UTUSAN MALAYSIA -SASTERA ARKIB : 15/06/2008 Keputusan pemenang PENGHARGAAN HSKU 2007 Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air. HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan penulis tersohor melontarkan cabaran kepada yang baru. Kini acara HSKU tercatat dalam kalendar kesusasteraan kerana diadakan saban tahun, tidak terlangkau walaupun sekali. Acara penyampaian hadiah HSKU 2007 tahun ini akan diadakan pada Jumaat ini di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pukul 8 malam. Tetamu kenamaan HSKU 2007 ialah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang akan melancarkan antologi karya-karya pemenang kali ini. Secara sepintas lalu, HSKU 2007 dikuasai oleh penulis generasi baru yang pernah memenangi HSKU sebelum ini. Penulis-penulis ini kelihatan konsisten dan produktif serta memperlihatkan pendekatan dan pemikiran yang baru dalam karya- karya mereka. Berikut ialah senarai penuh pemenang HSKU 2007. KATEGORI NOVEL REMAJA Hadiah pertama (RM7,000)Khazanah Warisnya Kalbu-Sri Rahayu Mohd Yusop Hadiah kedua (RM4,500)Sayap-sayap Cendekia-Nisah Haron Hadiah ketiga (RM3,000)Baromkeh: Matamu di Mataku-Ummi Hani Abu Hassan KATEGORI CERPEN REMAJA 3 Hadiah Utama (RM2,500) Banglo Kolonial di Lot 152-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia 2 Disember 2007 Cerita Sagita dan Sagupa-Saifullizan Yahaya-Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007 Rumah Nurul Iman- Ghafirah Idris-Utusan Melayu Mingguan 28 Mei 2007 6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu) Dunia di Pergelangan Tanganku-Dr. Ilias @ Illias Zaidi- Mingguan Malaysia 28 Ogos 2007 Kalendar Baru Abang-Siti Aminah Mat (Tie Camar)-Mingguan Malaysia 15 April 2007 Mamaku Menteri-Salina Ibrahim -Utusan Melayu Mingguan 22 Januari 2007 Selamat Kembali Nurul Merdeka-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007 Tiga Catatan di Tiga Perhentian-Lim Swee Tin-Mingguan Malaysia 2 September 2007 Wira Mandala Hijau-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Mingguan Malaysia 2 Julai 2007 KATEGORI CERPEN 3 Hadiah Utama (RM3,000) Dari Suatu Tikungan Lorong-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 4 Februari 2007 Moluska-Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)-Mingguan Malaysia 29 Julai 2007 Warna-Faizati Mohd Ali-Mingguan Malaysia 4 November 2007 6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu) Cerita Sebuah Lembah-Muhammad Lutfi Ishak- Mingguan Malaysia 16 Disember 2007 Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir-Mohamed Ghozali Hj. Abdul Rashid (Malim Ghozali PK)-Mingguan Malaysia 23 Disember 2007 Jihad Sang Hamba-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Utusan Melayu Mingguan 26 Mac 2007 Laut Tetap Bergelora-Zaharah Nawawi -Mingguan Malaysia 11 November 2007 Nilai Cinta Kita-Azizi Haji Abdullah-Mingguan Malaysia 9 September 2007 Putik Qunaitara-Ummi Hani Abu Hassan-Mingguan Malaysia 10 Jun 2007 KATEGORI PUISI 3 Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu) Denyut Murba-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007 Menggeledah Nurani-Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy) -Mingguan Malaysia 14 Oktober 2007 Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud-Muhamad Ikram Abdullah-Mingguan Malaysia 27 Mei 2007 6 Hadiah Penghargaan (RM500-setiap satu) Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan-Wahyu Budiwa Rendra A.Wahid (WB Rendra)-Mingguan Malaysia 20 Mei 2007 Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib-Shamsudin Othman-Mingguan Malaysia 25 Februari 2007 Ingatan Kepada Kawan xx-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 11 November 2007 Lidah Anakku Berbelang-Belang-Zainal Abidin Suhaili (Abizai) -Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007 Luka Pujangga Bangsa-Roslizan Yaacob (Marjan S)-Mingguan Malaysia 18 November 2007 Sajak Anum Kepada Jebat-Siti Raihani Mohamed Saaid-Mingguan Malaysia 13 Mei 2007 KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA Kajian Sastera (RM2,000) Tiada Pemenang Rencana Sastera (RM1,000) Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?-Dr. Mohd Zariat Abdul Rani-Pemikir-Oktober – Disember 2007 NOVEL REMAJA -BAHASA INGGERIS Hadiah pertama (RM7,000) Peace Child-Seliong ak Wau Hadiah kedua (RM4,500) Magic Eyes-Teoh Choon Ean Hadiah ketiga (RM3,000) Dahlia-Sherifah Binti Baharudin ================================================================= Gempuran penulis wanita di HSKU 2007 Oleh AZMAN ISMAIL
