“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-
ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu
menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj
dilepaskan.

Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam
satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu
berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan
Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang
dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang
menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan
Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang
membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan
berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok
kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt
tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok
berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman
kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt
menukarkan kiblah ke arah Kabbah.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"Associate Programs" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/associate_programs
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke