From:
  [EMAIL PROTECTED]    Date:  Fri, 20 Oct 2006 00:20:20 -0000    Subject:  
PPIMalaysia : BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU 
HASSAN DIN        BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU 
HASSAN DIN 

KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA 
DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.

Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua 
ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan 
satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang 
melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. 
Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha 
Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. 
Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di 
Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan 
Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk 
di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta 
membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah 
pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak 
bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih 
intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. 
Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan 
difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan 
tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah 
setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap 
professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan 
Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-
perkara berikut adalah nyata:

Dato' Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah 
MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah 
kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA 
PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar 
prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum 
memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

Dato' Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, 
PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat 
seolah-olah Dato' Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat 
Islam sebagai zalim.

Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO' HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan 
LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. 
Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL 
daripada pihak Dato' Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar 
Istana.

Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI 
KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato' Hassan selaku Ulamak yang 
amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan 
diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik 
balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN 
SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau 
berikan.

PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA 
SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di 
laman web ini supaya Y.Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau 
`malice' terhadap beliau.

PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud 
jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit 
rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan 
semangat ukhuwah dan jihad Islam.

Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN 
GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan 
banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.

Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN 
SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA 
YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA 
YANG AMAT KOTOR.

SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI 
DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH 
DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI 
DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI 
SEBELUM INI.

Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, 
tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai 
peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, 
BENAR DAN NYATA.

PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi 
dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan dipercayai didalangi dan dirancang oleh 
SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu 
sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan 
telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. 
Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini! 

Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan 
berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan 
mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara 
yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan 
sekeras-kerasnya.

Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan ahli groups ini khususnya 
dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan
memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan 
buruk pihak pengurusannya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi 
memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang 
akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.

Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN 
AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan 
berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi 
menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati 
mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian 
besar kepada para penipu..

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak 
dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di 
antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat 
kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM. 

Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-

Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi 
menfaat kepada Ummah;

Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan 
ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu 
membantu dan kasih mengasihi;

Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam 
walaupun agak susah sedikit;

Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita 
walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa 
kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;

Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana 
mungkin;

Jangan beli produk yang kotor;

Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu 
musuh Islam;

Cari syarikat yang "Muslim Friendly Organisation (MFO)" jika berurusan dengan 
syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll; 

Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap 
keperluan Islam;

Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh 
menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;

Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika 
dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti 
Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada 
syarikat roti 100% Islam.

Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu 
menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian empah, sos, restoran, mee, kopi, 
insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai 
jahit, kek, kicap, .......

" Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah 
jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar..."

Sekian terima kasih.

- PPIM -


 
                
---------------------------------
 What is the internet to you?
 Contribute to the Yahoo! Time Capsule and be a part of internet history.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to