BismiLlahirRohman nirRohim
   
   
  Penyertaan masih terbuka, daftar pada hari majlis insha Allah
   
  Seminar Pengajian Bersanad dan Sains Islam Malaysia 1427/ 2006 & 
  Pameran Khazanah Ulama Alam Melayu
  oleh Pengkaji 

anjuran bersama: 

  Yayasan Pembangunan Buku Negrara, 
  Pusat 'Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun,
  Pusat Penyelidikan & Penyebaran Khazanah Islam Islam Klasik dan Moden Dunia 
Melayu (Pengkaji), 
  Khazanah Ilmu Darul Iman (KIDI) 

Tarikh: 5 - 6, Ogos 2006-Sabtu & Ahad 
(program seharian selama 2 hari) 

Insha ALlah akan di adakan di: 

Auditorium Muzium Shah Alam Selangor 
(bersebelahan dengan Perpustakaan Shah Alam) 

Majalah rasmi: 
Dewan Agama & Falsafah
   
  Pengenalan: 
Pengajian Bersanad bermaksud pengajian yang diterima secara turun-temurun dan 
berkesinambungan. Perkembangan ini telah membentuk kajian ilmu Quran dan hadis, 
sejarah, kebenaran tauhid dan seumpamanya. Pengajian Bersanad sebenarnya masih 
dipelihara secara turun-temurun melalui tokoh-tokoh Islam yang boleh dipercayai 
kerana hadis mutawatir Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelaskan bahawa sentiasa 
akan ada di kalangan umatku yang berada atas kebenaran. 

Pengajian al-Quran dan al-Qiraat misalnya masih mengekalkan pengajian bersanad 
bagi menjamin al-Quran terpelihara dengan baik. Di samping itu juga, ilmu-ilmu 
lain juga diperturunkan secara bersanad. 

Perkataan ‘sains’ pada asalnya bermakna ‘pengetahuan’. Akan tetapi sejak 
beberapa tahun kebelakangan ini, perkataan ‘sains’ hanya dihubungkan dengan 
aspek empirikal. Sesuai dengan ajaran Islam yang diterima secara turun-temurun 
yang bersanad, sains yang menyeluruh dan holistik itu mengandungi ‘perkara yang 
tetap’ seperti pegangan tauhid Ahli Sunnah Wal Jemaah dan ‘perkara yang boleh 
berubah’ seperti aspek ijtihad. Dalam Sains Islam, ijtihadnya melibatkan 
penyelidikan antara prinsip, konsep dan kaedah serta keputusan ujian makmal 
yang berteraskan ‘perkara yang tetap’


  Tema dan objektif seminar ini diadakan adalah untuk mencapai hasrat berikut: 
  
   memperkenalkan kembali kaedah pengajian bersanad yang telah menyumbang 
kepada perkembangan keilmuan Islam. 
  
   ilmu-ilmu yang masih diterima secara bersanad di kalangan Ulama Melayu 
  
   membincangkan isu-isu yang timbul dalam pengajian bersanad 
  
   mengkaji pemikiran-pemikiran yang disuburkan oleh kaedah pengajian bersanad 
  
   memperbaiki tanggapan terhadap pengajian bersanad 
  
   mempertahankan ajaran Islam dengan kajian bersanad yang bertanggungjawab 
  
   memperkukuhkan Sains Islam dengan prinsip, kaedah dan konsep yang mudah 
difahami 
  
   berusaha mencari hipotesis, teori dan amalan sains yang berteraskan Islam 
  
   menumpukan pendekatan sintesis antara warisan pemikiran dan perkembangan 
pemikiran sains terkini 
  
   merangka gerak kerja Sains Islam dalam bentuk jangka panjang dari segi 
prinsip, kaedah dan hala tuju pengajian tradisi bersanad dan Sains Islam di 
Malaysia
  

akan menampilkan pembentangan daripada: 

  
Bahagian Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Bersanad: 

  
   Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah 
(Pengkaji & Khazanah Fathaniyah) 
Tajuk: Ciri-Ciri Penting Pemikiran Dalam Karya-Karya Ulama Alam Melayu 

  
   Ustaz Muhammad Uthman el-Muhammadi 
(Pensyarah Kehormat ISTAC UIA & Peneliti Mushaf Malaysia Yayasan Restu) 
Tajuk: Kerelevanan Wacana Ulama Dunia Melayu dan Kehidupan Masa Kini 

  
   Ustaz Othman Hamzah 
(Imam Besar Masjid Negeri Selangor) 
Tajuk: Jasa Pewarisan al-Qiraat Secara Bersanad: Kebenaran Umat Islam Yang 
Wajib Dipelihara 

  
   Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad 
(Mudir Pondok Wakaf Budi Sekam Patani Thailand) 
Tajuk: Pengajian Ilmu Usuluddin Bersanad di Pondok 

  
   Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar 
(ISTAC) 
Tajuk: Prinsip dan Kaedah Sains Islam. 

  
   Prof. Madya Dr. Shahidan Radiman 
(FST,UKM) 
Tajuk: Tradisi Pemikiran al-Ghazali dan Perkembangan Pemikiran Sains Teori 
Terkini 

  
   Dr. Muhammad Alinor bin Abdul Kadir 
(Setiausaha Agung Akademi Sains Islam Malaysia) 
Tajuk: Matematik dan Mantik: Pembelajaran dan Penyelidikannya 

  
   al-faqir ilallah Hj. Ibrahim bin Mohammad 
(Khazanah Ilmu Darul Iman) 
Tajuk: Tok Pulau Manis: Keilmuan dan Peranan Pendidikan Tasawwuf 

  
   Dr. Adi Setia Mohd Dom 
Tajuk: Sains Islam dan Cabaran Semasa 

  
   Mohd Zaidi Abdullah 
Tajuk: Pengajian Berkitab: Kejayaan Melepasi Era Penjajahan
  

Program Iringan 
# Diskusi Khas & Bengkel Penyelidikan Komiti Khas (tertakluk pada perubahan) 
Antara yang terlibat: 
1. Ustaz Dr. Luqman Abdullah (Ahli Lembaga Pemegang 
Amanah Pusat Pembangunan Pondok Berhad di Kelantan) 
2. Ustaz Zamihan Mat Ghari (ILIM) 

Penyertaan: 
Terbuka kepada individu, ahli akademik, agensi kerajaan dan swasta, NGO, 
pelajar dan pihak-pihak yang berminat. 

Yuran Penyertaan: 
Individu: RM 100.00 
Pelajar: RM 40.00 
* Tempat Terhad Tempahan Awal Digalakkan dan Penyertaan Akan Disertakan Sijil 
* Peserta akan disediakan bahan kertas kerja,makan minum(3 x sehari) sepanjang 
program insha ALlah 


Diuruskan oleh: 
Kurnia Ilham (001410986-A) 
www.ilhamkanku.com.my 
http://ilhamkanku.tripod.com 

Sebarang pertanyaan, hubungi: 

019-3402578 (Hj. Ghazali) 
019-6436872 (Ust. Mohd Zaidi Abdullah) 
013-9932644 (Mohd Rizal) 

[EMAIL PROTECTED] 
[EMAIL PROTECTED] 



Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to