*Diet tidak penuhi keperluan sistem badan boleh bantutkan perkembangan
formal tubuh terutama wanita muda*

BAGAIMANA menilai seseorang itu cantik? Adakah kulit bersinar dan kelihatan
muda atau bertubuh langsing itu menawan?

Kedua pakej itu sebenarnya datang seiringan dan boleh dianggap pelengkap
hidup seorang wanita. Malah, wanita akan berasa beruntung jika mempunyai
kedua-dua pakej berkenaan.

Tapi tahukah anda cara memiliki kulit yang cantik dengan tubuh yang
langsing? Sebenarnya, manusia tidak memerlukan produk kecantikan tertentu
untuk memiliki kulit dan badan yang cantik atau sihat kerana makanan
seharian yang dimakan sudah mempunyai kandungan nutrien semula jadi
mencukupi untuk kulit.

Pakar Pemakanan Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (Maso), Dr Nik
Shanita Safii, berkata pengambilan makanan yang diperlukan tubuh seseorang
adalah berbeza mengikut keperluan.

"Secara amnya, tubuh memerlukan sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin,
mineral dan air secukupnya kerana setiap kategori makanan membekalkan
nutrien yang penting untuk memperbaiki dan membentuk sel baru badan,"
katanya ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Remaja dan Pemakanan,
baru-baru ini.

Nik Shanita berkata, fenomena diet untuk kurus dan cantik di kalangan remaja
dan wanita ketika ini menjadi gejala yang amat membimbangkan.

Kajian dijalankan Poh et al (2001,2002) terhadap pelajar perempuan sekolah
menengah mendapati, 94 peratus tidak puas hati dengan imej tubuh sendiri
manakala 23 peratus berisiko mengalami anoreksia nervosa.

Katanya, diet yang tidak dapat memenuhi keperluan sistem badan akan
membantutkan pertumbuhan dan perkembangan normal badan terutama remaja.

Apa yang kerap terjadi dalam tabiat pemakanan remaja dan wanita adalah
apabila mereka mengawal pemakanan sehingga tidak mampu memenuhi keperluan
badan akibat kekurangan tenaga, kalsium dan ferum.

"Arus pemodenan juga menyebabkan ramai yang mengejar waktu sehingga berlaku
perubahan dalam tabiat makan," katanya.


Beliau berkata, remaja dan wanita kini lebih gemar makan di luar berbanding
memasak sendiri makanan, memilih kudapan yang tidak mengandungi zat sebagai
pengalas perut, melangkau waktu makan terutama sarapan pagi dan tabiat
memakan makanan segera.

Pengambilan snek yang berkhasiat pada masa yang betul adalah memadai tapi
perkara sebaliknya kerap berlaku. Malah, snek kebanyakannya mengandungi
lemak, garam dan gula berlebihan.

"Pilihan snek yang betul akan memperbaiki diet seseorang misalnya melalui
pengambilan buah-buahan, roti dan kekacang.

"Makanan segera tinggi lemak total dan lemak tepu serta mengandungi
kolesterol dan natrium yang berlebihan. Menjadi keperluan bagi seseorang
ketika ini untuk mengambil makanan segera yang jelas tidak baik untuk
kesihatan kadangkala hampir setiap hari," katanya.

Persoalannya, apakah caranya untuk terus kekal sihat seperti disarankan agar
anda lambat dimamah usia serta memiliki tubuh kekal sempurna?

Jawapannya adalah tabiat pemakanan harian anda. Ia memberi kesan yang
memberangsangkan dan menjadi diet awet muda yang mampu melambatkan proses
penuaan anda.

Nik Shanita berkata, remaja dan wanita yang sihat dengan perkembangan
fizikal yang baik dapat berfungsi secara berkesan dan sukar mendapat
sebarang masalah kesihatan.


*FAKTA:*

*Nutrien Untuk Kulit*

Nutrien Untuk Kulit - makan banyak sayuran berdaun hijau, sayuran dan
buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang
mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

*Karbohidrat*

Fungsi sebenar karbohidrat adalah menghasilkan tenaga. Karbohidrat
membekalkan tenaga segera sebanyak 55 hingga 60 peratus sehari kepada tubuh.
Ia juga bertindak mengekalkan aras kandungan gula dalam darah. Jika diet
harian tidak membekalkan karbohidrat mencukupi, secara automatik tubuh
terpaksa menggantikan protein sebagai sumber tenaga. Masalahnya, jika
perkara itu dibiar berlarutan, protein yang sepatutnya dimanfaatkan untuk
membina sel tisu, enzim dan hormon akan terbantut dan habis sebelum
waktunya. Keadaan itu menyebabkan seseorang kelihatan tua dan tidak bermaya.

*Cara Bijak Untuk Kekal Sihat*
Jadikan ia sebagai komitmen. Kekal sihat dan cergas adalah untuk selamanya
bukan untuk tempoh seminggu atau sebulan.
Pastikan tabiat pemakanan dan senaman sebagai rutin harian dan jangan
hangat-hangat tahi ayam.
Sediakan buku diet harian untuk mengawal pengambilan makanan anda.
Bijak menyeimbangkan corak pemakanan harian dan jika anda menyukai ais krim,
jangan sekat keinginan tetapi pastikan kuantiti kalori tidak melebihi jumlah
sepatutnya.
Jangan terlalu memaksa diri untuk kurus. Jika lemak pada badan anda terlalu
degil, jangan putus asa. Fokus pada jenis diet dan senaman bersesuaian, cuba
lagi.
Sentiasa jadikan kejayaan sebagai ganjaran untuk memotivasikan diri.

*INFO:
Tip Memilih Makanan Yang Betul*
Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air juga
bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.
Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium
yang tinggi di dalamnya. Namun, jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur
kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ
tubuh.
Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang
soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi
kolesterol.
Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit
sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang
memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim
penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan
dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya
menyerap nutrien dengan baik.
Jangan kedekut untuk membeli sistem penapis air yang berkualiti. Air yang
bersih boleh merangsang awet muda.
Anda penggemar kopi? Tahukah anda minuman seperti kopi atau apa saja yang
berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan? Ia menyebabkan
pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.
Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak
tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda.
Cuba makanan berasaskan karbohidrat kompleks. Ia bukan saja mengekalkan aras
gula dalam darah tapi turut memanjangkan hayat alteri anda.


One Response

wow artikel ini sangat memebantu sekali buat saya yang ingin sekali membaut
diri saya lebih menarik daripada sebelumnya….terima kasih..


Rakan2,

*Pakaian dalam Nano Desquera ni membantu membuang toksin di dlm
bdn....membantu melancarkan peredaran darah...menghilangk an keputihan...
..menghilangkan bau bdn dll...utk yg dah berkahwin... ...lagilah sesuai
memakainya.. ...apatah lagi pompuan slps pantang....

sy dah pakai dah lama dari sepasang kita dah ada 3 set,mudah nak tukar-.....
seblm ni sy ada masalah utk membuang air besar...tp sejak memakai Pakaian
dalam Nano Desquera suit ni..hari2 sy buang air besar......so sy rasa puas
hati memakainya.. .rasa berbaloilah. ..lgpun harga Pakaian dalam Nano
Desquera suit ni kalau nak compare ngan brand lain....jauh lebih
murah....padahal kualitinya setanding... ...

selain itu, ia membantu mengekalkan berat bdn sy.....sy dah hampir sethn tdk
melakukan senaman, tp sejak memakai Pakaian dalam Nano Desquera ni ia
membantu mengawal berat sy...padahal berat bdn sy cepat naik sekiranya sy
tdk melakukan senaman.....

Nak tahu lagi pasal baju ni ,sila ke link ini

http://www.clickaudit.com/goto/?60857

Kirim email ke