Rakan2,

ADA banyak program menguruskan badan di pasaran dan kebanyakannya menawarkan
pelbagai jenis perkhidmatan yang dapat memecah atau menyerap lemak di badan
atau di bahagian tertentu menggunakan mesin atau menerusi rawatan mengurut
menggunakan gel atau krim dan rawatan herba.

Kebanyakan syarikat yang mengendalikan program itu juga menawarkan beberapa
pilihan pakej rawatan mengikut sesi, membabitkan perkhidmatan runding cara
dan rawatan sama ada secara mesin, mengurut, membungkus atau berendam dengan
air herba.

Menurut salah satu syarikat, walaupun harga yang dikenakan bagi setiap sesi
agak tinggi, ia setimpal dengan perkhidmatan yang diberi.

Malah, perkhidmatan seperti itu tetap mendapat sambutan menggalakkan
daripada orang ramai.

Sebuah syarkat lain menyatakan bahawa harga yang tinggi adalah berpatutan
kerana hasil daripada program itu dapat memecahkan lemak dan mengurangkan
berat badan.

Malah, ada yang pernah cuba menguruskan badan sehingga mengambil masa
bertahun-tahun tetapi tidak berjaya.

Sebaliknya, apabila mereka mendapatkan rawatan di pusat menguruskan badan,
berat mereka dapat dikurangkan dalam tempoh beberapa bulan.

Antara prosedurnya ialah mereka yang ingin mendaftarkan diri perlu datang ke
pusat rawatan terlebih dulu untuk diambil sukatan berat dan analisis lemak
di badan.

Mereka juga akan diberi khidmat runding cara bagi menentukan program mana
yang sesuai dengan keperluan mereka.

Malah, hampir kebanyakan syarikat lebih tertumpu kepada kaedah rawatan moden
dan tidak mengamalkan sebarang pengambilan pil untuk mengurangkan lemak di
dalam badan.


PENGGUNAAN ubat kurus dalam bentuk pil atau jamu yang tidak diuji secara
saintifik dan dimakan secara keterlaluan boleh memberi kesan kepada serangan
sakit jantung.

Malah, penggunaan ubat kurus tradisional seperti jamu pula boleh menyebabkan
barah pangkal rahim atau buah dada kerana ia dipercayai mengandungi banyak
hormon wanita.

Seorang pakar perubatan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) berkata, hormon wanita yang ada dalam kebanyakan jamu boleh membantu
seseorang wanita mengelak daripada keadaan tulang reput dan sakit jantung
tetapi kesan sampingannya pula ialah barah buah dada atau barah pangkal
rahim.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya jangan memakan ubat atau
jamu tanpa nasihat doktor kerana sebaik-baik cara menguruskan badan ialah
menjaga makanan dan bersenam," katanya.

Tambahnya, kebanyakan masalah kegemukan yang berlaku bukan hanya disebabkan
kuat makan tetapi ia lebih disumbang oleh kadar metabolisme yang perlahan
atau laju.

Ada orang yang kurus tetapi kuat makan dan ada juga yang gemuk tetapi kurang
makan. Bagaimanapun, yang membezakan mereka sebenarnya ialah kadar
metabolismenya.

"Bagi orang gemuk yang kurang makan, kadar metabolismenya yang rendah
menyebabkan makanannya yang lambat dihadamkan berubah menjadi lemak
terkumpul dan menyukarkannya kurus.

"Manakala bagi orang kurus yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi,
walaupun beliau kuat makan atau makan banyak, mereka tidak gemuk. Ini kerana
kadar metabolisme mereka dengan cepat membakar makanan menjadi tenaga,"
katanya.

Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Kardiologi Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Datuk Khalid Yusoff berkata,
gejala penyakit jantung didapati sedang menular dengan cepat di Malaysia
sejak 20 tahun lalu.

Oleh itu, katanya, masyarakat disaran mengawal atau mengurangkan berat badan
bagi mengelakkan serangan penyakit jantung. Ini kerana masalah kegemukan
atau obesiti dikenal pasti menjadi salah satu penyebab kepada penyakit
jantung di Malaysia.

Kegemukan adalah salah satu daripada beberapa faktor yang boleh menyebabkan
penyakit jantung. Faktor lain ialah peningkatan umur, tekanan darah tinggi,
merokok dan peningkatan paras kolesterol serta lemak dalam darah.

Katanya, hampir satu daripada empat kematian di hospital kerajaan disebabkan
penyakit jantung.

Menurutnya, satu kajian oleh HUKM pada 1993 terhadap beberapa penduduk
berumur 1881 tahun di Pahang, Langkawi, Kedah, Gombak, Kuala Lumpur dan
Kuala Terengganu mendapati masalah kegemukan adalah salah satu faktor utama
penyebab sakit jantung.

Penyelidikan itu dibiaya oleh geran Peningkatan Penyelidikan Bidang
Keutamaan (IRPA).

Menurutnya, usaha untuk menurunkan kadar penyakit jantung memerlukan usaha
yang padu daripada masyarakat itu sendiri. Ini bermakna kesedaran dan
pengetahuan mereka mengenai punca, gejala dan kesan penyakit jantung
hendaklah ditingkatkan.

"Ini bermakna setiap anggota masyarakat di negara ini perlu mengamalkan gaya
hidup yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gejala awal penyakit jantung
seperti tekanan darah tinggi, peningkatan paras lemak dan kolesterol dalam
darah.

"Antara contoh gaya hidup sihat ialah mengamalkan diet seimbang untuk
menguruskan badan, kurangkan merokok di samping mengurangkan pengambilan
gula dan lemak yang keterlaluan serta sentiasa mengamalkan senaman bagi
membolehkan jantung dapat berdegup dan bergerak dengan seimbang," katanya.

Masyarakat perlu turut disedarkan mengenai kepentingan menjaga kesihatan
dengan mengamalkan diet seimbang dan bersenam serta pada masa yang sama
tidak mengambil ubat-ubatan yang didakwa boleh mengurangkan berat badan,
katanya.

Ini kerana sesetengah ubat kurus yang ada di pasaran – tidak kira ubat moden
atau tradisional - tidak baik untuk pengguna kerana tidak diketahui tahap
kandungan dan mempunyai bukti atau kajian saintifik mengenainya.

"Bukan semua ubat yang didakwa boleh menguruskan badan sesuai untuk semua
orang dan jika tersalah mengambilnya, mungkin masalah lain pula akan
menimpa. Apa yang penting ialah berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor
terlebih dulu," katanya.

Khalid berkata, penyakit kardiovaskular juga dikenali sebagai kegagalan
jantung untuk berfungsi. Penyakit itu sudah pun dikesan oleh tabib Yunani
dan Arab ketika zaman kegemilangan tamadun masing-masing.

Menurutnya, antara gejala penyakit jantung ialah apabila rentak jantung
tidak lagi normal dan menyebabkan pesakit mengadu debaran dada, pening,
pitam atau pesakit mengalami kematian mengejut.

Katanya, serangan jantung adalah beban kesihatan yang besar dari segi
kesannya kepada seseorang dan masyarakat.


RAMAI yang inginkan tubuh langsing tetapi kegemukan terus menjadi masalah
yang menghantui mereka. Kebanjiran ubat-ubatan yang didakwa boleh mengatasi
masalah kegemukan dalam masa yang singkat, dilihat menawarkan penyelesaian
tetapi benarkah demikian? Dalam pada itu, kebanyakan ubat berkenaan yang
tidak dipastikan keberkesanannya melalui ujian saintifik, mungkin membawa
mudarat.

AKHIR-AKHIR ini, terdapat banyak jenama ubat menguruskan badan di pasaran.
Kebanyakannya didakwa dapat mengempiskan perut dan menghilangkan lemak di
bahagian paha, lengan dan perut dalam tempoh beberapa minit tanpa perlu
berlapar, bersenam atau berpeluh.

Malah, ada yang mendakwa dapat memjamin100 peratus kurus jika menggunakan
ubat itu walaupun tidak dapat dipastikan tahap keberkesanannya.

Hampir semua ubat kurus yang diiklankan di televisyen dijual dalam bentuk
kapsul atau susu dan serbuk minuman yang dikategorikan sebagai makanan
tambahan. Dengan hanya mengambil dua tablet atau meminumnya setiap hari
sebelum atau selepas makan, ubat berkenaan didakwa dapat mengurangkan selera
makan tanpa perlu berlapar.

Begitu juga ubat jenis gel atau krim yang perlu digunakan mengikut teknik
seperti sapuan membulat atau melintang di bahagian tertentu bagi menyerap
atau merangsang pembakaran lemak.

