang kehilangan ghairah perjuangan, mereka yang rnulai mabuk dengan kesenangan hidup al-hayatu 'd-dunya, terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara dan tidak seberapa, lupa dengan habuan ukhrawi yang berganda-ganda. Demikianlah hakikatnya, kesenangan dan kemewahan duniawi dapat membunuh idealisme dan melumpuhkan daya juang. Bangsa yang telah hanyut dalarn obsesi kebendaan yang secara konsekuensial membawa kematian idealisme perjuangan, adalah bangsa yang segera akan hilang di dunia. Ini bukan gertak kosong, tetapi amaran Tuhan, "Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah rnenyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan ditukarnya (kamu) dengan kaum yang lain,..."(al-Tawbah:39). Kesimpulannya, nasib sesuatu bangsa sangat bergantung kepada kualiti diri yang dicirikan oleh khidmat dan manfaat. Sesuatu bangsa layak untuk terus hadir di dunia selama kehadirannya bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat. Hakikat inilah yang tersirat di sebalik ungkapan simbolik, "...Adapun buih itu, akan hilang sebagai (bahan) yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. (a1-Ra'd: 17). Kalirnat al-zabad (buih) adalah simbol bangsa tanpa kualiti, tanpa substance, tanpa isi. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba rapuh, sewaktu-waktu boleh pecah dan rnenghilang dari dunia. Apalah yang dapat disumbangkan oleh buih, berapalah harga segunung buih. Untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus mampu menyumbang, harus punya mesej dan misi, idealisme dan iltizam. Tetapi bangsa buih yang jiwa dan mindanya kosong melompong, hilang arah dan tujuan, hanyut dilambung ombak, tidak akan punya masa depan selain "hilang di dunia" Source: Artikel ABIM Malaysia http://www.abim.org.my/http%3A//http%3A//http%3A//www.abim.org.my --------------------------------- Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links. --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ =============================================================== Website: http://www.rantaunet.org =============================================================== UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: - Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. - Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. - Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui jalur pribadi. =============================================================== Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: https://www.google.com/accounts/NewAccount =============================================================== -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---