dipetik dari Relexjap: tulisan asal: "Fakhira Farisa" 
  maaf tak minta izin memaparkan kembali.. tapi ketidak adilan harus dihebahkan 
pada semua...
   
  Sekadar meluahkan perasaan....
   
  Disini saya ada sedikit cerita untuk dikongsi bersama, semoga menjadi 
pengajaran buat warga RJ dan anak-anak muda sekarang. Kisahnya terjadi pada 
adik saya sendiri. Rasa tak puas hati memang meluap2 dihati kami sekeluarga. 
Bukan nak menyebelahi adik saya tapi cara tindakkan yang dikenakan memang tak 
patut langsung tapi siapa lah kami. Kami sekeluarga tak ada kabel2 yang besar 
dalam perkhidmatan tu jadi kami reda.
   
  Pada malam jumaat beberapa minggu lepas, adik saya bersama dengan 2 anak 
saudara saya keluar untuk makan dengan menaiki motosikal pada pukul 2 pagi. 
Dalam perjalanan pulang mereka tiba di satu traffic light dan berhenti jauh 
sedikit dari traffic light lampu merah tu kerana nak melihat jam di handfon. 
Tiba-tiba adik saya melihat beberapa buah motosikal yang berada pada haluan 
yang sama di traffic light yang sama telah melanggar lampu merah tadi. Adik 
saya ingat tidak ada apa2 yang berlaku jadi dia dan anak sepupu saya menunggu 
hingga lampu hijau. Dengan tiba-tiba datang seorang lelaki terjun dari 
motosikal dan mengambil kunci motor adik saya sehinggakan lelaki tersebut jatuh 
dari motosikal itu. Ini disaksikan sendiri oleh 2 orang anak saudara saya. 
Mereka memang terkejut kerana mengapa lelaki itu bertindak begitu. Setelah 
melihat muka 2 orang anak saudara saya serta adik saya, dia  melepaskan anak 
saudara saya dan membawa adik saya ke Balai Polis.Kenapa tak bawa 2 orang
 anak saudara saya sekali ye? sedangkan mereka bersama.
   
  Anak saudara saya tiba di rumah dan memberitahu kepada keluarga saya yang 
adik saya ditahan dibalai polis. Bapa saya bertanya pada 2 anak saudara saya 
macam mana kejadian tersebut atau mereka terlibat dalam lumba haram atau 
menyaksikan lumba haram tetapi anak saudara saya menafikan sekerasnya. Anak 
saudara saya berkata mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan. 
Katanya adik saya akan membenarkan orang menunggang motosikalnya dengan 
bersyarat mereka mesti membawa bawa pada 70km/j kerana motornya motor baru, 
bukan pada kawan2 pada bapa dan abang saya sendiri pun dia berpesan begitu. 
Tetapi apabila sampai dibalai polis cerita tadi bercanggah dengan apa yang 
diceritakan oleh anak saudara saya. Kata sarjan yang bertugas adik saya cuba 
merempuhnya hinggakan dia jatuh dari motor. Kebetulan anak saudara saya turut 
ada sekali tapi mungkin sarjan tu tak perasan. Anak saudara saya memang tak 
puas hati dan rela jadi saksi dalam kes itu. Dia cakap apa yang diceritakan oleh
 sarjan itu saja direka2. Dalam masa yang sama ada seorang lelaki yang 
membelek- belek motor adik saya bertanya pada bapa saya, kenapa tak settle, 
motor no plat baru, tak de korek pun, standard pula, kenapa pakcik tak minta 
settle (Memang motor baru pun Honda EX5 yang tak sampai 1/2 tahun beli). Bapa 
saya berjumpa dengan sarjan tadi dan memberitahu bahawa adik saya memang tidak 
pernah mengubah suai motosikalnya macam mana nak berlumba. Kebetulan motor lain 
yang disita semuanya telah diubah suai. Jawab sarjan tadi dengan sombong, 
"kenapa motor EX5 tak boleh race ke?". Mungkin melihat pada bapa saya yang 
berseliper jepun dia boleh berkata demikian.
   
  Dengan tangan bergari adik saya dibawa ke sebuah ibu pejabat polis yang lain. 
Bapa saya cerita macam adik saya melakukan kesalahan bunuh orang. Dia di reman 
3 hari. setiap hari bapa saya pergi menghantar makanan pada adik saya tapi 
makanan tu tak sampai pada adik saya. Kemana ye makanan tu pergi. Mungkin 
polis2 tu ingat beli dan bagi pada mereka kot. Biarlah mungkin jadi darah 
daging mereka gak.Ini diceritakan sendiri oleh adik saya. Selama dua hari itu 
kami tidak dibenarkan berjumpa dengan adik saya dan selama itu bapa saya tidak 
kelaut memikirkan adik saya. Setelah siasatan diambil, mereka memaksa adik saya 
untuk mengaku salah tapi adik saya ni hati kering sikit, dia tak mengaku salah 
sehinggakan di hari perbicaraan. Kami sekeluarga puas berdoa serta sembahyang 
hajat supaya adik saya mengaku salah walaupun kami rasa dia tak bersalah kerana 
ada seorang polis memberitahu jika adik saya mengaku salah denda mungkin 
RM5000.00 sahaja, penjara 1 hari dan lesen digantung 2
 tahun tapi mana kami nak dapat duit sebanyak tu apatah lagi nak melawan kes 
dan jika dia tidak mengaku perbicaraan mungkin makan masa 1 tahun dan denda 
mungkin meningkat hingga RM15000.00. Apabila mendengar adik saya tidak mengaku 
salah ibu saya sudah meraung diluar dan bapa saya mengurut dadanya. Apabila 
hakim berhenti untuk rehat bapa saya cuba meminta kebenaran untuk bertemu adik 
saya. Alhamdullillah mereka benarkan tapi dengan 3 orang pihak polis yang 
bertugas. Bapa saya cuba memujuknya untuk mengaku tetapi kata adik saya buat 
apa nak dia nak mengaku salah, dia tak buat salah pun malam tu cuma keluar 
makan dan balik. Dia berkata kalau dia tahu nak kena RM5000.00 biar dia 
berlumba malam tu. Tersandar bapa saya yang ditemani abang saya. Dia 
sekeras2nya berkata dia tidak akan mengaku salah. 
   
  Bapa saya cuba memujuk dengan berkata, "Adik kalau engkau buat kesalahan ini 
akibatnya engkau akan tanggung sendiri, tapi kalau engkau tak buat biar mereka 
tanggung. Abah cuma mahu adik mengaku saja sebab kalau adik tak mengaku, mana 
lagi abah nak cari duit nak lawan kes ni. Abah yang keluarkan duit dari titik 
peluh abah cari rezeki halal yang tak nampak dalam laut (kebetulan adik saya 
baru berkerja dan kami adik-beradik bergolok bergadai semata-mata nak cari 
RM5000.00). Akhirnya adik saya mengaku salah dan dia cakap memang dia tak halal 
duit yang abah dan kami adik- beradik keluarkan tu. Dia cakap biar buncit perut 
anak bini mereka. Geram agaknya.
   
  Setelah semua selesai kami pergi makan digerai yang berdekatan. Disana adik 
saya mengeluarkan satu slip saman yang dikeluarkan oleh pihak polis yang 
menahannya pada malam kejadian. Tertera di situ kesalahan melanggar lampu 
isyarat. Denda RM150.00. Abang saya bertanya bila saman itu dikeluarkan, dan 
adik memberitahu dia menerima pada pukul lapan pagi hari sabtu. Saman 
dikeluarkan dalam waktu dia direman. Dalam penjara tu ada lampu traffic light 
ker. Bapa saya cakap tak pe dia akan settle esok. Bukan settle apa cuma kalau 
boleh nak buat rayuan untuk kurangkan sebab dah kena RM5000.00.
   
  Keesokkan paginya bapa saya telah pergi berjumpa dengan ketua operasi pada 
malam adik saya ditahan untuk meminta rayuan mengurangkan denda RM150.00. 
Kebetulan ada beberapa orang koperal bersama dengan ketua tersebut. Ketua 
operasi tersebut dengan mengeleng kepala berkata, "yang lain yang saya suruh 
buat yang lain yang dibuat". Menurut ketua operasi tadi kes sebegini tak 
sepatutnya berlaku, 2 saman dikeluarkan untuk kes yang sama, satu untuk lumba 
haram dan satu lagi kesalahan melanggar taffic light dan saman yang kedua itu 
diberi semasa adik saya dalam tahanan. Ketua tadi meminta maaf kepada bapa saya 
atas kecuaian anak buahnya dan berkata kenapa tidak ditunjukkan saman itu pada 
hakim semasa hari perbicaraan kelmarin. Jika tidak adik saya hanya dikenakan 
saman atas kesalahan melanggar lampu isyarat saja RM150.00. Siapa yang kena 
na'nya ni. Ketua operasi tersebut memberi jalan supaya bapa saya berjumpa 
sendiri dengan ketua polis negeri untuk menyelesaikan kes ini kerana
 katanya dia tidak boleh berbuat apa2 kerana kes dah dibicarakan, denda 
RM5000.00 dah dibayar, lesen dah ditarik 2 tahun dan saman yang kedua telah 
key-in dalam komputer.
   
  Hari berikutnya bapa saya dengan semangat pergi ke Ibu pejabat polis negeri 
dengan harapan jika tidak boleh dapat balik RM5000.00 tu cukuplah kalau mereka 
memberi balik lesen adik saya sebab dia berkerja ataupun menarik balik saman 
yang kedua kerana ini atas kecuaian mereka sendiri. Setiba di ibupejabat pois 
negeri, bapa saya ditolak bagaikan ping pong, jumpa orang itu lah, jumpa orang 
ini lah, kebetulan bapa saya pergi seorang dan akhirnya tak berjumpa dengan 
ketua polis tapi jumpa dengan penolongnya aje. Berbagai-bagai soalan ditanya 
hinggakan bapa saya kata kalau tahu nak jadi begitu dia tak pergi buat rayuan 
pun tak pe. Katanya sakit hati saja cakap dengan pihak polis ni, orang lain 
yang nak jumpa orang lain yang disuruh jumpa.  Akhirnya bapa saya membayar 
saman yang kedua dengan RM150.00. Bapa saya cakap tutup kes. Kita tak de kabel 
kat sana. MESRA (rasanya tak berapa mesra kot sebab ada sesetengah polis tak 
diajar cara berbudi bahasa dengan orang ramai), CEPAT (
 rasanya tak begitu cepat sebab adik saya mendapat saman yang kedua tu lambat) 
BETUL (rasanya tak berapa betul kot kalau mereka kerap melakukan perkara 
sebegini). Mungkin salah adik saya juga sebab keluar melepasi pukul 12.00 
malam.Tak semua anggota polis tu tak betul tapi kalau seorang yang berkelakuan 
tidak elok mungkin semua akan dipandang tak elok.
   
   
   P/S: Jangan keluar lepas pada pukul 12.00 tengah malam kecuali jika ada hal, 
sebab orang lain yang melakukan kesalahan dan orang lain yang akan 
menanggungnya.
   
   
  Thank's


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to