KHAIRUNNASRIAH ABDUL SALAM Sastera Malaysia. Ia tumbuh dalam persekitaran masyarakat yang mencintai damai, keharmonian dan rasa integrasi yang menebal. Sastera dibangunkan menjadi sebuah tujuan yang tidak lain merupakan ruang katarsis diri manusianya. Oleh itu, sastera menyediakan ruang yang sangat besar untuk mewujudkan wacana tentang apa jua aspek. Boleh sahaja tentang kemanusiaan, gender, ekonomi, politik dan sebagainya. Begitu dengan para penulisnya. Sesiapa sahaja boleh berkarya, sama ada lelaki dan wanita. Dalam konteks Malaysia peranan kedua-dua golongan ini sangat ketara. Ghairah penulis wanita dalam berkarya di negara ini adalah fakta yang tidak boleh diketepikan. Di satu sisi, hal ini dapat diertikan sebagai upaya perjuangan sastera wanita yang selama ini didominasi oleh penulis-penulis lelaki. Pada awal kemunculan kesusasteraan di negara ini, pengarang-pengarang wanita terlalu sedikit. Ia antara lain disebabkan oleh faktor budaya dan adat resam yang tidak terlalu memberi peluang kepada golongan wanita untuk menikmati pendidikan tinggi. Hari ini, keadaan tersebut sama sekali berbeza. Penulis wanita menjadi sebahagian daripada khazanah kesusasteraan tanah air. Malah, dalam beberapa aspek ia lebih dominan berbanding penulis lelaki. Dalam erti kata lain, penulis-penulis wanita berjaya membuka tirai baru dalam kepengarangan. Ada tema-tema yang lebih rencam, segar dan sering mewakili isu yang berkaitan dengan golongan mereka secara tuntas. Pada 20 Jun ini akan berlangsung majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007)- sebuah program pembangunan kesusasteraan yang mendapat kerjasama ExxonMobbil. Di sebalik sebalik prestij HSKU 2007, sebenarnya ada sisi lain yang cukup menarik iaitu kelahiran penulis-penulis wanita yang hingga kini terus mewarnai pesada sastera tanah air. HSKU 2007 sekali lagi membuktikan kemampuan penulis-penulis wanita, sejajar dengan hasrat Kumpulan Utusan untuk meningkatkan kelahiran pengarang daripada golongan itu. Beberapa pengarang wanita menguasai kategori-kategori utama. Misalnya kategori Novel Remaja, ketiga-tiga pemenangnya adalah penulis wanita iaitu Sri Rahayu Mohd. Yusop (Warisnya Kalbu) yang berjaya meraih tempat pertama dan akan membawa pulang RM7,000. Tempat kedua dimenangi oleh Nisah Haron (Tawarikh Cinta) dengan hadiah wang tunai RM4,500 manakala Ummu Hani Abu Hassan (Baromkeh: Matamu di Mataku) akan menerima RM3,000. Begitu juga kategori Cerpen Remaja yang yang masing-masing menawarkan RM2,500. Dua daripada tiga pemenang utama adalah penulis wanita. Kategori tersebut menampilkan Khairunnasriah Abdul Salam (Banglo Kolonial di Lot 152) yang pernah meraih kategori yang sama pada HSKU 2006 dan Ghafirah Idris (Rumah Nurul Imam). Seorang lagi pemenang bagi kategori tersebut ialah Saifulizan Yahya (Cerita Sagita dan Sagupa) manakala enam pemenang hadiah penghargaan yang masing-masing berjumlah RM800 ialah Dr. Ilias @ Illias Zaidi (Dunia di Pergelangan Tanganku), Siti Aminah Mat (Kalendar Baru Abang) dan Salina Ibrahim (Mamaku Menteri). Tiga lagi penerima hadiah penghargaan ialah Khairunnasriah Abdul Salam (Selamat Kembali Nurul Merdeka), Dr. Lim Swee Tin (Tiga Catatan di Tiga Perhentian) dan Khairun Hafiz Abdul Rahman (Wira Mandala Hijau). Faizati Mohd. Ali yang melahirkan cerpen Warna turut menduduki salah satu daripada tiga hadiah utama kategori Cerpen yang masing-masing menawarkan RM3,000. Dua lagi pemenang kategori ini ialah Zainal Palit (Dari Suatu Tikungan Lorong) dan Syed Mohd. Zakir Syed Othman (Moluska) manakala lapan hadiah penghargaan yang menawarkan RM800 masing-masing dimenangi oleh Muhammad Lutfi Ishak (Cerita Sebuah Lembah) dan Mohamed Ghozali Abdul Rashid (Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir). Empat lagi penerima hadiah penghargaan ialah Khairul Hafiz Abdul Rahman (Jihad Sang Hamba), Zaharah Nawawi (Laut Tetap Bergelora), Azizi Abdullah (Nilai Cinta Kita) dan Ummu Hani Abu Hassan (Putik Qunaitara). Sementara itu, tiga hadiah utama kategori puisi yang masing-masing menawarkan RM1,000 memperlihatkan penguasaan penulis lelaki iaitu Zainal Palit (Denyut Murba), Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Menggeledah Nurani) dan Muhamad Ikram Abdullah (Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud). Enam hadiah penghargaan masing-masing bernilai RM500 pula di menangi oleh Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid (Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan), Shamsudin Othman (Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib), Zainal Palit (Ingatan Kepada Kawan xx) Zainal Abidin Suhaili (Lidah Anakku Berbelang-belang), Roslizan Yaakob (Luka Pujangga Bangsa) dan Siti Raihani Mohamed Said (Sajak Anum Kepada Jebat). Dalam pada itu, Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani bakal menerima RM1,000 bagi Kategori Rencana Sastera menerusi tulisannya, Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu yang disiarkan dalam majalah Pemikir, Oktober - Disember 2007. Novel Remaja Bahasa Inggeris juga memperlihatkan penulis wanita menduduki tempat kedua dan ketiga iaitu Teoh Choon Ean (Magic Eyes) serta Sharifah Baharuddin (Dahlia) yang masing-masing bakal menerima RM4,500 dan RM3,000. Tempat pertama kategori ini dimenangi oleh Seliong ak Wau (Peace Child). Beliau meraih RM7,000.