Persoalannya, sejauh manakah ubat ini dapat mengurangkan berat badan? Adakah
ia telah menjalani ujian saintifik di makmal atau hanya sebagai gimik
syarikat tertentu untuk melariskan produk mereka?

Masyarakat seharusnya tidak mudah mempercayai dakwaan sesetengah pihak
terhadap penggunaan ubat kurus yang mampu mengurangkan berat badan dalam
tempoh beberapa minit.

Lebih-lebih lagi, ubat-ubatan berkenaan, sama ada ubat moden atau
tradisional, tidak diketahui status kandungannya atau terbukti sudah
menjalani kajian saintifik mengenai keberkesanannya.

Pensyarah Program Sains Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Bangi, Dr Suriah Abdul Rahman, berkata sebenarnya tidak ada formula yang
dapat menguruskan badan atau membakar lemak dalam tubuh seseorang dalam
tempoh cuma beberapa minit.

Katanya, penggunaan ubat yang dapat menguruskan badan sama ada daripada
jenis moden atau tradisional, jika digunakan tanpa kawalan atau keterlaluan,
boleh memudaratkan pengguna sendiri.

Malah, katanya, sekiranya pengeluar ubat mendakwa ubat mereka mampu
mengurangkan berat badan atau membakar lemak dalam tempoh beberapa minit
atau beberapa hari, ia wajar diberi perhatian kerana mengeluarkan kenyataan
yang mengelirukan.

Dr Suriah berkata, formula sebenar yang disyorkan oleh kebanyakan doktor
untuk mengurangkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet yang seimbang
dan melakukan senaman.

"Ia lebih baik kerana bukan sahaja dapat membakar lemak dan kalori tetapi
juga merangsang perjalanan darah dan degupan jantung dengan baik," katanya.

Hingga kini, katanya, masih tiada lagi kajian saintifik ke atas ubat kurus
yang boleh diterima pakai oleh pengamal kesihatan atau doktor.

Sebaliknya, pakar pemakanan atau doktor akan mengesyorkan formula yang sama,
iaitu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman bagi memecahkan lemak.

Menurutnya, antara kemusykilan yang timbul daripada ubat kurus ialah apabila
seseorang itu berhenti menggunakannya selepas mencapai berat badan yang
dikehendaki, dia akan menjadi gemuk semula seperti sebelumnya dan adakala
dua kali ganda lebih berat.

Ditanya mengenai perkara itu, Dr Suriah berkata, ini berlaku disebabkan
ketika dalam program, pengguna dikawal oleh pakar pemakanan yang
mengendalikan kesnya dan dia makan susu atau tablet yang disyorkan serta
mengurangkan pengambilan makanan lain seperti lemak atau gula.

Bagaimanapun, katanya, apabila program itu selesai atau pengguna mencapai
berat badan yang dikehendaki, dia kembali mengamalkan cara pemakanan
sebelumnya tanpa kawalan.

Ketika ini, katanya, bahan kimia dalam tubuh badannya akan bertindak balas
segera dan menyebabkannya pengguna menjadi lebih cepat lapar atau bertambah
selera makannya.

Contohnya, jenama susu melangsingkan badan mengandungi banyak serat tetapi
kurang protein dan vitamin. Ini boleh membuatkan mereka yang meminumnya
tanpa makanan lain lebih cepat berasa lemah.

Bagi sesetengah orang yang mengamalkan diet melampau (crash diet), ia boleh
menyebabkan penyakit gastrik atau kesan sampingan lain yang tidak boleh
dilihat serta-merta.

Tambahan pula, katanya, ubat kurus yang banyak diiklankan di akhbar dan
televisyen adalah mahal dan bukan semua orang mampu untuk membelinya.
Akhirnya, keadaan akan menjadi lebih mengecewakan apabila selepas berhabisan
membeli ubat kurus tetapi masih tidak kurus.

Dr Suriah berkata, promosi yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat ubat
kurus adalah tidak praktikal kerana kebanyakan mereka menggunakan model yang
memang semula jadi kurus. Disebabkan terpengaruh dengan mereka, pengguna
pula yang menjadi mangsa.

"Bila bercakap mengenai diet yang seimbang, kita tidak dapat lari daripada
memperkatakan mengenai pengambilan makanan yang tinggi khasiat gentian,
rendah lemak dan kalori serta mengurangkan pengambilan gula dalam menu
makanan harian kita," katanya.

Dr Suriah berkata, orang ramai perlu mengikuti panduan pemakanan dalam
piramid makanan di mana lemak, minyak dan gula perlu diambil sedikit
manakala daging, ayam, ikan dan kacang pula secara sederhana.

Katanya, apa yang perlu dimakan dengan kadar yang banyak ialah sayur-sayuran
dan buah-buahan di samping makanan yang mempunyai kadar serat dan gentian
yang tinggi seperti bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Cara penyediaan
makanan yang baik ialah mengukus dan merebus.

Sementara itu, senaman secara tetap setiap hari walaupun dalam tempoh
beberapa minit adalah baik kerana ia dapat melancarkan pergerakan jantung.
Malah, senaman juga dapat menghilangkan selulit yang banyak di kawasan paha,
punggung, perut dan lengan.

Menurut Dr Suriah, senaman yang baik boleh dilakukan antara tempoh 30 hingga
60 minit secara tetap setiap hari. Kalau tidak dapat menepati aturan
berkenaan, ia boleh dibuat dua atau tiga hari seminggu.

Antara senaman yang dicadangkan oleh doktor ialah dengan melakukan aerobik,
berjalan kaki, berlari, joging, berenang dan menari.
Bagaimanapun, kita dilarang bersenam hingga keputusan nafas.

"Peruntukkan masa untuk berehat dalam lima minit di antara waktu bersenam
itu untuk mengelakkan berlakunya kekejangan otot atau keletihan yang teramat
sangat," katanya.

Bercakap mengenai lemak di dalam badan yang juga dikenal sebagai yo-yo,
beliau berkata, lain orang lain pula masalahnya.

Tidak semua orang gemuk disebabkan makan banyak atau kurang bersenam tetapi
juga kerana rawatan hormon atau mereka menghidap penyakit kencing manis,
sakit jantung serta hamil.

Menurutnya, lemak juga perlu untuk badan dan kesihatan kerana ia boleh
menyerikan wajah seseorang.


SELAIN ubat rangsangan seks, pelbagai ubat yang didakwa dapat mengatasi
masalah kegemukan turut mendapat pasaran meluas. Mereka yang kurang
berkemampuan tentunya memilih ubat-ubatan yang lebih murah tetapi tidak
terjamin keberkesanannya. Malah, ubat tiruan yang turut dipasarkan dengan
meluas, dikhuatiri boleh membawa mudarat. Sejak beberapa tahun kebelakangan,
salun kecantikan turut menawarkan program khas menguruskan badan tetapi
bayaran perkhidmatan yang dikenakan mungkin mengejutkan ramai.

SERUPA tapi tak sama. Bezanya ubat tertentu yang diharapkan dapat mengatasi
masalah kegemukan, sebaliknya mungkin membawa kesan sampingan dan
kemudaratan.

Justeru, orang ramai perlu berhati-hati dengan pelbagai jenama ubat kurus
yang terdapat di pasaran kerana ada antaranya yang meniru nombor pendaftaran
ubat kurus berdaftar yang lain.

Ketua Unit Sekretariat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hasnah
Ismail, berkata ubat tiruan yang menggunakan nombor pendaftaran ubat kurus
lain adalah diragui dan tidak diketahui status kandungannya.

Sebagai pengguna, katanya, orang ramai harus mendapatkan nasihat pengamal
perubatan yang bertauliah sebelum membeli atau memakan pil menguruskan badan
walaupun pembelian itu sebenarnya tidak memerlukan sebarang preskripsi
doktor.

Katanya, terdapat perbezaan jelas antara ubat tiruan yang meniru nombor
pendaftaran ubat kurus yang lain yang mengandungi dadah larangan atau racun
berjadual.

"Ubat yang mengandungi bahan itu dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan di
pasaran kerana ia diklasifikasikan sebagai mengandungi dadah larangan atau
racun berjadual manakala ubat tipu yang menggunakan nombor pendaftaran lain
pula diragui kandungannya.

"Ini kerana ubat berkenaan tidak diuji dan tidak mendapat kelulusan Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan diragui status kandungannya sama ada
mengandungi bahan berbahaya lain atau tidak," katanya.

Hasnah berkata, ubat menguruskan badan yang diluluskan oleh Kementerian
Kesihatan seharusnya mempunyai nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf
PBKD yang diikuti dengan enam angka di belakang dan huruf MAL dengan lapan
angka.

