Wah kok gw agak susah baca bahasa malay,,,

Ada yang bantu terjemahin?? :p

 

Salam,

 

 

Rochmad Sigit

 

From: [email protected]
[mailto:[email protected]] 
Sent: Friday, November 13, 2009 4:56 PM
Subject: ~ aga ~ Fw: 10 sifat peribadi yang mesti dipupuk
Importance: High

 




  


  

 

  


 <http://feeds.feedburner.com/~r/Solehnet/~3/354765491/> 10 sifat peribadi
yang mesti dipupuk 

Posted: 03 Aug 2008 06:17 PM CDT 

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam
kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira
lelaki mahupun wanita. 

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak
azali. 

Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani
kehidupan seharian. 

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari,
lalui kehidupan yang lebih bahagia. 
1.        Tulus 
2.        Rendah diri 
3.        Setia 
4.        Berfikiran positif 
5.        Perwatakan ceria 
6.        Bertanggungjawab 
7.        Percaya kepada diri sendiri 
8.        Pemaaf 
9.        Mudah berkira 
10.        Empati 

Tulus
Tulus atau 'transparent' merupakan sifat yang paling disukai oleh semua
orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan
kehadiran kita. 

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata.
Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada,
berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta. 

Prinsip tulus ialah "berkata benar walaupun pahit". Namun begitu, adalah
lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya
ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri. 

Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan
dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang
berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi
semakin menunduk. 

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan
orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi. 

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk
berasa segan dengan kita. 

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk
tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan? 

Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia
sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai
komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat. 

Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan
pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk. 

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang
lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih
suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada
mengecam, dan sebagainya. 

Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak
harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati). 

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka
mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu
mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai
potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain. 

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan
bersungguh-sungguh. 

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami
kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. 

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan
siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas
apa pun yang dialami dan dirasakannya. 

Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya
sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan
menghargai orang lain. 

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan
lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan
melakukannya dengan baik. 

Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain.
Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci
dan permusuhan. 

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya
hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan. 

Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka
membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah
besar. 

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa
depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri
sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya. 

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat
empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat
menempatkan diri di tempat orang lain. 

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi
kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya
sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain. 

Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam
hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa
ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah! 

Wallahu a'lam. 

  

  

__._,_.___ 

-- 
you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups.
to post emails, just send to :
[email protected]
to join this group, send blank email to :
[email protected]
to quit from this group, just send email to :
[email protected]
if you wanna know me, please visit my facebook at [email protected]
or add me in Yahoo Messenger at [email protected]
thanks for joinning this group.

-- 
you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups.
to post emails, just send to :
[email protected]
to join this group, send blank email to :
[email protected]
to quit from this group, just send email to :
[email protected]
if you wanna know me, please visit my facebook at [email protected]
or add me in Yahoo Messenger at [email protected]
thanks for joinning this group.

Kirim email ke