Assalamu'alaykum,

Adakah ikhwah yg mengetahui derajat hadits tentang "Keutamaan Orang Mukmin Akhir
Zaman" berikut ?


Diriwayatkan oleh Umar bin Khatthab radhiyallahu’anhu, beliau berkata :
saya bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang duduk – duduk. Rasul
shallallahu ‘alaihi wasallam. bertanya kepada para sahabat,

“ Katakan kepadaku, siapakah makhluk Allah yang paling besar imannya ? ”
Para sahabat menjawab;
‘ Para malaikat, wahai Rasul’.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa
menghalangi itu, kerana Allah s.w.t telah memberikan mereka tempat ”.

Sahabat menjawab,
“ Para Nabi yang diberi kemuliaan oleh Allah, wahai Rasul ”.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa
menghalangi itu, kerana Allah telah memberikan mereka tempat ”.

Sahabat menjawab lagi,
“ Para syuhada yang ikut bersyahid bersama para Nabi, wahai Rasul”.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa
menghalangi itu, kerana Allah telah memberikan mereka tempat ”.
“ Lalu siapa, wahai Rasul ? ”, tanya para sahabat.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. bersabda,
“ Kaum yang hidup sesudahku. Mereka beriman kepadaku, dan mereka tidak pernah
melihatku, mereka membenarkanku, dan mereka tidak pernah bertemu dengan aku.
Mereka menemukan kertas yang menggantung, lalu mereka mengamalkan apa yang ada
pada kertas itu. Maka, mereka-mereka itulah yang orang-orang yang paling utama
di antara orang-orang yang beriman ”.

[ Musnad Abî Ya'lâ, hadits nombor 160 ].

Barakallahufykum...

Kirim email ke