siapa yang merasa memiliki hak, bahwa sastra bukan alat dakwah, wahai putri cantik Ayu Utami? ilmu pengetahuan? Di dalam hidup itu semua berkembang, ibarat sungai mencari jalannya sendiri. tidak ada lagi yang boleh memaksakan kehendak yang satu kepada kehendak yang lain. itulah kalau dirinya merasa benar. Wahai, para sastrawan, janganlah merasa diri paling benar. tapi marilah kita berbuat benar. tntu denan versi dan keyakinan masing-msing.
tetep sumangeet gola gong --- On Mon, 12/29/08, anuv chaviddy <viddy...@yahoo.com> wrote: From: anuv chaviddy <viddy...@yahoo.com> Subject: [ac-i] Ayu Utami disedut BERITA HARIAN To: viddy...@yahoo.com, spm-gap...@yahoogroups.com, apresiasi-sas...@yahoogroups.com, dik...@yahoogroups.com, artculture-indonesia@yahoogroups.com, mediac...@cbn.net.id, boemipu...@yahoo.com, bonar...@yahoo.com Date: Monday, December 29, 2008, 4:48 PM BERITA HARIAN _* SASTERA Sastera.com: Ayu Utami sangkal kehebatan novel Ayat-ayat Cinta Oleh Irdawati Hamzah bhsast...@nstp. com.my Ayu Utami DETIKNEWS,COM dalam blog http://greatliterar yworks.com/ /ayu-utami-ayat-ayat-cinta- pengecut/ mendedahkan kecaman pengarang sensasi Indonesia, Ayu Utami membidas Ayat-ayat Cinta karya Habiburahman el-Shirazy yang terus meletup di pasaran Indonesia dan Malaysia meskipun sudah berada di pasaran sejak 2004. Ayu Utami yang mencipta nama selepas kehadiran novel berunsur seks, Saman, mengejutkan dunia sastera Indonesia apabila melabelkan Ayat-ayat Cinta yang sudah terjual lebih 300,000 naskhah di seluruh Asia Tenggara dan diiktiraf novel Islam sebelum ini, sebagai karya picisan kerana menggunakan resipi cerita pop Hollywood 1950-an. “Bezanya di Hollywood karya bernada Kristian yang diketengahkan manakala di sini Islam dijadikan pilihan, tetapi kedua-dua ini memberi kesudahan cerita yang serupa iaitu agama sebagai jalan penyelesaian dan pasti menang dalam apa keadaan sekalipun,” katanya dalam wawancara itu. Ayu Utama tampak yakin bahawa kekuatan Ayat-Ayat Cinta adalah kerana judulnya selain seronok dibaca dan mempunyai keterampilan dalam penulisan di samping berupaya menghiburkan pembaca, berkongsi kepercayaan pandangan orang ramai iaitu suka melihat jika ada yang memeluk agama Islam. Selain itu, minda masyarakat Indonesia yang masih berada di takuk lama dengan keinginan kisah hitam putih penuh optimis yang dapat menghiburkan mereka kesan daripada berakhirnya reformasi dan kekacauan, menjadi antara ciri yang menjulang novel terbabit. “Novel ini mengangkat lelaki sebagai orang penting dalam masyarakat apabila memenuhi keinginan dan impian mereka untuk tampil sebagai insan dicintai ramai wanita, lalu penyelesaian adalah mudah dengan mematikan watak isteri kedua, sama seperti cerita Hollywood pada 1950-an”, ujarnya lagi. Justeru, pengarang itu tidak berasa pelik apabila novel terbabit tidak mendapat pengiktirafan di kalangan sasterawan atau pengkritik sastera aliran utama dan hanya disanjung penulis yang bergabung dalam Forum Lingkar Pena (FLP) iaitu tempat Habiburrahman el-Shirazy bernaung. Bagi Ayu Utama, persepsi bahawa novel Ayat-Ayat Cinta bukanlah sastera tidak perlu dirisaukan kerana dari 1920-an hingga mutakhir ini, tiada batas lagi antara sastera pop dan serius, selain yang lebih penting bait ayatnya menarik serta pembahagian sedemikian bukan suatu yang penting. “Kelemahan novel ini ialah nafsunya pada kebenaran, tetapi ini tidak perlu dijadikan sebagai kayu ukur memandangkan pengarangnya mengakui ia novel dakwah. Ia menjadi tidak menarik kepada sesetengah pihak kerana sastera bukan alat berdakwah, tetapi mengetengahkan nilai dalam masyarakat. Ia tidak semudah mengaminkan doa di masjid atau gereja,” ujarnya. Nikmati chatting lebih sering di blog dan situs web Gunakan Wizard Pembuat Pingbox Online