Secara general sich diistilahkan bahwa :
HDL sebagai kolesterol baik 
LDL sebagai kolesterol jahat


Saya nemu artikel tentang kolesterol tapi kayaknya bahasanya Malaysian :  

Apa itu kolesterol?
 
Kolesterol adalah bahan seperti lemak, berlilin yang wujud dalam semua sel
haiwan termasuk juga sel manusia. Ia dibawa di dalam badan oleh lipoprotein
yang digelar lipoprotein ketumpatan-rendah (LDL) dan lipoprotein
ketumpatan-tinggi (HDL). LDL selalunya digelar sebagai kolesterol 'buruk'
kerana jumlah berlebihan meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit
jantung. HDL biasanya digelar kolesterol 'baik' kerana jumlah yang
berlebihan mengurangkan risiko anda menghidapi penyakit jantung. (Kedua-dua
istilah ini merujuk kepada kolesterol darah dan anda tidak akan mendapatinya
dalam bahan-bahan makanan). Paras kolesterol darah yang unggul adalah kurang
daripada 200mgm/dl (5.17 mmol/l).

Mengapa kolesterol penting?
 
Kandungan kolesterol dalam makanan yang tertentu 
Badan anda menggunakan kolesterol untuk:
*         Tumbesar dan memperbaiki sel-sel
*         Menghasilkan asid hempedu oleh pundi hempedu yang membantu
menyerap lemak dalam makanan. 
*         Penghasilan hormon

Mengapa kolesterol yang terlalu banyak tidak baik?
 
Kolesterol yang berlebihan serta lemak lain yang disimpan pada dinding
arteri menyebabkannya menjadi keras. Ini boleh membawa kepada:
*         Penyakit jantung dan serangan jantung.
*         Strok - yang mengakibatkan kelemahan atau kehilangan fungsi
sebahagian daripada badan anda.       
*         Penyakit pada jenis arteri besar yang lain seperti yang terdapat
pada pada kaki.

Dari manakah badan memperoleh kolesterol?

Hati dan tisu-tisu lain menghasilkan semua kolesterol yang anda perlukan
daripada lemak, protein dan gula daripada diet anda.

Anda juga memperolehi kolesterol dietari daripada makanan yang berunsurkan
haiwan. Makanan daripada tumbuh-tumbuhan jarang mengandungi kolesterol.

Makanan yang membekalkan kolesterol
 
*         Kuning telur

*         Organ haiwan, contohnya hati, otak, ginjal, usus, jantung.

*         Daging, ayam dan itik, ikan, udang dan lain-lain makanan laut.

*         Produk tenusu penuh lemak.
 
 
Lemak dalam diet anda
 
Terdapat lemak berlainan jenis dalam makanan dan setiap satu memberikan
kesan yang berlainan ke atas kesihatan anda:


Lemak tepu

Jenis ini biasanya didapati daripada makanan berunsurkan binatang, tetapi
beberapa lemak sayuran seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan
mentega koko juga merupakan sumber-sumber yang kaya. Makanan jenis ini
selalunya akan menaikkan paras kolesterol buruk (LDL).



Lemak politaktepu

Jenis ini biasanya didapati dalam sayur-sayuran dan membantu mengurangkan
paras kolesterol keseluruhan badan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak
kesumba merupakan beberapa daripada jenis tersebut. Beberapa ikan seperti
sardin dan ikan kembung juga kaya dengan lemak politaktepu.



Lemak Monotaktepu

Wujud dalam minyak zaitun, kacang tanah, bijan dan kanola. Lemak ini mungkin
dapat mengurangkan kolesterol. Kajian telah menunjukkan bahawa ianya juga
dapat meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

  
 
  
Mengurangkan paras kolesterol darah anda  
 
Cuba lakukan perubahan tetap berkenaan tabiat makan anda.

Di sini terdapat beberapa petua:


Jaga berat anda  

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan. 

Bersenam secara selalu, 3 kali seminggu. 


Kurangkan makan lemak (terutamanya lemak haiwan) 

Kurangkan pengambilan lemak. 1g lemak/minyak = 9 kalori. 

Pilih produk tenusu rendah lemak dan ambil marjerin di sebalik produk tenusu
penuh lemak dan mentega. 

Kurangkan pengambilan coklat dan ais krim. 


Jaga pengambilan kalori anda

Makan daging tanpa lemak sahaja, serta singkirkan kesemua lemak dan kulit
daripada ayam atau itik. 

Kurangkan memakan telur dan makan udang atau ketam cuma sekali sekala.
Elakkan daripada memakan hati atau organ-organ binatang yang lain. 


Hadkan makanan yang digoreng cuma cuma sekali dalam seminggu

Kukus, didih, bakar dalam ketuhar, panggang, masak dalam ketuhar gelombang
mikro atau masak secara sup disebalik menggoreng makanan anda. 


Hadkan makanan yang kaya dengan kandungan santan cuma sekali dalam seminggu

Contohnya nasi lemak, laksa, lontong, lodeh, kari, kaya. 


Makan secara lebih

Buah-buahan dan sayur-sayuran- ssekurang-sekurangnya sebanyak dua atau lebih
hidangan sehari. 

Bijirin bijian penuh, oat, beras kampung, roti mil penuh dan biskut. 

Kacang kering, kacang pea, kacang dhal dan tahu. Semua ini mempunyai serat
boleh larut yang tinggi dan membantu mengurangkan kolesterol dengan
bergabung dengan lemak yang terdapat dalam usus. 


Makan secara sederhana

Makanan bergaram dan garam 

Alkohol - jika anda perlu minum juga, hadkan kepada satu atau dua gelas
(menurut kandungan biasa) setiap hari. 

Makanan yang bergula 




-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Tuesday, January 11, 2005 3:43 PM
To: balita-anda@balita-anda.com
Subject: [balita-anda] LDL & HDL


Dear moms & dads,
Ada yg bisa kasih info gak bedanya LDL dengan HDL cholesterol?

Trim anyway

Ayah Nasya




AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA 
UTARA !!!
================
Kirim bunga, http://www.indokado.com
Info balita: http://www.balita-anda.com
Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]
Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke