http://mufti.perak.gov.my/audio/vcd_baru.htm
   
            AUDIO VIDEO
    Kesemua VCD yang diterbitkan di bawah ini adalah hakmilik Jabatan Mufti 
Negeri Perak Darul Ridzuan. Hak produksi dan pengedarannya telah diserahkan 
kepada Kelab Warga JMNPk. Sekiranya anda berminat kepada mana-mana VCD di bawah 
sila telefon Encik Radzuan di talian 05-2545332. Sila muat turun borang pesanan 
                   Harga RM5
  Kod: A025    
  Tuan Haji Fahmi bin Abd Khir, guru tauliah agama Negeri Perak mengupas 
tentang ibadat puasa yang dikatakan begitu unik dan memunyai kerahsiaannya 
tersendiri. Kupasan ini disifatkan begitu dinamik dengan keilmuan Islam yang 
menyerlah hingga kita seolah-olah mendapat satu penjelasan baru mengenai ibadat 
puasa. Dapatkan penjelasan ilmiah ini melalui VCD yang diedarkan oleh Kelab 
Warga JMNPk.                   Harga RM5
  Kod: A024    
    Membangkitkan isu khilafiah, disifatkan sebagai luka lama berdarah kembali. 
Walau pun benar ada pihak yang memiliki kelebihan dalam berijtihad tentang 
amalan yang paling hampir sebagaimana dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w 
sepanjang hayat baginda, namun tidaklah pula kita boleh menafikan dakwaan pihak 
lain yang mengemukakan nas mereka tersendiri.
  Saling memahami dan berdiskusi dengan berlapang dada adalah amalan terpuji 
orang Islam, khususnya dalam isu ini.
  Mufti Negeri Perak menyarankan kepada umat Islam agar tidak pantas 
membangkitkan isu yang mengundang keresahan kepada umat Islam masa kini.
  Dapatkan VCD ini yang menyentuh isu diskusi ilmiah yang berlangsung antara Dr 
Mohd Asri Zainal Abdidin dan Dr Abd Aziz Hanafi pada 6 Sep 2005 di INTIM, Jalan 
Raja Mahadi Musa, Ipoh, dalam isu khilafiah ini.
   
                   Harga RM12.90
  Kod: C001    
    Biarpun umat di negara ini bebas mengamalkan fahaman dan pegangan 
masing-masing dalam amalan ibadat keagamaan, namun majoriti umat Islam di 
negara ini berpegang teguh kepada amalan yang dibawa oleh Imam Syafie 
Rahimullah.
  Bagaimana pun kepada mereka yang arif dan mampu mendalami pengetahuan 
beragama serta mampu membuat kajian sendiri berasaskan apa yang telah 
dipelajari, mereka bebas mengamalkan fahaman yang dipelajari itu.
  Namun adalah tidak wajar kepada golongan cerdik pandai ini menunjuk pandai 
dalam masyarakat dan cuba memperluaskan amalan mereka yang nyata tidak selari 
dengan pegangan ahli sunnah mengikut pimpinan Imam Syafie Rahimullah Wajhah.
  Jika ini berlaku ianya akan menjejaskan perpaduan umat Islam itu sendiri.
  Majlis diskusi itu berlangsung di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak, Jalan 
Raja Mahadi Musa, Sabtu lalu. Dalam majlis diskusi itu, Dr Abdul Aziz Hanafi, 
Pengetua Madrasah Darul Ulum menjawab beberapa pandangan yang dikemukakan oleh 
penulis buku  Bidaah hasanah: Satu istilah yang disalah 
                   Harga RM5
  Kod: A023
    Mufti Negeri Perak mempertikaikan pengurusan masjid yang ‘tidur’, tanpa 
melaksanakan tugasan yang sepatutnya. Raja Muda juga telah menitahkan supaya 
masjid menjadi pusat ilmu dan segala macam ilmu harus diajar di masjid-masjid, 
khusus dalam kuliah harian mereka.
  Oleh kerana masjid gagal berfungsi sebagaimana sepatutnya, maka ianya 
menyumbangkan kepada masalah social remaja hari ini.
  Justeru itu, pengurusan masjid mesti bijak mengatur program supaya mereka 
yang enggan dan malas ke masjid akan tertarik dan lama kelamaan akan 
mengukuhkan institusi masjid itu sendiri.
  Ini sudah pastilah akan mengurangkan masalah social remaja hari ini yang 
semakin menyesatkan dada.
                    Harga RM5
  Kod: A022
    Kehangat soal mimbar masjid menjadi milik siapa sering kali menjadi 
pertikaian di antara pengurusan masjid dan pihak-pihak lain. Di negara ini 
sudah menjadi kelaziman bahawa isu yang diutarakan oleh mimbar masjid dimiliki 
sepenuhnya oleh pengurusan masjid berkenaan.
  Namun ada pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mimbar 
berkenaan berbau politik pembangkang, akibat pengurusan masjid yang berbau 
parti politik pembangkang.
  Justeru itu di pihak parti politik sebaliknya meluahkan ketidakpuasan 
sehingga mengambil tindakan drastik menyingkirkan pengurusan masjid yang 
dikatakan tidak berpihak kepada politik kerajaan.
  Fenomena ini merugikan umat Islam apabila soal perlantikan masjid dibentuk 
kemudiannya oleh mereka yang tidak ada kaitannya dengan pengurusan masjid.
  Akibatnya sering berlaku, masjid diboikot akibat mimbar yang tidak efisyen 
dan menurut kehendak Islam.
                    Harga RM5
  Kod: A021
    Percubaan orang-orang Melayu di Negara ini khususnya mahu mengangkat 
kembali martabat mereka sebagai bangsa yang maju di dunia menghadapi cabaran 
getir. Mereka bukan tidak mampu untuk kembali mencapai zaman kegemilangan yang 
pernah tercatat dalam sejarah. Namun mereka telah lupa bahawa disaat itu mereka 
telah disatukan oleh Islam yang dibawa oleh pedagang Arab ke Nusantara.
  Kini umat Melayu di Negara ini berhadapan dengan pelbagai polemic yang 
menjadi penghalang kepada pencapaian kemajuan tersebut. Jika ini berterusan 
maka tidaklah hairan Wawasan 2020 yang diidamkan hanya akan tinggal slogan 
sahaja.
  Orang Melayu amat sensitif dengan agama Islam. Namun dalam penyatuan kembali 
umat Melayu agama Islam seolah-olah tidak berupaya menjadi wadah penyatuan itu. 
Apakah agaknya yang mereka sekelian mahukan? 
  Mufti Negeri Perak menjawab segala permasalahan yang berkaitan dengan 
kemunduran umat Melayu masa kini dari pelbagai sudut, sama ada ekonomi, politik 
atau cara hidup termasuklah masalah social yang sedang melanda umat Melayu 
kini. VCD ini mesti dimiliki oleh setiap umat Melayu, sama ada mereka ahli PAS, 
UMNO atau rakyat ‘non particision’.
                   Harga RM5
  Kod: A020
    Tuan Haji Mohd Fahmi bin Haji Abdul Kadir telah dilahirkan di Kg Ulu 
Kenderong, Gerik pada 20 Mac 1974. Mendapat pendidikan antaranya di Kolej Islam 
Kelang (SPM), Pondok Taufikiah Al-Latifiah, Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu, 
University of Jordan (Ijazah Sarjana Muda Kepujian Bahasa Arab), Universiti 
Islam Antarabangsa (Diploma Pendidikan), Universiti Malaya (Sarjana Bahasa Arab 
dan Ilmu Islam – 2002 tajuk tesis: Pengguguran kata dan ayat: Satu analisis 
kemukjizatan Al-Quran) dan Universiti Malaya (Doktor Falsafah Bahasa Arab dan 
Ilmu Islam tajuk tesis: Kesan Bahasa Arab terhadap perselisihan Fuqaha’: Kajian 
khusus terhadap kitab Bidayat al-Mujtahid Wa Nihayat al-Muqtasid)
  Pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, 
guru di Sekolah Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa, sebagai Tutor 
(Ideal di Universiti Putra Malaysia), guru di SMKA Maahad Muar, Johor, dan guru 
di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik.
  Pada masa ini beliau sedang bercuti kerana menyiapkan tesis kedoktorannya  di 
semester 2. Kupasan beoliau mengenai tajuk yang diperbincangkan sangatlah ideal 
dan penuh dengan kehebatan kemukjizatan Al-Quran itu sendiri.
   
                   Harga RM5
  Kod: A019
   
    Umat Islam di negara ini menghadapi ancaman baru, sekaligus ancaman kepada 
perlaksanaan Islam Hadhari jika fahaman baru ini tidak dihapuskan.
  Fahaman baru yang dimaksudkan itu ialah ajaran agama Islam yang mementingkan 
toleransi dalam perlaksanaannya atau lebih dikenali sebagai Islam Liberal.
  YBhg Dato’ Seri Hj Harussani mengupas sejarah kewujudan fahaman ini dan 
penularannya dalam kehidupan masyarakat Islam  masa kini.
  Nyata, jika fahaman Islam Liberal tidak dibendung ianya akan mendatangkan 
kemudaratan dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini yang juga sekaligus 
menjadi ancaman baru kepada perlaksanaan Islam Hadhari.
  Dapatkan kupasan terkini dari VCD keluaran Kelab Warga JMNPk
                 Harga RM5.00   KOD: A018
    Umat Islam diserang kegelisahan apabila Astora Jabat mengeluarkan 
‘fatwa’nya menyatakan katak halal dimakan. Begitu pula dengan Datuk Masitah 
Ibrahim mencipta ‘fatwa’ baru menghalalkan pelacuran.
  Semuanya ini adalah gara-gara Islam cuba dikelirukan dengan pelbagai isu 
dalam usaha menggugat keimanan para penganutnya.
  YBhg Dato’ Seri Hj Harussani menangkis kedua-dua fatwa baru ini sekaligus 
menafikan katak dan pelacuran halal disisi agama Islam.
  Sambil mengingatkan bahawa umat Islam perlu berguru dengan ulama yang 
muktabar dan mereka yang ikhlas dalam mempertahankan kesucian agama, bukan 
kerana kepentingan tertentu.
  Selain itu isu yang diperkatakan ialah kedudukan penubuhan IRC kini, Islam 
Liberal dan pengaruhnya, penyelewengan penulisan mereka yang sering disiar di 
akhbar seperti Astora Jabat dan lain-lain.
   
                 Harga RM10.00   KOD:A017
    Perbahasan mengenai kedudukan zakat dan wakaf dan peranannya dalam 
memajukan ekonomi umat Islam menjadi topik utama dalam muzakarah ulama tahun 
ini. Dasar Zakat Negara terus menjadi sasaran utama para peserta dan perbahasan 
mengenainya menjadi semakin menarik apabila parti politik pembangkang 
mengesyorkan bahawa Kerajaan Negeri Perak patut melancarkan geran pelancaran 
wakaf yang merupakan satu imbuhan kepada mereka yang berhasrat melabur dalam 
saham wakaf negeri.
  Pelbagai isu ekonomi masa kini telah menjadi perbahasan para peserta 
muzakarah ulama kali ini. Kesemuanya ke arah menaikkan martabat dan kedudukan 
ekonomi umat Islam.
  Jika anda tidak berkesempatan mengikuti muzakarah ini, adalah penting 
memiliki VCD Muzakarah Ulama 2005 ini untuk sama-sama mengikuti apakah yang 
perlu dilakukan oleh semua pihak dalam usaha memperkasakan ekonomi umat Islam 
di negara ini.    
                 Harga RM5.00   KOD: A016
    Perzinaan adalah perkara terlarang dalam Islam. Justeru itu agama Islam 
mengkatogerikannya sebagai dosa besar yang perlu dihitung mengikut hukum hudud. 
Mengedarkan kondom percuma kepada pesakit hiv positif tidak menjamin mereka 
tidak berzina kerana pemberian itu seolah-olah memberikan kunci kebebasan 
kepada mereka.
  Begitu pula dengan mengedarkan jarum di kalangan mereka yang hiv positif, 
bukan sesuatu yang digalakkan dalam agama Islam. Ini kerana perbuatan 
menggalakkan mereka meneruskan ketagihan dadah adalah bercanggah dengan syariat 
dan ia diharamkan mengikut perspektif agama.
  Isu pemberian jarum dan kondom percuma kepada pesakit hiv positif telah 
menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Ramai yang 
mempertikaikannya. Apa yang paling penting, sudah banyak negara di dunia 
mengakui kegagalan dalam usaha itu, tetapi anihnya negara kita hendak 
menerimanya.
  Namun di pihak kerajaan amat berkeras akan melaksanakannya Oktober ini. Ikuti 
pandangan YBhg Dato' Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri 
Perak mengenai isu ini.
                 Harga RM20.00   KOD: A015
    Pemergian tokoh falak negara Al-Marhum Tuan Haji Mohd Khair bin Haji Mohd 
Taib pada 28 Oktober, 1989 ibarat patah tidak bersambung dan hilang masih belum 
ada gantinya. Asas yang telah dibina oleh al-marhum selama ini, telah 
menghidupkan keilmuan falak dan astronomi negara hingga negara mampu muncul 
sebagai sebuah negara yang mempunyai tokoh astronomi di peringkat antara bangsa.
  Dunia astronomi negara diwarnai kegemilangan dizaman al-marhum dan jejaknya 
kini masih dikaji oleh individu atau pihak tertentu termasuk organisasi yang 
besar seperti institusi pengajian tinggi negara.
  Majlis Munaqosyah Tokoh Falak negara ini telah dianjurkan Jabatan Mufti 
Negeri Perak dengan sokongan Kerajaan Negeri Perak sebagai satu percubaan untuk 
mengembalikan tamadun kegemilangan dunia astronomi negara.
  DYTM Raja Muda dalam titahnya mengesyorkan agar usaha seumpama ini diteruskan 
bagi lain-lain tokoh yang pernah mengharumkan nama negara.
  VCD ini mengandungi titah DYTM Raja Muda, dokumentari khas riwayat hidup 
al-marhum, dan pembentangan kertas kerja penting yang dibuat oleh mereka yang 
pernah hidup sezaman dengan al-marhum. Ia mengandungi 4 keping VCD dengan harga 
RM25.00 termasuk belanja pos.    
                 Harga RM5.00   KOD: A014
    Institusi keagamaan sering kali menjadi sasaran apabila sesuatu musibah 
menimpa umat Islam. Mengapakah ini harus terjadi? 
  Realiti masa kini ada terdapat di kalangan umat Islam sudah tidak dapat 
menahan kesabaran apabila berhadapan dengan mala petaka seperti tsunami. 
Justeru itu dengan mudah mereka menuding jari kepada ulama’ atau institusi 
keagamaan apabila ianya terjadi.
  Ulama’ harus dihormati sebagaimana maksud hadis, ulama’ adalah pewaris para 
Nabi. Namun manusia sudah tidak dapat membezakan antara yang harus dihormati 
dan dimuliakan.
  Perkara jijik seperti jumud, lembab dan lemah tidak harus dilemparkan dengan 
mudah kepada ulama’ terutama dalam isu tsunami kerana mala petaka yang terjadi 
sebenarnya adalah satu peringatan kepada semua manusia untuk kembali kepada 
Tuhannya.
  VCD ini merupakan satu penafian kepada pihak yang menuding jari kepada ulama’ 
bahawa disebabkan kejumudan mereka ini semua terjadi. Hayati penulisan YBhg 
Dato’ yang telah diVCD dan diterbitkan oleh Jabatan ini.
   
                 Harga RM5.00   KOD: A013
    Isu penubuhan IRC dan etika penulisan oleh Astora Jabat dalam akhbar 
mingguan, Mingguan Malaysia adalah antara beberapa isu yang menjadi perbahasan 
hangat antara guru-guru agama tauliah Negeri Perak pada majlis Ijtimak yang 
diadakan pada 14 April 2005 yang lalu. Antara lain isu yang dibangkitkan dalam 
dialog ini ialah:
  ·          Apakah motif disebalik penubuhan IRC?
  ·    Mengapakah Sister In Islam begitu mempertahankan hak-hak asasi manusia?
  ·         Adakah Islam menjadi penghalang hak kebebasan manusia?
  ·         Apa kaitan di antara Amina Wadud dengan Sister In Islam?
  ·          Bagaimanakah pendirian pimpinan mengenai kedudukan Astora Jabat
  ·          Dan lain-lain isu…
   
                 Harga RM5.00   KOD: A012
   
    Mufti Kerajaan Negeri Perak YBhg Dato’ Seri Dr Hj Harussani, bin Hj Zakaria 
menyeru umat Islam di negara ini, termasuklah badan-badan NGO’s serta parti 
politik supaya jangan terlalu berkira sangat soal istilah ‘hadhari’ yang 
diperkenalkan oleh Kerajaan melalui konsep Islam Hadhari.
  Menurut Harussani lagi, anggap sahaja perkataan hadhari satu perkataan Melayu 
yang membawa maksud ‘memperkasakan umat Melayu’ di Negara ini dalam menepati 
konsep Islam Hadhari. Menurut Mufti Kerajaan Negeri Perak itu lagi, konsep 
Islam Hadhari patut menjadi agenda seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya 
akan membawa keuntungan kepada semua.
  Harussani berkata, beliau telah dicabar di dalam internet oleh parti-parti 
politik supaya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan konsep Islam 
Hadhari. Pada program ini Mufti Kerajaan Negeri Perak itu telah menyahut 
cabaran tersebut dan membentangkan falsafah Islam Hadhari menurut kaca mata 
ulama’.
  Konsep Islam Hadhari itu terbahagi kepada 6 bahagia utama iaitu satu agenda 
manusia dalam memperkasakan agama, akal, jiwa, keturunan, harta dan akhlak. 
Kesemuanya merupakan usul manusia yang 6 dan harus diperjuangkan. VCD ini 
adalah rakaman ucapan Mufti Kerajaan Negeri Perak itu ketika menyampaikan 
Executive Talk di Dewan Bankuet, Pejabat SUK Negeri Perak pada 17 Februari 2005 
lalu.    
                 Harga RM5.00   KOD: A011
   
    Astora Jabat telah mengelirukan pemikiran umat Islam sehingga generasi 
jmuda hamper terpedaya bahawa peristiwa Isra’ Mikraj sebagai satu cerita 
dongeng. Apa lagi bila mereka menggunakan hukum akal untuk mengaitkan satu 
perjalanan manusia menemui Tuhan-Nya dalam satu malam sahaja.
  Namun sebaliknya, para saintis di barat seakan menyedari bahawa insiden yang 
dicatatkan dalam AlQuran mengenai periistiwa Isra’ Mikraj, adalah berbetulan 
dengan kajian mereka mengenai kejadian alam ini.
  Dr Danial Zainal Abidin telah menggunakan kepakarannya mengupas dan 
menganalisa petikan dari kajian saintis ini untuk tontonan dan pendengaran 
anda, bahawa bukanlah mustahil apa sahajja yang dikehendaki Allah menjadi satu 
kenyataan sebagaiman maksud firmanNya.. Dan jika Allah menghendakinya, maka 
jadilah!
  MOga-moga perbincangan dan kupasan yang dibuat oleh pakar mtivasi dan 
pendakwah bebas ini berjaya menenggelamkan kekeliruan yan baru hendak 
dicambahkan oleh Astora Jabat melalui majalah Al-Islam keluaran bulan Julai 
2004 yang memaparkan artikel bertajuk “Kejadian karut mengarut dalam Isra’ 
Mikraj”
   
                 Harga RM10.00   KOD: A010
    Rasulullah sudah mengingatkan manusia dalam sebuah dialognya dengan para 
sahabat, yang antara lain bermaksud: 'Bagaimana (pula) keadaannya apabila kamu 
menyuruh kepada perkara mungkar (kejahatan) dan melarang kepada yang maaruf 
(kebaikan)?'Para sahabat menyahut: 'apa yang terjadi yang Rasulullah?' Baginda 
bersabda, Allah akan menurunkan bala yang lebih dahsyat sebingga orang-orang 
yang berakal akan menjadi bingung. Antara lain isu yang dibangkitkan dalam 
dialog ini ialah:
    
     Bolehkah wanita menjadi imam? 
  
     Bagimanakah hukumnya jika seseorang jemaah meninggalkan qariahnya? 
  
     Mengapakah perpecahan sering berlaku di kalangan umat Islam? 
  
     Apakah hukumnya pejuang Afghanistan atau pejuang Iraq yang meletupkan diri 
mereka dalam usaha menentang pihak musuh (kafir)? 
  
     Bolehkah kita membenarkan jin memasuki tubuh manusia dan menggunakannya 
untuk sesuatu tujuan? 
  
     Apakah muslihat di sebalik penubuhan Kaunselor Antara Agama-agama (IRC) ? 
  
     Mengapakah umat Islam yang murtad tidak didaftarkan? 
  
     Mufti mengulas isu penangkapan 100 orang muda mudi yang minum arak dan 
berpakaian tidak sopan di disko Zouk 
  
      Dan lain-lain isu… 

                 Harga RM5.00   KOD: A009
    Sewaktu kegemilangan pemerintahan Islam, iaitu di akhir-akhir pemerintahan 
RasululLah s.a.w, Islam telah dapat menguasai tiga suku dunia. Zaman di mana 
kalangan para sahabat memerintah pula, kekuasaan Islam menurun sedikit demi 
sedikit. Hingga akhirnya kuasa itu berpecah di akhir pemerintahan sahabat yang 
empat.
  Paling menyayatkan hati apabila Rasulullah menduga semuanya ini berlaku 
disebabkan kurniaan mukjizat yang ada pada diri baginda. Namun, sungguh pun 
begitu berkali-kali dalam memperbaharui tekad sebaik sahaja tahun baru hijrah 
bermula, umat Islam gagal mencapai perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai 
seribu tahun lalu.
  Kini umat Islam berada dalam tahap ‘penghapusan’. Justeru itu kita sering 
kali melihat umat Islam menjadi mangsa keganasan etnik atau oleh kuasa besar 
apa lagi pemerintah bukan Islam, juga oleh faktor alam seperti tsunami. YBhg SS 
Dato’ Seri Dr Hj Harussani mengupas secara panjang lebar sejarah yang telah 
dicapai dan apakah tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam di 
peringkat akar umbi masa kini.
   
                 Harga RM10.00   KOD: A008
    YBhg Dato’ Seri Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak 
meluahkan rasa kekesalannya terhadap sikap umat Melayu melalui majlis dialog 
ini. Sambil menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak menguntungkan, sikap 
sedemikian sebaliknya akan mencetuskan polemik sosial yang berpanjangan.
  Menurut Mufti Kerajaan Negeri Perak itu lagi, umat Melayu kini suka berbalah 
dalam isu-isu kecil yang tidak menguntungkan mereka.
  Sebaliknya, dalam masalah yang lebih berat, seperti pendidikan, ekonomi dan 
masalah social yang melanda umat Islam tidak diberikan perhatian utama.
  Akibat dari sikap negatif itu, bilangan umat Islam yang terjebak dalam 
masalah penyalahgunaan dadah, perzinaan dan minum arak, semakin ramai dan ianya 
kini seperti sudah menjadi satu trend atau corak kehidupan masa kini.
  Sahibul Samahah Mufti juga juga kesal terhadap umat Islam yang tidak merasa 
malu melakukan perbuatan maksiat itu secara terang-terangan.
  Justeru itu ikutilah nasihat dan pandangan yang berguna dari beliau untuk 
difikirkan bersama demi kebaikan. 
   
