Jika benar dakwaan ini.. marilah kita sesama membantu saudara kita yang bersusah payah mengarang dan menerbitkan buku mereka dan boikot "Siri Pintar Membaca', selain dari membantu, keberkatan dan keredhaan ALlah juga kita cari... keterangan lanjut di bawah.. WALlahu'alam -------------------------------------------------------- Penerbit buku saman RM1j Oleh Azlan Hafeedz KOTA BHARU: Pasangan suami isteri yang juga penerbit buku `Bacalah Anakku memfailkan saman RM1 juta terhadap syarikat yang menerbit `Siri Pintar Membaca berpejabat di Kuala Lumpur kerana mendakwa hasil karya mereka ditiru. Othman Ahamad, 43, dan isterinya, Nik Eliani Nik Nawi, 43, melalui peguam, Nor Hayati dan Nourlind atau Roozi Rasdi, mendakwa perasaan mereka tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian besar berikutan syarikat itu menjual buku berkenaan lebih murah iaitu RM3.50 seunit berbanding harga mereka RM35.90 untuk satu set. Pasangan itu memfailkan saman melalui peguam mereka di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, 21 Ogos lalu. Melalui writ saman itu, Othman dan Nik Eliani mendakwa set buku Siri Cepat Membaca `Bacalah Anakku yang mengandungi lapan buku ditiru apabila syarikat itu, Scholars Publications Sdn Bhd menerbit dan menjual lapan buku bertajuk `Siri Pintar Membaca. Malah, pasangan suami isteri terbabit turut memfailkan saman terhadap penulis buku `Siri Pintar Membaca berkenaan. Mereka mendakwa, syarikat dan penulis buku itu menciplak hasil karya mereka sebelum menjualnya ke seluruh negara. Menurut pasangan itu, dalam Buku Satu Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Satu `Bacalah Anakku. Sebagai contoh, muka surat 14,15,16 dan 17 dalam Siri Pintar Membaca ditiru dan diubahsuai daripada halaman 13,14,15 dan 16 dalam buku Bacalah Anakku. Dalam buku Dua Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Dua Bacalah Anakku iaitu muka surat 3,9,12,13 dan 15 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 2,8,11,12 dan 14 Bacalah Anakku. Pada muka surat 5,6,7 dan 14 Buku Tiga Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar digunakan turut ditiru dan diubahsuai daripada halaman 3,4,8 dan 9 Bacalah Anakku. Dalam buku Empat Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Empat Bacalah Anakku, iaitu muka surat 2,3,4,5,6,8 dan 9 ditiru dan diubahsuai daripada muka surat 1,2,3,4,5 dan 6 Bacalah Anakku. Dalam buku Lima Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang digunakan ditiru dan diubahsuai daripada buku Lima Bacalah Anakku, iaitu muka surat 2,3,4,5,6,7 dan 8 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3,4 dan 5 Bacalah Anakku. Dalam buku Enam Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang digunakan, ditiru dan diubahsuai daripada Buku Enam Bacalah Anakku, iaitu muka surat 2,4,5,6 dan 8 ditiru dan diubahsuai 1,2,3 dan 4 Bacalah Anakku. Dalam buku Tujuh Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang digunakan, diubahsuai daripada buku Tujuh Bacalah Anakku, iaitu muka surat 2,3,4 dan 9 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3 dan 8 Bacalah Anakku. Dalam buku Lapan Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang digunakan, ditiru dan diubahsuai daripada buku Lapan Bacalah Anakku, iaitu muka surat 2,3,4,5 dan 13 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3,4 dan 12 Bacalah Anakku
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete untuk keterangan lanjut --------------------------------- New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! [Non-text portions of this message have been removed] Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/