Dalam pada banyak suratkhabar memaparkan gambar/berita perkahwinan Datuk Khalid 
dan Isteri... Harian Metro memaparkan beberapa berita rogol.
   
  Moga kita yang ada anak perempuan tu, tolonglah pantau/kawal/selidik 
pergerakan anak kita...
   
  ---------------------------------------------------------------------------
  http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Section/indexm_html?mysec=Setempat
   
   
  Pelajar dirogol kekasih
   
  KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar berusia 14 tahun keluar 
bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa memaklumkan perkara itu kepada 
keluarganya membawa padah apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di 
sini, kelmarin.
   
  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Deputi Superintendan Nik 
Zuraidi Othman, berkata sebelum kejadian, mangsa bersetuju dengan ajakan teman 
lelakinya yang bekerja sebagai petani untuk keluar makan dan bersiar-siar.
   
  Selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke sebuah rumah sebelum dirogol.
   
  “Bapa mangsa dimaklumkan orang ramai anaknya berada di sebuah rumah. Dia 
kemudian menyerbu rumah terbabit dan mendapati anaknya bersama seorang lelaki 
lalu menyuruh mangsa pulang ke rumah,” katanya.
   
  -----------------------------------------------------
  Rogol bergilir-gilir di rumah kosong
   
  MELAKA: Gara-gara menemani tiga lelaki untuk mencari rumah sewa, seorang 
wanita menjadi mangsa rogol bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Jalan 
Balai Panjang dekat sini, malam Khamis lalu.
   
  Tiga lelaki itu hanya dikenali dengan nama samaran oleh wanita berkenaan dan 
tidak diketahui identiti sebenarnya.
   
  Kejadian itu berlaku jam 5.30 petang, 17 Ogos lalu apabila wanita berumur 24 
tahun dari Kampung Klebang Kecil itu ke rumah kawannya di Kampung Bachang.
   
  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Pentadbiran), Deputi 
Superintendan Gan Chip Pho, berkata ketika menunggu rakannya, tiga lelaki 
datang ke rumah berkenaan dengan sebuah kenderaan.
   
  Katanya, lelaki berkenaan mendakwa ingin mencari bilik kosong di kawasan 
bandar dan mengajak wanita berkenaan mengikut mereka.
   
  Mereka kemudian meronda di kawasan bandar tetapi tidak menemui bilik kosong 
dan dalam perjalanan pulang itu, lelaki berkenaan singgah ke sebuah rumah 
kosong di Jalan Balai Panjang.
   
  Beliau berkata, salah seorang daripada lelaki itu memaksa wanita itu 
mengadakan hubungan seks tetapi wanita berkenaan enggan berbuat demikian dan 
lelaki itu terus merogolnya.
   
  Katanya, wanita berkenaan mendakwa dirogol beberapa kali oleh ketiga-tiga 
pemuda itu ketika tiba di rumah kosong berkenaan pada jam 7.20 malam.
   
  Selepas merogolnya, lelaki berkenaan menghantar wanita itu pulang ke 
  rumahnya di Klebang Kecil, kira-kira jam 9 malam.
   
  Wanita berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis 
Tengkera pada jam 1.17 pagi, Jumaat lalu.
   
  Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
   
  ------------------------------------------------------
   
  21 kali dirogol datuk saudara
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
[EMAIL PROTECTED]
   
  MELAKA: Seorang pelajar pendidikan khas di sekolah menengah di Merlimau dekat 
sini, mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram 21 kali oleh datuk saudaranya 
sejak setahun lalu.
   
  Pelajar terencat akal berumur 15 tahun dari Tiang Dua itu tidak berani 
memberitahu keluarga kerana takut dimarahi mereka.
   
  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Pentadbiran), Deputi 
  Superintendan Gan Chip Pho, berkata datuk saudara pelajar terbabit sering 
melakukan perbuatan itu dengan membawa mangsa bersiar-siar menggunakan kereta 
dan berhenti di tempat sunyi di ladang pokok kelapa sawit di Tiang Dua.
   
  Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila guru sekolah berkenaan 
mendapati pelajar itu sering murung lalu mula menyoalnya.
   
  Guru wanita berumur 47 tahun itu memanggil mangsa datang ke pejabat dan 
memintanya menceritakan apa yang berlaku terhadapnya.
   
  Mangsa mendakwa dirogol datuk saudaranya dengan menyuruhnya menaiki kereta 
sebelum dibawa ke tempat sunyi di ladang kelapa sawit.
   
  Pelajar itu juga memberitahu gurunya dia sudah dirogol datuk saudaranya 21 
kali sejak bersekolah di situ pada tahun lalu.
   
  Menurutnya, guru berkenaan membuat aduan polis kerana khuatir mangsa akan 
diapa-apakan datuk saudaranya selepas menceritakan kejadian berkenaan.
   
  Dia membuat laporan di Balai Polis Merlimau pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi.
  Sehingga kini, datuk saudara itu belum ditangkap dan polis masih memburu 
lelaki berkenaan.
   
  Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376B dan jika sabit dengan kesalahan 
boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
   
  ----------------------------------------------------
   
  Sejam rendam dalam perigi
Oleh Rosliza Mohamed
   
  KOTA BHARU: Seorang wanita terpaksa berendam dalam perigi sedalam kira-kira 
lima meter hampir sejam selepas dicampak seorang lelaki yang gagal merogolnya 
di Kampung Merbau, Paya Purnama, dekat sini, semalam. 
   
  Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Jamaliah Shafie, 38, berjalan 
bersendirian ke rumah rakannya sebelum datang seorang penunggang motosikal 
berbadan sasa yang tidak dikenalinya.
   
  Lelaki itu kemudian bertanya arah tujuan mangsa sebelum mempelawa menaiki 
motosikal untuk dihantar ke rumah terbabit.
   
  Menurut Jamaliah, kerana percaya dengan pelawaan lelaki itu, dia membonceng 
motosikal berkenaan.
   
  “Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menunaikan janji, sebaliknya membawa 
saya ke kawasan semak di halaman sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni. 
   
  “Setibanya di situ, dia bertindak ganas dan cuba merogol saya. Bagaimanapun, 
saya melawan menyebabkan lelaki itu naik berang,” katanya ketika ditemui di 
sini, semalam. 
   
  Marah dengan tindakan Jamaliah, lelaki itu mengugut akan membunuh mangsa 
sebelum memikul lalu mencampakkannya ke dalam perigi.
   
  “Ketika itu saya takut kerana gelap dan kesejukan. Saya berada dalam perigi 
itu hampir sejam. Saya menjerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan 
anggota bomba,” katanya.
   
  Selain cedera di kepala dan lebam di muka serta badan, pekerja am di Machang 
itu turut kehilangan gelang emas dan beg tangannya yang dilarikan suspek.
   
  Sementara itu, seorang penduduk, Leep a/l Cawang, 50-an, berkata kejadian itu 
disedari anaknya yang mendengar jeritan mangsa dari arah rumah usang berkenaan.
   
  Beliau berkata, anaknya kemudian menghubungi bomba untuk menyelamatkan mangsa 
yang terperangkap dalam perigi itu.



Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to