                 Harga RM10.00   KOD:A007
    Pelbagai isu telah dibincangkan dalam dialog ini. 
  Antaranya YBhg Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak telah 
ditanya berhubung dengan pendiriannya mengenai tahanan ISA di Kem Tahanan 
Kamunting. Apakah pendirian beliau mengenai hal ini?
  Selain itu isu Konsert Sure Heboh telah dibahaskan dengan hebat. Apakah motif 
di sebalik pengharamannya?
  Islam Hadhari. Ramai umat Islam masih keliru dengan pengenalannya oleh 
Kerajaan. Penjelasan Mufti Negeri Perak itu mungkin dapat meredakan keresahan 
umat Islam mengenainya.
  Ulama adalah pewaris para nabi. Bagaimanakah cirri-ciri seorang ulama itu? 
Bagaimanakah kedudukan seorang ulama yang dikatakan ekstrim? Benarkah menentang 
ulama akan mengakibatkan kita terpaksa menempuh halangan atau bala?
  Selain itu berbagai lagi permasalahan ibadat yang dikupas oleh Mufti Negeri 
Perak dalam VCD ini 
   
                 Harga RM5.00   KOD:A006
   
    Program Muzakarah Ulama adalah program tahunan Kerajaan Negeri Perak. Ianya 
diadakan bersempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan 
Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Ysuof Izudin Ghafaralu Shah. Tahun 2004 
Muzakarah Ulama membawakan tema “Pembentukan Ummah, Melalui Penasihatan 
Berkesan”. Dokumentari ini mempaparkan aktiviti yang berlaku di sepanjang 
muzakarah 2004 dengan menumpukan kepada usaha-usaha melahirkan masyarakat yang 
sempurna melalui kaedah penasihatan yang terbaik. VCD ini seharusnya menjadi 
kenang-kenangan terutama kepada mereka yang telah menyertai muzakarah ini, dan 
juga tauladan yang baik kepada yang tidak berkesempatan.
   
                 Harga RM5.00   KOD:A005
   
    Al-Quran mempunyai hikmah dan kemampuan untuk menyatupadukan umat, namun 
kini Al-Quran tidak pernah dijadikan sumber untuk rujukan kepada perpaduan. 
Manusia dengan angkuh mencari formula lain, seolah-olah tidak yakin dengan 
formula yang telah dianjurkan oleh Al-Quran. Al-Quran perlu dikaji, difahami 
dan diamalkan untuk memandu manusia kea rah kesejahteraan kehidupan. 
  Profesor Madya Jamil Hashim berjaya membawa penonton kepada kaedah terbaik 
menghayati dan merealisasikan Al-Quran dalam kehidupan. Dengan membawakan 
contoh-contoh semasa dan yang diamalkan oleh orang tua-tua dahulu, beliau 
berjaya mencungkil amalan yang harus dilaksanakan manusia masa kini. 
  Penyakit yang melanda umat Islam kini ialah manusia mencintai dunia melebihi 
akhirat. Akibatnya Allah mncabut kemanisan iman sehinggalah akhirnya, jika 
manusia itu tidak bertaubat, maka hilanglah rasa keyakinan mereka untuk 
berpanduan kepada Al-Quran.
   
