DALAM NEGERI-UTUSAN MALAYSIA
   
Ismail Hussein kekal terajui Gapena
KUALA LUMPUR 3 Julai - Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein  mengekalkan 
rekod tanpa kalah sejak 40 tahun lalu apabila berjaya  mengekalkan jawatan 
Ketua 
Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional  Malaysia (Gapena) dalam pemilihan 
persatuan itu hari ini.

Beliau yang memperolehi 55 undi mengetepikan pencabarnya, Amiruddin  Md. Ali 
Hanafiah iaitu seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Jinjang dengan 
kelebihan 36 undi..

Ini merupakan cubaan kali kedua Amiruddin untuk menduduki pucuk  pimpinan 
Gapena 
sejak 2008.

Turut mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan sempena  Mesyuarat Agung 
Gapena Ke-39 termasuk Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff  Abu Bakar (Ketua Dua); 
Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan  (Setiausaha Satu); Profesor Madya 
Dr. 
Hashim Ismail (Setiausaha Dua) dan  Hamzah Hamdani (Bendahari).

Sementara itu, lima Ahli Jawatankuasa yang terpilih daripada 11  pencalonan 
ialah Datuk A. Aziz Deraman, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling,  Datuk Abd. Samad 
Maharuddin, Borhan Md. Zain dan Datuk Dr. Mohd. Mansur  Abdullah.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: • Suraya,  Rafidah wanita pertama dilantik Hakim Syarie
• Shahrizat  sifatkan kejayaan perjuangan Wanita UMNO 
• Ainuddin,  Norazrah johan tilawah al-Quran
• PM:  Negara hilang generasi pejuang kemerdekaan 
• Melayu  P. Pinang perlu ambil iktibar
• 283  sekolah punyai kemudahan  paling teruk
• Galak  promosi produk baru pelancongan
• 'Istana  Negara bukan istana air mata' - Ezam
• Curi  kabel: TM beri ganjaran RM10,000
• Skim  pencen anggota polis sebelum merdeka
• Ismail  kekal terajui Gapena
• Mekanik  maut, 3 rakan cedera
• KDN  tidak pilih kasih antara suara perkasa dan suara keadilan
• Gerakan  bantu 100,000 miskin tegar
• Bantu  tingkat prestasi pelajar - Rosmah
• 17,967  rumah mesra rakyat lulus
• Remaja  tinggalkan rumah selepas ditegur pakai jean
• Mimie  akhirnya pulang ke Sabah

Kirim email ke