FYI

-----Original Message-----
From:   Ari [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent:   Thursday, September 02, 2004 11:33 AM
To:     Riva Rayani (E-mail); Esther Sugiono (E-mail)
Subject:        FW: endometriosis


artikel diambil dari persatuan endometriosis singapore.
Endometriosis (singkatannya 'endo') ialah sejenis penyakit yang lazimnya
menjejas sistem pembiakan perempuan. Tiada siapa yang tahu dengan pasti akan
penyebab endo.
Teori-teori termasuk:
disfungsi sistem imun
disfungsi hormon
toksin sekitaran
pradisposisi genetik
darah melimpah ke belakang rahim
semasa haid dan lain-lain


Oleh kerana sebabnya tidak diketahui dengan pasti, pengubatannya juga tidak
dapat dipastikan. Rawatan yang diberikan berusaha meringankan simptom
penyakit.
Endo menyerang tidak kira usia, kaum, budaya mahupun lokasi geografi.
Seseorang boleh ditimpa endo pada usia yang muda dan penyakitnya mungkin
tidak dikesan bertahun-tahun lamanya. Wanita atau gadis yang menghidap endo
mungkin mengalami kesakitan yang amat sangat atau mungkin tidak menunjukkan
apa-apa simptom dan tidak memerlukan rawatan.  Apakah sebenarnya
Endometriosis?

Secara ringkas, endo adalah sel-sel serupa dengan selaput dalam rahim
(endometrium) yang tumbuh di bahagian luar rahim. Bahagian yang lazim
terjejas ialah pelvis, namun endo juga tumbuh dalam paru-paru, otak, bahkan
di lengan dan kaki. Yang paling terjejas di bahagian pelvis ialah:
Ovari
Tiub Fallopi
Permukaan luar rahim
Usus
Ligamen
Pundi kencing


Deposit endo adalah seperti rahim yang sangat kecil. Ia tumbuh dan berdarah
setiap bulan. Darah ini terkumpul di bahagian pelvis, menyebabkan lekatan
(adhesions), parutan, kesakitan yang semakin teruk dan masalah-masalah lain.
Endo boleh tumbuh di permukaan atau ia boleh menembusi tisu dan organ. Endo
diketemui dalam pelbagai warna-hitam, merah, putih, merah jambu, perang,
bening. Lihat gambar di http://www.drcook.com/pics.html Ia memerlukan pakar
bedah yang mahir dan berpengalaman untuk mengenal pasti pelbagai rupa endo
dan cara merawatnya.
Endometrioma ialah sista endometriosis yang tumbuh di ovari. Ia juga
dikenali sebagai 'sista coklat' (chocolate cyst) disebabkan warna darah yang
pekat di dalamnya. Sista ini mesti dibuang melalui pembedahan . Jika
dibiarkan, ia boleh membesar sehingga ia pecah dan ini boleh menyebabkan
kerosakan yang serius.

Apakah simptom-simptom endo?

Sesetengah wanita tidak menunjukkan simptom. Mereka mendapat tahu mereka
menghidap endo hanya apabila mereka menjalani pemeriksaan bagi masalah
kemandulan. Wanita-wanita lain tahu mereka menghidap endo ekoran kesakitan
yang dialami.
Berikut adalah senarai semak ringkas bagi simptom endo:
Kesakitan yang amat sangat semasa haid
Aliran haid yang banyak dan berpanjangan
Kesakitan di bahagian pelvis pada bila-bila masa
Kesakitan semasa persetubuhan
Kesakitan apabila buang air besar
Sakit belakang di bahagian bawah


Ada banyak sebab bagi simptom-simptom di atas, namun dalam 80 peratus kes di
mana seseorang wanita berasa sakit di bahagian pelvis, penyebabnya ialah
endometriosis. Sila berjumpa doktor jika anda berasa sakit.

Bagaimanakah endo dikenal pasti?

Laparoskopi dilakukan untuk mengetahui sekiranya seseorang wanita menghidap
endometriosis. Prosedur 'lap' ini dilakukan di bawah anestetik, di mana
insisi kecil dibuat di bawah pusat. Pakar bedah menggunakan laparoskop untuk
melihat bahagian dalam pelvis. Pakar bedah yang mahir lagi berpengalaman
harus menjalankan prosedur ini. Sesetengah tisu endo mungkin tumbuh di
bahagian yang sukar dicapai dan mungkin tidak dapat dikesan. Ini bermakna
doktor tidak dapat membuat diagnosis bagi sesetengah wanita.  Tempoh purata
bagi diagnosis daripada permulaan simptom ialah lapan tahun.  'Endometriosis
yang disyaki' (Suspected Endometriosis) ialah keadaan di mana doktor
memeriksa seseorang wanita, mencatat simptomnya dan mungkin melakukan
imbasan ultrasound tetapi tidak melakukan 'lap'. Adalah penting untuk
berbincang dengan doktor anda tentang opsyen yang ada sekiranya doktor anda
mengesyaki anda menghidap endometriosis.

