DALAM NEGERI-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










Budaya: Tidak wujud soal tiru-meniru
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan hari ini menegaskan tidak wujud soal tiru-meniru atau
pengambilan hak pembudayaan tradisi antara masyarakat Malaysia di
Negeri Sembilan dan rakyat Indonesia di Sumatera Barat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, masyarakat Indonesia
di Sumatera Barat yang telah berhijrah ke Negeri Sembilan beratus-ratus
tahun lamanya, bebas untuk mengamalkan adat istiadat mereka.

''Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah
menggariskan bahawa satu-satu kaum yang berhijrah antara satu sempadan
dengan sempadan negara yang lain, mereka berhak membawa budaya dan cara
hidup secara tradisi sama ada menerusi bahasa, muzik atau pembudayaan
lain.

''Oleh itu, soal budaya tidak seharusnya dipermainkan menerusi media
sehingga Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang hanya bersifat
mempertahankan hala tuju pembudayaan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kunjungan muhibah
19 wartawan Bukittinggi, Sumatera Barat di kementeriannya di sini hari
ini.

Rais berkata, dalam pertemuan itu, kumpulan wartawan Indonesia
tersebut juga menyifatkan, pihak-pihak tertentu yang mengkritik isu
tarian Pendet sebagai keterlaluan.
''Mereka juga mengatakan golongan tersebut hanya diwakili oleh
kumpulan yang kecil dan tidak mewakili rakyat Indonesia secara
keseluruhannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya akan merapatkan lagi
usaha seni budaya antara antara kedua-dua buah negara melalui dua
program yang akan diadakan di Malaysia dan Indonesia.

''Kita menyambut baik usul untuk mengatur beberapa program
termasuklah program seni penulisan tentang adat istiadat, adat Pepatih
dan adat Temenggung.
''Selain itu, kita akan menentukan sama ada beberapa artis
tradisional dapat bertukar-tukar persembahan antara kedua-dua negara
dari semasa ke semasa," katanya.


  



addthis_pub             = 'UtusanOnline'; 
addthis_logo            = 
'http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif';
addthis_logo_background = 'EFEFFF';
addthis_logo_color      = '666699';
addthis_brand           = 'Utusan Online';
addthis_options         = 'favorites, email, digg, delicious, myspace, 
facebook, google, live, more';




      __________________________________________________________
Coba Yahoo! Messenger 10 Beta yang baru. Kini dengan update real-time, 
panggilan video, dan banyak lagi! Kunjungi http://id.messenger.yahoo.com/

Kirim email ke