Katanya, ubat kurus yang tertera huruf 'PBKD' dan 'MAL' didaftar dan dinilai
daripada aspek keselamatan, keberkesanan dan mutu oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurutnya, semua jenis ubat menguruskan badan yang berbentuk tablet,
kapsul, pil, sirap atau cecair dan serbuk perlu didaftarkan dengan PBKD
sebelum dibenarkan masuk ke pasaran.

Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang digubal di bawah Akta Jualan
Dadah 1952 memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk mengawal bahan
menguruskan badan yang hanya dipasarkan dalam bentuk dosis farmaseutikal
(tablet, kapsul dan pil).

Bagaimanapun, bahan menguruskan badan yang berbentuk makanan dan minuman
pula tidak dinilai keselamatan, keberkesanan dan mutunya kerana ia tidak
perlu berdaftar dengan PBKD.

"Bahan menguruskan badan dalam bentuk makanan, minuman dan confectionary
tidak dikawal di bawah peraturan itu," katanya.

Mengenai salun kecantikan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan badan,
beliau berkata, Kementerian Kesihatan tidak mengawasi operasinya secara
langsung.

Bagaimanapun, Unit Penguatkuasa Farmasi akan mengambil tindakan
undang-undang mengikut Akta Racun 1952 jika salun berkenaan menggunakan
bahan racun berjadual.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mengadu mengenai ubat kurus yang diragui
atau yang menggunakan bahan racun berjadual boleh menghubungi Bahagian
Penguatkuasa, Bahagian Farmasi menerusi talian 03-40421211.

Akta Perubatan 1971 juga tidak membenarkan seseorang, selain pengamal
perubatan berdaftar, menggunakan alat sfigmomanometer dan stetoskop.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan selepas memakan atau menjalani
rawatan menguruskan badan, dinasihatkan supaya berjumpa doktor bertauliah
dengan segera.

Hasnah berkata pengguna yang menghadapi masalah juga boleh membuat aduan
kepada Bahagian Farmasi KKM atau jika bahan itu berbentuk makanan, minuman
dan confectionary, aduan boleh dibuat kepada Unit Kawalan Mutu Makanan, KKM
peringkat kebangsaan atau negeri.

Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 hanya mengawal iklan yang ada tuntutan
rawatan sesuatu keadaan penyakit.

Kebiasaannya menguruskan badan bukan ditafsir sebagai rawatan keadaan
penyakit. Kerana itu, akta berkenaan tidak boleh digunakan bagi mengawal
iklan seumpamanya.


Lihat di sini...  >> http://www.clickaudit.com/goto/?42776

Pakaian dalam Nano Desquera ni membantu membuang
toksin di dlm bdn....membantu melancarkan peredaran
darah...menghilangk an keputihan... ..menghilangkan bau
bdn dll...utk yg dah berkahwin... ...lagilah sesuai
memakainya.. ...apatah lagi pompuan slps pantang....

sy dah pakai dah lama dari sepasang kita dah ada 3 set,
mudah nak tukar-..... seblm ni sy ada masalah utk membuang
air besar...tp sejak memakai Pakaian dalam Nano Desquera
suit ni..hari2 sy buang air besar......so sy rasa puas hati
memakainya.. .rasa berbaloilah. ..lgpun harga Pakaian
dalam Nano Desquera suit ni kalau nak compare ngan
brand lain....jauh lebih murah....padahal kualitinya setanding... ...

selain itu, ia membantu mengekalkan berat bdn sy.....sy
dah hampir sethn tdk melakukan senaman, tp sejak memakai
Pakaian dalam Nano Desquera ni ia membantu mengawal
berat sy...padahal berat bdn sy cepat naik sekiranya sy tdk
melakukan senaman.....

Nak tahu lagi pasal baju ni ,sila ke link ini

>> http://www.clickaudit.com/goto/?42776

English:

Imagine yourself with a very good shape, vibrating excellent
health just by using a special undergarment during most
of your day..

Read more here:
>> http://www.clickaudit.com/goto/?41809

rgds,


Azizah..






--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teknik Mengiklan di Yahoogroups
Dapatkan senarai group di sini..
http://www.clickaudit.com/goto/?45858

Yahoogroups advertising techniques
Get the list of groups here..
http://www.clickaudit.com/goto/?45858

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kirim email ke