Bagaimanakah endo dirawat?

Pembedahan:
Endo boleh dirawat semasa laparoskopi diagnostik awal di mana dua insisi
kecil tambahan dibuat di bahagian bawah pelvis. Pakar bedah boleh
menggunakan peralatan khas, termasuk laser, untuk 'membakar' tisu endo yang
dapat dicapai.
Jika keadaan endo tersebut amat teruk, pakar bedah mungkin perlu melakukan
laparotomi di mana insisi yang lebih besar dibuat di bahagian bawah pelvis
untuk membolehkan pakar bedah mencapai bahagian abdomen bagi melakukan
pembedahan.

Pengubatan:
Selepas pembedahan, doktor mungkin memprekripsikan ubat bagi beberapa bulan
untuk menghentikan haid pesakit atau mengurangkan aliran haid.
Ubat-ubatan yang lazim digunakan dalam rawatan ialah:
Agonis GnRH, misalnya Zoladex, Synarel
Testosteron, misalnya Danol (Danazol, Danocrine), Dimetrose (Gestrione)
Progesteron, misalnya Duphaston, Provera, Primulot
Pil Perancang Keluarga (BCP), ataupun gegelung (coil), misalnya Mirena
Coil

Kesemua ubat di atas merupakan rawatan hormon dan mempunyai pelbagai kesan
sampingan.

Terapi Semula jadi
Kebanyakan wanita mendapati mereka boleh memperbaiki keadaan mereka dengan
menukar diet, mengawal sekitaran serta mengurangkan tekanan mereka, dan
menggunakan terapi alternatif atau yang saling melengkapi seperti
akupunktur, urutan dan homeopati.

Siapakah yang boleh terkena Endometriosis?

Kebanyakan wanita dan gadis yang menghidap endo diserang penyakit ini dalam
linkungan umur boleh mengandung.
Endo dan kemurungan

Endometriosis boleh menyebabkan masalah psikologi kerana ia merupakan
pengalaman yang amat traumatik dari pelbagai segi:
Kesakitan dan penderitaan ekoran penyakit yang dihidapi Tidak dapat
menyertai kegiatan sosial disebabkan kesakitan atau pendarahan yang banyak
Rasa lemah, penat dan sukar tidur kerana kesakitan Kurang pemahaman tentang
penyakit yang dihidapi dari pihak doktor, keluarga, teman dan diri sendiri
Pemulihan daripada pembedahan dan anestetik am Kesan sampingan ubat,
termasuk berat badan bertambah, perasaan tidak menentu (mood swings)
Kerisauan disebabkan kos perubatan dan kos pembedahan yang tinggi
Rasa sedih dan kehilangan disebabkan keguguran
Masalah rumah tangga disebabkan kesakitan semasa persetubuhan, tidak
boleh mengandung dan banyak lagi
Tekanan prahaid
Rasa kecewa kerana gagal mencapai matlamat hidup dan jangkaan kerjaya


Wanita yang menghidap endo mungkin mengharungi hidup dengan rasa harga diri
yang rendah, tersisih, marah, kecewa, duka mahupun rasa bersalah dan banyak
lagi. Kebanyakan daripada masalah ini dapat diatasi dengan mempelajari
tentang endometriosis. Apabila anda tahu bahawa anda tidak patut
dipersalahkan, anda akan belajar untuk menyayangi diri anda dengan
sewajarnya.

Adenomiosis

Adakalanya dikenali sebagai endometriosis dalaman, adenomiosis berlaku
apabila tisu endometrium tumbuh pada dinding atau otot rahim. Pembedahan
sukar dilakukan dan ubat hanya berkesan selagi pesakit memakannya. Sebaik
sahaja ia berhenti memakan ubat, simptom penyakit akan kembali, kadangkala
dalam masa satu kitaran haid.
Adenomiosis boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan berpanjangan, darah
beku, kesakitan dan rahim yang membesar sehingga atau melebihi saiz
kandungan berusia enam bulan.
Histerektomi

Histerektomi bukanlah pengubatan terjamin bagi endometriosis kerana haid
hanyalah salah satu faktor penyebab endo. Oleh kerana hormon estrogen
merangsang pertumbuhan endo, Terapi Gantian Hormon (HRT) boleh menyebabkan
endo berulang kerana HRT mengembalikan estrogen ke dalam tubuh wanita sebaik
sahaja ovarinya berhenti berfungsi atau sudah dibuang. Doktor akan cuba
mencegah endo daripada berulang dengan memberikan HRT dalam dos yang kecil.
Namun bagi sesetengah wanita, dos yang kecil adalah cukup untuk mengaktifkan
semula penyakit ini.
Histerektomi mungkin menolong sesetengah wanita tetapi tidak semua wanita.
Tiada siapa yang boleh mengatakan siapa atau berapa ramai yang tergolong
dalam kategori yang mana atau mengapa.

Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!

Endometriosis : Jangan Anggap Enteng Sakit Saat Menstruasi

<?xml:namespace prefix = w ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:word" />
indosiar.com - Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang
agak luar biasa. Banyak diantara wanita yang tidak mengetahui tentang
penyakit ini, padahal penderitanya bisa dibilang lumayan banyak. Masalah
yang ditimbulkan penyakit ini diantaranya ialah keguguran dan kemandulan.
Ada juga berbagai jenis masalah seperti sakit sewaktu melakukan hubungan
intim atau pendarahan dari anus pada waktu buang air besar yang sangat
sakit.

Endometriosis seringkali tidak mendapatkan perhatian serius baik dari
penderitanya maupun oleh dokter yang memeriksa, karena seringkali rasa sakit
pada saat menstruasi dianggap sebagai hal yang sudah selayaknya dialami
setiap bulan.

Apakah Sebenarnya Penyakit Endometriosis?

Endometriosis berasal dari kata endometrium, yaitu jaringan yang melapisi
dinding rahim. Penyakit endometriosis ini adalah tumbuhnya jaringan dinding
rahim di luar rahim. Lokasi tumbuhnya beragam di rongga perut, seperti di
ovarium, tuba falopii, jaringan yang menunjang uterus, daerah di antara
vagina dan rectum, juga di kandung kemih.

Gejala penyakit tersebut adalah sakit saat haid, nyeri saat hubungan seks,
dan berkurangnya kesuburan. Diduga hubungan seks dapat mendorong aliran
darah haid yang mengandung sel-sel dinding rahim kembali ke saluran telur
dan ke rongga perut, sehingga dapat tumbuh di tempat yang tidak sebenarnya.
Tentang hubungannya dengan kanker belum diketahui apakah hubungan seks saat
haid dapat menyebabkan kanker atau tidak.

Pada endometriosis, jaringan rahim yang menyimpang ini berjalan seperti
jaringan normal, sehingga menyebabkan perdarahan abnormal atau rasa sangat
sakit dan kram pada waktu datang bulan. Penyakit biasa terjadi pada wanita
antara usia 30-40 tahun.

Gejala-gejala bisa dirasakan jika panggul mengalami kesakitan, 1 minggu
sebelum datang bulan yang makin bertambah sakit sampai pendarahan berkurang.

Apa Penyebab Endometriosis

Sampai saat ini para dokter belum mengetahui alasan yang pasti mengapa
endometrium sampai dapat tumbuh di luar rahim. Sejauh ini hanya diketahui
bahwa endometriosis banyak ditemui di kalangan perempuan yang keluarganya
menderita endometriosis juga. Ada beberapa teori yang menjelaskan mengapa
endometrial implant dapat sampai keluar rahim.

Terdapat beberapa teori yang diuraikan mengenai hal ini. Diantaranya ialah
adanya kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim
melalui saluran fallopian. Ada juga yang mengatakan endometrium ini dibawa
ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar dan bisa juga
karena wanita-wanita yang sering tertekan jiwanya (stress).

Tanda-tanda Endometriosis

Tanda paling umum adalah rasa sakit yang parah pada perut bagian bawah, bisa
terasa sekali-kali maupun terus-menerus, atau bisa juga terkait dengan masa
menstruasi. Rasa sakit ini seringkali tidak tertahankan sehingga menyebabkan
penderitanya tidak bisa melakukan kegiatan seperti biasa. Rasa sakit ini
sering kali menjadi lebih parah selama berolahraga, selama berhubungan seks,
atau sesudah pemeriksaan panggul.

Gejala lainnya bisa berupa menstruasi yang sangat berat, sakit punggung
bagian bawah, sulit buang air besar, diare, atau merasa sakit bahkan
mengeluarkan darah ketika buang air kecil. Endometrial implant ini juga
bahkan dapat menekan organ tubuh yang membawa kotoran keluar dari tubuh,
seperti kandung kemih, usus, dan rectum.

Walaupun demikian, bila kita mengalami gejala-gejala di atas, tidak
serta-merta berarti bahwa kita mengalami endometriosis. Gejala ini juga
mungkin disebabkan oleh hal-hal lain, misalnya infeksi. Oleh karena itu,
kita harus segera ke dokter dan menceritakan apa yang kita alami dengan
lengkap dan jelas.

Endometriosis bisa juga menyebabkan keguguran pada kehamilan. Penyebab
pastinya belum diketahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan
gangguan dalam hormon wanita yang menimbulkan keadaan keracunan sehingga
menganggu pertumbuhan janin. Kadangkala wanita yang mengidap penyakit
endometriosis bisa beberapa kali mengalami keguguran.
Perawatan dan Pengobatan
Bagi wanita yang sering mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan
diatas, sebaiknya segera memeriksakan diri ke dokter. Melalui pemeriksaan
terhadap rahim dengan pemeriksaan ultrasound melalui vaginal sonography.

Jika terdapat 'chocolate cyst' ataupun keadaan rahim yang terbalik
(retroverted), pembedahan akan dilakukan. Pembedahan akan membetulkan rahim
dengan menjahit rahim ke otot perut di bagian depan (ventro-suspension of
the uterus). Setelah ini dilakukan, bagian peranakan serta bagian sekitarnya
akan dibasuh dengan cairan untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan
yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika pembedahan pada saluran fallopian,
tersumbat ketika pembedahan, maka pembedahan akan dilakukan sekali lagi.

Selain operasi, perawatan bisa dilakukan dengan minum obat, diantaranya obat
yang mengandung hormon Progesterone. Bahkan seiring dengan kemajuan ada juga
pengobatan dengan cara penyuntikan sebulan sekali.(berbagai sumber/Indah JS)

---------------------------



NAMA








endometriosis








DEFINISI








endometriosis adalah suatu penyakit dimana bercak-bercak jaringan
endometrium tumbuh di luar rahim, padahal dalam keadaan normal endometrium
hanya ditemukan di dalam lapisan rahim.
biasanya endometriosis terbatas pada lapisan rongga perut atau permukaan
organ perut.  endometrium yang salah tempat ini biasanya melekat pada
ovarium (indung telur) dan ligamen penyokong rahim.  endometrium juga bisa
melekat pada lapisan luar usus halus dan usus besar, ureter (saluran yang
menghubungan ginjal dengan kandung kemih), kandung kemih, vagina, jaringan
parut di dalam perut atau lapisan rongga dada.  kadang jaringan endometrium
tumbuh di dalam paru-paru.
endometriosis bisa diturunkan dan lebih sering ditemukan pada keturunan
pertama (ibu, anak perempuan, saudara perempuan).  faktor lain yang
meningkatkan resiko terjadinya endometriosis adalah memiliki rahim yang
abnormal, melahirkan pertama kali pada usia diatas 30 tahun dan kulit putih.
endometriosis diperkirakan terjadi pada 10-15% wanita subur yang berusia
25-44 tahun, 25-50% wanita mandul dan bisa juga terjadi pada usia remaja.
endometriosis yang berat bisa menyebabkan kemandulan karena menghalangi
jalannya sel telur dari ovarium ke rahim.




Endometriosis adalah jaringan mukosa yanga melapisi rahim, kadang-kadang
tumbuh diluar kandungan, misalnya pada indung telur atau didaerah sekitar
pinggul. Pada endometriosis, jaringan rahim yang menyimpang ini berjalan
seperti jaringan normal, sehingga menyebabkan perdarahan abnormal atau rasa
sangat sakit dan kram pada waktu datang bulan. Penyakit biasa terjadi pada
wanita antara usia 30-40 tahun.
Gejala-gejala.
Sakit pada panggul 1 minggu sebelum datang bulan yang makin bertambah sakit
sampai pendarahan berkurang.

Komplikasi
Kemandulan.
Sakit sewaktu melakukan hubungan intim.
Pendarahan dari anus pada waktu buang air besar yang sangat sakit.


PenyebabBelum diketahu secara pasti.
Yang dapat anda lakukanKonsultasi kedokter, jika datang bulan sangat sakit
atau rasa sakit disekitar pinggul sehubungan dengan siklus menstruasi.
Tindakan dokter anda
Memeriksa apaka anda betul menderiata endomertriosis dan menyingkirkan
kemungkinan penyebab lain.
Menyarankan anda konsultasi kepada dokter ahli kandungan untuk tes dan
pengobatan selanjutnya.







---------------------------------------------------------------------
>> Kirim bunga, buket balon atau cake, klik,http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.com
>> Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke