Sebab utama laki2 di tarik ke neraka oleh wanita   
     
        
      "Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka 
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan 
tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

      1. Ayahnya

      Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya 
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar 
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup 
aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia 
akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, 
bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
      mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika 
tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka 
jahannam.)

      2. Suaminya

      Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! 
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum 
lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim 
dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh 
isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 

      (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri 
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
      Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan 
syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 
'taman' neraka sana.)

      3. Abang-abangnya

      Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke 
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan 
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah 
tarikan adiknya di akhirat
      kelak.

      (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, 
dan jgn ingat kau terlepas...
      kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan 
adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

      4. Anak2 lelakinya

      Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg 
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata 
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat 
kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

      (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
      nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan 
biasa... x lepas dr melakukan dosa...
      selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga 
akan ditarik menjadi penemannya.)
      ..................................................
      Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah 
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar 
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

      Firman Allah S.W.T;

      "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana 
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


     




CONFIDENTIALITY CAUTION: This message is intended only for the use of the
individual or entity to whom it is addressed and contains information that is
privileged and confidential. If you, the reader of this message, are not the
intended recipient, you should not disseminate, distribute or copy this
communication. If you have received this communication in error, please notify
us immediately by return email and delete the original message.




--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups.
to post emails, just send to :
[email protected]
to join this group, send blank email to :
[email protected]
to quit from this group, just send email to :
[email protected]
if you wanna know me, please visit my facebook at [email protected]
thanks for joinning this group.
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke