Disleksia yah..
Habis nonton Film di TV Juli di Bulan Juni penasaran
nih aku critanya..sempet nih browsing trus dpt artikel
…

Smoga bs buat pencerahan yah..but jgn tanya2 lebih
lanjut yah sori aku gak ngerti banyak nih…he..he..he..
(ge-er ni critanya//lagian sapa lageee yg mo
nanya….hi..hi…hi..)

Uci mamaKavin

Tukilan dari kisah sebenar 'Ahmad Daniel' 
http://www.das.org.sg/malay/malay.htm

Ahmad Daniel seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Anak lincah ini bukan sahaja petah bercakap, tetapi
juga mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang berada
di sekelilingnya.

Ahmad Daniel ialah anak bongsu di dalam tiga orang
adik-beradiknya. Bapanya bertugas sebagai seorang
pengurus restoran dan ibunya pula seorang suri
rumahtangga. Di antara adik-beradiknya, Ahmad Daniel
sering membuat ayah dan ibunya berasa bimbang dan
kadang-kala marah. Mereka tidak dapat memahami
tingkah-laku, perangai dan cara Ahmad Daniel berfikir.

Ayah Ahmad Daniel merasakan yang anaknya mempunyai
sikap malas dan tidak memberikan perhatian kepada
perkara-perkara yang dilakukannya. Ayahnya menganggap
Ahmad Daniel sering mencari helah apabila disuruh
membuat kerja-kerja sekolahnya. Bagi ayah Ahmad
Daniel, jika anaknya dapat dididik dengan tegas dan
selalu disergah, maka sikap malasnya akan hilang.

Ibu Ahmad Daniel pula dapat melihat perbezaan yang
amat ketara di antara anak bongsunya dengan kedua
orang anaknya yang lain. Ahmad Daniel memiliki sikap
pelupa, tidak gemar membaca, sukar mengeja, payah
memahami konsep di dalam subjek matematik, tidak dapat
mengecam perkataan walaupun sudah berkali-kali diajar
dan sering tidak memahami apa yang dibacanya.

Semasa Ahmad Daniel berada di tadika, guru tadikanya
telah pun memberitahu kedua ibu bapa Ahmad Daniel
mengenai beberapa kelemahan yang dialami oleh Ahmad
Daniel. Dia sukar menghafal nama-nama abjad,
mengingati nama-nama hari mengikut urutan dan
menghafal puisi-puisi berirama. Selain dari itu, Ahmad
Daniel juga mengalami kesukaran semasa menulis.
Abjad-abjad yang ditulisnya tidak mengikut cara
pembentukan abjad yang betul. Dia juga sering keliru
di antara huruf 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'. Huruf-huruf
'z', 'j' dan 'g' juga sering ditulis terbalik.

Pada ketika itu, ibu bapa Ahmad Daniel menganggap
perkara itu sebagai suatu perkara biasa kerana Ahmad
Daniel masih kecil dan mungkin dia lebih banyak
bermain semasa di dalam kelas dan tidak memberikan
tumpuan semasa belajar.

Apabila Ahmad Daniel masuk ke dalam darjah satu, dia
masih belum dapat membaca dengan lancar. Bacaanya
selalu mempunyai kesilapan dari segi sebutan,
perkataan-perkataan yang ditambah atau tidak dibaca,
tidak pasti pada perkataan yang dilihat dan bacaannya
seperti merangkak-rangkak. Ahmad Daniel juga sukar
membina ayat dengan betul. Dia juga sukar menyalin
perkataan - perkataan yang ditulis oleh guru-gurunya
di papan tulis. Dia juga lambat menyudahkan kerja
sekolahnya.

Disebalik segala kesukaran yang dialami oleh Ahmad
Daniel, guru darjahnya menyedari bahawa Ahmad Daniel
fasih dan lancar apabila bertutur. Dia sering dapat
memberikan idea-idea yang menarik semasa pelajaran
lisan di sekolah. Namun, apabila disuruh menulis,
Ahmad Daniel akan terkial-kial menyudahkan kerja yang
dilakukan oleh kanak-kanak lain dengan mudah.

Ahmad Daniel gemar mendengar cerita-cerita yang
dibacakan oleh gurunya di sekolah. Dia juga gemar
melukis. Lukisan-lukisannya amat menarik tetapi dia
tidak minat membaca walaupun dia sering dibawa ke
perpustakaan oleh ibunya atau gurunya di sekolah.

Ahmad Daniel sering gagal di dalam setiap ujian atau
peperiksaan di sekolahnya. Dia selalu diejek oleh
kawan-kawannya sebagai budak bodoh. Guru-guru yang
mengajarnya juga putus asa dengan keadaan Ahmad
Daniel. Walaupun Ahmad Daniel menghadiri kelas
tambahan di sekolah dan mempunyai tuisyen di rumah,
dia tetap tidak menunjukkan sebarang kemajuan di dalam
pelajarannya.

Ibu bapa Ahmad Daniel semakin tertekan dengan keadaan
anak mereka. Mereka tidak mengerti mengapa anak bongsu
mereka itu berbeza daripada abang-abangnya. Mereka
tidak faham mengapa Ahmad Daniel tidak seperti
abang-abangnya yang minat membaca dan tidak mempunyai
masalah di sekolah.

Setiap hari Ahmad Daniel sering dimarahi oleh ibu
bapanya. Di sekolah pula, dia disuruh duduk di suatu
sudut di barisan belakang kerana gurunya mahu
memberikan tumpuan kepada murid-murid lain. Ahmad
Daniel terasa disingkirkan. Perasaan marah dan benci
terpendam di dalam hati anak kecil ini. 

Apabila Ahmad Daniel masuk ke dalam darjah dua,
kebimbangan kedua ibu bapanya semakin memuncak. Mereka
sedar bahawa jika Ahmad Daniel tidak mendapat bantuan
dengan segera, anak mereka akan terus hanyut di dalam
arus kegagalan. Ahmad Daniel akan hilang minat untuk
belajar dan keyakinan dirinya akan mula pupus.

Ibu bapa Ahmad Daniel tidak tahu di manakah mereka
boleh mendapatkan bantuan untuk anak mereka. Akhirnya,
mereka mengambil keputusan untuk bertemu dengan guru
darjah Ahmad Daniel. Guru muda itu amat positif dan
yakin bahawa Ahmad Daniel boleh dibantu. Guru itu
sedar bahawa murid barunya itu bukan seorang yang
bodoh. Oleh kerana guru muda itu banyak membaca, dia
teringat mengenai rencana yang pernah dibacanya suatu
ketika dahulu. Apa yang dialami oleh Ahmad Daniel ada
persamaan dengan apa yang pernah dibaca oleh guru muda
itu.

Pada suatu pagi, semasa waktu rihat, guru muda itu
ternampak Ahmad Daniel sedang duduk di bangku taman
sekolah.

"Daniel, awak tak makan?" Tanya guru itu dengan ramah.

"Saya tak laparlah, cikgu." Jawab Ahmad Daniel dengan
sopan.

"Daniel, awak tak minat baca buku, ya?" Guru itu
memulakan perbualan.

"Saya nak baca cikgu,..eerrr...tapi.." jawab Ahmad
Daniel teragak-agak.

"Kenapa, Daniel?" Guru itu bertanya dengan penuh
minat.

"Saya nak baca buku, cikgu. Tapi bila saya tengok
buku, saya nampak macam semua perkataan
bercampur-aduk. Saya rasa penat tapi semua orang cakap
saya malas. Lepas tu bila saya cuba baca
perlahan-lahan pun masih susah jugak," cerita Ahmad
Daniel dengan jujur. 

Petang itu guru muda itu menghubungi ibu Ahmad Daniel.
Dia memberitahu ibu Ahmad Daniel bahawa dia mengesyaki
Ahmad Daniel mengalami disleksia. Secepat kilat ibu
Ahmad Daniel bertanya dengan spontan: 

"Apa itu disleksia?" 

DISLEKSIA (DYSLEXIA) 

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani
yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan
"bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah
disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud
kepayahan bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi
masalah-masalah berikut:

*       mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan
seperti bercampur-aduk 
*       mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan
terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung 
*       mereka sukar mengeja 
*       mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran
matematik 
*       mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan
kefahaman 
*       mereka juga menghadapi masalah apabila menulis 


Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik
sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada
kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah
disleksia.

Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca
masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang
memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari
lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau
penawar untuk masalah disleksia ini.

Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang
mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau
kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami
disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat
rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran
mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar
dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut
adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering
dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia. 

Membaca 

*       Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad
seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'. 
*       Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi
"was". 

Mengeja

*       Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau
salah urutan. Misalnya huruf 'b' ditulis 'd' dan bila
mengeja perkataan 'play' menjadi 'paly'. 
*       Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa
megeja perkataan 'flower', dia akan menulis sebagai
'fower' dan 'went' pula akan ditulis sebagai 'wen'. 
*       Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara
huruf dan bunyi 

3. Menulis

*       Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis
tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di
antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
*       Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak
dijarakkan mengikut lazim. 
*       Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis
dan sering membuat kesilapan bila menulis. 
*       Menulis dengan amat perlahan.

4. Pertuturan

Sebutan perkataan yang tidak jelas 

Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk
menerangkan apa yang ingin disampaikan. 

Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu
kejadian dengan tidak mengikut urutan. 

Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering
terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak
memahami maksud sebenar ayat itu.

Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering
merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau
menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka
inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini,
mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan
tumpuan di dalam pelajaran mereka.

Mereka juga sering disalah mengertikan oleh
orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana
kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan
mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap
sebagai 'malas', 'bebal', 'bodoh', 'bengap', 'cuai',
'leka' dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar. Jika
diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul,
mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan
sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang
terbaik.

Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami
disleksia. Menteri Kanan Singapura Encik Lee Kwan Yew,
mantan Perdana Menteri England Encik Winston Churchill
dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan
contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam
kerjaya masing-masing.
Bagaimana Saya Boleh Membantu? 

Gunakan pena yang berbagai warna untuk menulis
perkataan atau untuk menggaris perkataan dan terangkan
dengan jelas setiap perkara atau fakta-fakta yang
penting.

Bantu mereka menyiapkan jadual harian supaya mereka
dapat mengikut dengan tepat perkara-perkara yang perlu
mereka lakukan seharian.

Sediakan senarai barang-barang yang perlu dibawa ke
sekolah, kelas tuisyen dan sebagainya.

Berikan mereka masa untuk berehat selama 10 minit bagi
setiap 20 minit mereka belajar atau membaca.

Cuba dapatkan kerjasama dari pihak guru darjah untuk
meletakkan anak anda duduk di barisan hadapan di dalam
bilik darjah. Ini dapat membantu mereka memberikan
tumpuan semasa belajar. 

Guru-guru boleh memberi masa lebih sedikit untuk
kanak-kanak ini menyalin nota dari papan tulis.
Tulisan guru juga boleh dijarakkan dengan lebih ketara
supaya mereka dapat melihat dengan jelas dan menyalin
dengan mudah. 

Guru-guru juga boleh memberikan lembaran kerja yang
dicetak dengan saiz font yang lebih besar supaya
mereka dapat melihat dengan jelas dan dapat menarik
tumpuan mereka. Ia juga dapat mengurangkan kesan ngeri
atau takut pada perkataan-perkataan yang tertera.
Apabila mereka dapat membaca dengan jelas, kefahaman
mereka terhadap teks bacaan juga akan bertambah.

Benarkan mereka menggunakan komputer untuk tujuan
menulis atau menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini
kerana, penggunaan komputer melibatkan kemudahan
'semak ejaan' atau "spell check" yang amat berguna
untuk kanak-kanak disleksik.

Anda perlu sedar bahawa kanak-kanak ini memerlukan
masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugasan
mereka dan menjawab kertas ujian serta peperiksaan.
Ini kerana proses membaca, mengecam perkataan dan
menulis merupakan beban yang amat berat bagi
kanak-kanak disleksik. 

Kanak-kanak disleksik lebih baik dari segi pertuturan
dan perbualan jika dibandingkan dengan membaca dan
menulis. Maka dari itu, guru-guru boleh menguji mereka
dari segi lisan dan jangan hanya terhad pada
ujian-ujian bertulis atau bacaan sahaja.

Jangan melabel kanak-kanak ini dengan nama-nama
ejekkan seperti 'si malas', 'pak pandir', 'otak udang'
dan sebagainya. 

Berilah mereka pujian bagi setiap usaha mereka. Jangan
hanya memuji mereka apabila mereka mendapat markah
penuh atau markah tertinggi. Mereka perlu diberi
peluang untuk mengalami dan merasa kejayaan di dalam
apa juga bentuk. Jika mereka terus merasa kegagalan
tanpa diberi peluang untuk merasa kejayaan, mereka
akan dewasa dengan perasaan kecewa dan hilang
keyakinan diri. 

Bagi ibu bapa, sayangilah mereka sama seperti
anak-anak yang lain. Mereka memerlukan sokongan dan
pengertian dari orang-orang yang terdekat dengan
mereka; iaitu ibu bapa, keluarga, guru-guru dan
kawan-kawan. 

"Disleksia tiada penawarnya, tiada ubat dan tiada
akhirnya. Seseorang yang mengalami disleksia akan
membesar dan dewasa dengan masalah pembelajaran ini.
Bukan ubat atau penawar yang perlu kita cari dan buru
untuk membantu kanak-kanak disleksik...yang perlu kita
cari ialah bagaimana untuk membantu mereka mengatasi
masalah ini..bagaimana untuk membimbing mereka
menghuraikan kekusutan semasa berdepan dengan
huruf-huruf, perkataan dan ayat..jawapannya: melalui
program khas di dalam pengajaran dan pembelajaran!"

 


 
INFO SEHAT

http://www.sinarharapan.co.id/iptek/kesehatan/2004/0430/kes3.html

Anak Lelaki Cenderung Menderita Disleksia

CHICAGO – Walau tubuh perempuan lebih kompleks
ketimbang lelaki, makin hari makin ada saja penyakit
yang lebih diderita kaum Adam. Disleksia alias
penyakit kesulitan membaca contohnya, lebih banyak
ditemukan pada anak lelaki daripada anak perempuan,
demikian seperti yang dilansir Associated Press (AP)
baru-baru ini.
Temuan terbaru Dr. Michael Rutter dari King’s College,
London membuktikan bahwa jumlah murid lelaki di
sekolah yang menderita disleksia setidaknya dua kali
jumlah murid perempuan. Rutter dan rekan telah
menganalisis lebih dari 10.000 anak-anak di Selandia
Baru yang diikutkan dalam uji membaca standar. Usia
anak-anak itu berkisar antara 7-15 tahun. Disleksia
ditemukan pada 18 hingga 22 persen murid lelaki.
Sedangkan pada murid perempuan hanya sekitar 8-13
persen saja. 
Perlu dilakukan riset lanjutan untuk mengetahui
penyebabnya. Namun berdasar diagnosis, gangguan
kemampuan membaca pada anak lelaki disebabkan oleh
kecenderungan mereka untuk bertingkah aneh-aneh dalam
kelas ketika merasa frustasi pada pelajaran. Hasil
temuan Rutter ini dipublikasikan dalam Journal of the
American Medical Association edisi terbaru.
Tapi kesimpulan tersebut ditepis oleh Sheldon
Horowitz, direktur National Center for Learning
Disabilities, berkomentar bahwa anak lelaki
sesungguhnya tidak cenderung menderita disleksia. Bisa
jadi murid perempuan juga banyak yang menderita hanya
kurang diketahui para guru. ”Anak lelaki tidak selalu
berlaku aneh-aneh dalam kelas karena itu tipikal
perilaku anak perempuan,” ujar Horowitz.(mer)

Prozak Mengganggu Tumbuh Kembang Bayi

WASHINGTON – Hati-hati dengan aneka obat yang dijual
bebas, sebab risikonya kadang masih belum jelas. Obat
antidepresan yang cukup populer dengan nama dagang
Prozak ternyata bisa mempengaruhi tumbuh kembang bayi
saat si ibu mengandung. 
Dosis normal yang dikonsumsi ibu hamil bisa
mengakibatkan bayi kelak lahir dengan bobot lebih
ringan dari bayi normal, juga merasa mengantuk lebih
banyak. Bayi juga akan lebih sering gugup dan
menderita gangguan pernapasan, demikian disampaikan
dalam National Toxicology Program. ”Pengaruh ini
muncul dari hasil analisis yang dilakukan pada rahim
pada saat menjelang kelahiran,” demikian laporan yang
dikutip Reuters baru-baru ini.
Pengamatan terhadap kandungan zat beracun dalam Prozak
butuh studi dalam jangka waktu panjang. Bukti
memperlihatkan bahwa pertumbuhan zat toksik bisa
diukur pada durasi waktu melahirkan. Para ahli juga
menggarisbawahi sejumlah laporan berkaitan dengan
fluoxetine, nama generik dari Prozak, bahwa obat
tersebut bisa mempengaruhi kemampuan penggunanya untuk
mencapai klimaks kepuasan seks, baik lelaki maupun
perempuan.(mer)
 
RE: [balita-anda] Diseleksia
Anton Hartanto
Wed, 11 Jan 2006 18:32:14 -0800


Saya juga dapat info hanya sebatas dari resensi film
itu
 
 
-----Original Message-----
From: Verawaty [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Thursday, January 12, 2006 21:28
To: balita-anda@balita-anda.com
Subject: Re: [balita-anda] Diseleksia
 
Pa anton ,
 
Pernah nonton film "juli di bulan juni" ??
di situ di ceritain kalo si july itu kena penyakit
itu...kasian memang...
tapi saya juga ga tau lengkap nya spt apa pykt itu
sebenarnya..?
 
maap ya, malah nanya juga
 
piss
Vera
----- Original Message ----- 
From: Anton Hartanto <mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
To: Balita <mailto:[EMAIL PROTECTED]>  Anda
[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Thursday, January 12, 2006 9:19 AM
Subject: [balita-anda] Diseleksia
 
Parents,
Ada yang bisa bagi-bagi info tentang "Diseleksia" ?
Yang saya tahu hanya sebatas " ... kesulitan anak
dalam merangkai
kata-kata..... yang ini kadang menyebabkan si anak
menjadi minder, karena
dia sudah menyampaikan apa yang ada di hatinya "
 
Thanks
Anton




Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 


================
Kirim bunga, http://www.indokado.com
Info balita: http://www.balita-anda.com
Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]
Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke