Tersentuh rasanya bila membaca berita ini.. keluhan seorang ibu.. ibu bapa mana 
yang tak sedih.. anak yang dilahirkan, dimandikan, dibedak, dipakaikan baju, 
disusukan badan, ditimangkan, didodoikan, dimanjakan..dilihat dari kecil, 
baring, meniarap, merangkak, bertatih berjalan, berdiri kemudian sudah boleh 
berjalan..dan berlari.. dari mulut yang tak pandai berkata.. hanya 'baby 
talk'.. kemudia mula menuturkan beberapa patah perkataan.. membentukkan ma atau 
pa.. mungkin juga ayah atau ibu.. akhirnya petah berkata2... yang kemudian 
boleh juga mengaji.... dibawa kehulu kehilir, kepasaraya, ke gedung membeli 
belah, kerumah nenek, ibu, saudara mara..didokong, dibelai dengan manja... 
masuk ke alam tadika.. kemudian ke alam persekolahan.. terlalu banyak 'steps' 
atau tahap yang harus dilalui oleh ibu bapa dengan penuh kesabaran, penuh 
kepayahan.. wang ringgit dilaburkan..semua untuk mendidik, membahagiakan anak.. 
bila besar nanti akan berjasa kepada ibu bapa.. mendoa'kan mereka..
  ..tetapi segala pengorbanan yang dilalui itu.. lenyap dengan serta merta 
hanya kerana cinta pada seorang laki yang asing yang baru muncul.. kononnya 
'soul mate'... murahnya cinta seorang anak kepada kedua ibu bapanya.. diherdik, 
dimarahi mereka kerana tidak mengikut kehendaknya, "semuanya kena ikut cara ibu 
bapa".. hati mana yang tak tersentuh bila anak mula membelakangi ibu bapa.. 
sudah mula pandai memilih hidup tanpa panduan ibubapa yang telah berjasa 
berpuluh tahun.. tiada persamaan walau apa pun balasan kita terhadap 
pengorbanan ibu bapa.. terutama ibu yang mengandung kita selama 9 bulan..tidak 
terbalas kesakitan, malu, penat yang ditanggung... yang sudah lama bekeluarga 
sendiri telah melaluinya..anak tidak mahu mendengar kata ibu bapa mereka lagi.. 
itulah yang telah terjadi kpd masyarakat kita.. mat rempit, bohsia, penagih 
adalah sebahagian dari mereka...  Semoga Allah memperkenankan do'a Mak Som dan 
juga ibu bapa yang mengalami situasi yang sama juga do'a kita semua
 supaya terpelihara aqidah dan iman kita kepada-NYA sehingga akhir hayat insha 
ALlah.. Amiin..
   
  WALlahu'alam
   
  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
  
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
   
  Ibu ke Mekah doa Lina Joy kembali ke pangkuan Islam - Oleh Sadatul Mahiran 
Rosli  KUALA LUMPUR 17 Ogos – Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah 
merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali 
semula ke pangkuan Islam.
   
  “Ini adalah amanat dan harapan mak sebelum mak bertolak menunaikan umrah.
   
  “Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat,’’ rayu ibu itu yang mahu 
dikenali sebagai Mak Som kepada Azlina dalam satu pertemuan dengan pemberita di 
sini hari ini.
   
  Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya 
Alin dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai 
seorang Muslim.
   
  Menurut Mak Som, keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya 
walaupun keadaannya telah berubah.
   
  “Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali 
merestui anak saya murtad.
   
  “Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama 
Islam,’’ katanya dengan nada sedih. 
   
  Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan 
keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.
   
  Hadir sama dalam pertemuan yang diaturkan oleh Majlis Perundingan Wanita 
Islam dan Mothers in Iman itu ialah dua adik-beradik Azlina dan jirannya.
   
  Tambah Mak Som, Azlina merupakan anak ketiga daripada enam beradik telah 
cukup diberi pendidikan agama sejak kecil.
   
  “Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya 
meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.
   
  “Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa 
bulan puasa,’’ jelasnya.
   
  Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui 
telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia 
balik ke rumah meraikan bersama-sama.
   
  “Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak 
berjumpa dengannya,’’ katanya.
   
  Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar 
dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak 
pernah diduga keluarganya.
   
  “Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang 
ke pangkuan mereka.
   
  “Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi 
nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, 
namun dia tidak menghadirinya,’’ katanya.
   
  Beliau sebagai wakil keluarga berharap rayuan ibu dan keluarganya mendapat 
perhatian Azlina.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to