                 Harga RM5.00   KOD:A004
   
    Ramai di kalangan umat manusia mengaku mencintai Al-Quran. Tetapi apa yang 
dizahirkan melalui perkataan itu tidaklah sama dengan apa yang dilakukan oleh 
manusia. Dalam masa yang sama manusia melakukan pendurhakaan kepada Allah. 
  YBhg Dato’ Seri Hj Harussani b Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak menyentuh 
perlakuan umat manusia yang durhaka ini hingga mengakibatkan imej Islam itu 
jatuh lalu mereka disamakan dengan pengganas dan pembunuh. 
  Islam melalui Al-Quran memandu manusia ke arah tamadun yang dihormati. 
Sebaliknya manusia lebih berbangga memilih tamadunnya sendiri hingga akhirnya 
umat Islam kini tidak lagi dihormati, apa lagi untuk mencapai tamadun yang 
pernah mereka kuasai satu masa dahulu. 
  Lebih mendukacitakan, umat Islam dipandang hina dan kini berada jauh di 
belakang. Persoalan ini telah dikupas dengan terperinci oleh Mufti Negeri Perak 
itu dengan harapan menyedarkan manusia agar segera bangun dari tidur mereka 
yang panjang!
   
                 Harga RM5.00   KOD:A003
   
    Dalam VCD 1 Penjelasan Mengenai Azab Kubur yang telah dibuat oeh YBhg Dato’ 
Seri Hj Harussani Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak, kita telah dijelaskan 
mengenai keterangan yang menolak dakwaan Astora Jabat. Malahan kepada mereka 
yang bersetuju dengan dakwaan itu, para ulama’ telah mensepakati bahawa mereka 
‘terkeluar’ dari ajaran Islam maha suci atau murtad.
  Kehangatan mengenai isu ini diperjelaskan lagi dalam VCD siri 2 ini dan 
antara lain-lain isu yang turut diperbahaskan ialah hokum bagi mereka yang 
menolak hadis, menolak hudud, dan bagaimana caranya mahu membentuk sebuah 
Kerajaan Islam yang dinamik, berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh 
Rasulullah s.a.w.
  Juga isu terhebat diperkatakan ialah mengenai Islam hadhari
   
                 Harga RM5.00   KOD:A002
   
    Astora Jabat mahu umat Islam keliru apabila menulis mengenai kononnya umat 
Islam tidak perlu percaya kepada adanya siksaan azab kubur.
  Menurut beliau, tidak ada bukti yang cukup kuat mengenai kewujudannya kerana 
ia tidak disentuh langsung di dalam Al-Quran.
  Justeru dakwaan Astora ini telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat masa 
kini. VCD ini menjelaskan taktik penulis yang mahu mengelirukan pemikiran umat 
Islam dan stategi yang tersirat dis ebaliknya.
  Dapatkan VCD yang asli keluaran Kelab Warga JMNPk, ulasan yang dibuat oleh 
YBhg Dato’ Seri Hj Harussani bin  Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dan 
penafian mengenai dakwaan palsu Astora Jabat ini.
   
                 Harga RM5.00   KOD:A001
   
    Perjuangannya mengangkat martabat Islam ke mercu kegemilangan mendapat 
penghargaan sehingga beliau dimartabatkan sebagai tokoh maal hijrah tahun 2003 
dan menrima anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 
Dato’ sempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kali ke 76 
tahun 2004.
  Usaha gigih Dato’ Hj Abd Latif bin Abd Rahman, bukan sahaja perlu diketahui, 
malah perlu dicontohi dan diwarisi agar kesucian Islam dapat dipertahankan dari 
sebarang anasir pencemaran akibat arus pemodenan dan perubahan minda manusia.
  Pengekalan sistem pengajian ala pondok di zaman moden adalah sesuatu yang 
agak ganjil, namun terbukti ianya satu mekanisme yang tepat untuk melahirkan 
generasi yang berpegang kepada kepada prinsip Islam sejati sebagaimana yang 
dikehendaki oleh Al-Quran dan Hadis.
  Dokumentari ringkas ini adalah kenang-kenangan kepada Dato’ Hj Abd Latif bin 
Hj Abd Rahman sendiri, selagi hayatnya kerana iltizam dan perjuangannya 
terhadap agama Islam maha suci. Iannya adalah langkah sulong kepada JMNPk dalam 
usaha merakamkan scenario perjuangan guru-guru agama di Negeri Perak yang belum 
pernah mendapat perhatian mana-mana pihak sebelum ini.



Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to